3 Okt 2012

[SIGNAL DARI MAHKAMAH] Kerajaan Diperintah Bayar RM4.06 Juta Kerana Panahanan Tidak Sah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan bahawa penahanan Chua Tian Chang (Tian Chua), Shaari Sungib, Badaruddin Ismail, Hishamuddin Rais dan Dr Badrul Amin dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 2001 adalah tidak sah, secara haram, bersifat politik dan berniat jahat pampasan perlu dibayar oleh kerajaan Malaysia sebanyak RM4,060,000.

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam pengadilannya, menganugerahkan kelima-lima bekas tahanan ISA itu masing-masing sebanyak RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka dibawah seksyen 73, ISA dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk menjadikannya jumlah keseluruhannya RM4.06 juta.

Mahkamah juga mendapati, kenyataan media bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Norian Mai untuk mempertahankan penahanan ISA tersebut berunsur fitnah kecuali kepada Badaruddin Ismail.

Untuk ini, hakim menganugerahkan RM60,000 sebagai gantirugi am dan RM40,000 sebagai gantirugi teruk bagi setiap seorang.

Bagi penahanan dibawah seksyen 8 ISA, walaubagaimanapun, mahkamah berpihak kepada kerajaan.

Mahkamah juga dianugerahkan RM200,000 sebagai kos.

Tian Chua ketika ditemui diluar mahkamah mengatakan bahawa kemenangan mereka dalam kes ini merupakan kemenangan untuk perjuangan ribuan orang yang pernah ditahan dibawah ISA.

"Kami belum tahu lagi sama ada kerajaan akan merayu atau tidak.

"Tetapi apabila kerajaan memasuhkan akta ini, ia merupakan bukti bahawa mereka mengaku salah," katanya.

Sementara itu Hishamuddin Rais pula mengatakan beliau akan menggunakan wang kemenangan itu untuk memperbaiki kenderaan sahabatnya yang dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali di Pengerang, Johor minggu lalu.

"Wang daripada saman yang telah berjaya ini akan saya gunakan untuk membaiki kereta kawan saya yang disimbah asid di Pengerang.

"Nak cat kereta tersebut," katanya.

Pada April 2001 Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dibawah kepimpinan Norian Mai telah menahan Tian Chua, Shaari Sungib, Badaruddin Ismail, Hishamuddin Rais dan Dr Badrul Amin di bawah ISA selama 60 hari dan kemudian dihantar ke Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun.

Pada waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah menteri dalam negeri manakala Tun Dr Mahathir Mohamad pula adalah perdana menteri Malaysia. -TMI

Hishamuddin: Pembebasan ISA Bukti Umno-BN berniat jahat

Penahanan 10 aktivis reformasi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001 yang diputuskan tidak sah dan berniat jahat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuktikan kerajaan Umno-BN menyalahgunakan akta itu bagi tujuan politik.

Salah seorang aktivis terlibat, Hishamuddin Rais berkata, dengan keputusan dibuat mahkamah itu adalah jelas ISA disalahgunakan demi kepentingan politik kerajaan Umno-BN untuk terus berkuasa.

“Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ini adalah satu undang-undang yang zalim di mana hakim telah berkata bahawa penangkapan kami dulu telah dibuat pada 2001 adalah “malafide” bermakna berniat jahat.

“Hakim telah menyatakan bahawa penangkapan itu juga salah dan kenyataan media oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai itu telah merosakkan imej kami,” katanya ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.

Pada 2001, polis telah menahan Hishamuddin bersama sembilan yang lain termasuk MP Batu, Tian Chua dan pemimpin kanan PKR, Dr Badrulamin Bahron dalam satu gerakan reformasi yang didakwa mengancam keselamatan negara.

Berikutan keputusan itu, beliau berkata, mahkamah telah memutuskan di mana pihak kerajaan didenda untuk membayar sekian jumlah yang tidak dinyatakan.

“Niat kerajaan pada ketika itu adalah bertujuan memecahkan gerakan reformasi maka kami dituduh ada membawa molotov coctail, ballbearing dan barangan lain untuk membuat keganasan.

“Tetapi selama 54 hari saya dan kawan lain ditahan, tidak ada satu soalan pun tentang ballbearing atau molotov coctail ditimbulkan dan ditanya kepada kami semua.

“Apa yang mahu dibuktikan dalam siasatan 54 hari itu ialah mereka mahu merisik tentang pergerakan PKR.

Ini yang berlaku dan bukan seperti tuduhan,” katanya.




Ulasan GB

Ia semacam satu "signal" jelas dari Mahkamah kepada pihak p[olis khususnya dan kepada kerajaan BN amnya bahawa: jangan keterlaluan menekan rakyat, jangan sewenang-wenangnya membuat tangkapan dan yang utama jangan suka sangat menyalahgunakan kuasa.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan.

Akan tetap ada para hakim yang akan menghukum berdasarkan kepada kebenaran dan keadilan sekalipun ia hanya muncul sekali sekala. Namun perkembangan mutakhir menampakkan kepada kita ramai para hakim sudah tidak gentar dan takut dengan sebarang ugutan dan ancaman.

End of the day, kerajaan yang kejam dan korup PASTI akan binasa sekalipun cuba ditegakkan dengan pelbagai cara terutama dokongan para pencacai dan agensi berita arus perdana!

5 ulasan:

AmVilla berkata...

ni la akibatnya kerajaan bodoh. brp byk duit rakyat terbazir sebab ni. elok suruh Menteri KDN yang bayar. tong2 ngan PM

Tanpa Nama berkata...

Semoga memberi pengajaran kepada kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Isa kn umno..tuggu pru 13 nti

Tanpa Nama berkata...

perjuangan penderitaan semangat yang ada dalam diri mereka yang telah dilalui tak ternilai harganya.bukan semua orang ada semangat begitu.

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang dzalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.11-113

Tanpa Nama berkata...

Sapa menteri KDN masa tu?