3 Okt 2012

[BERGAMBAR & VIDEO] Royalti: Mahkamah Persekutuan Benar Dua Permohonan Kelantan



Putrajaya - Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan dua permohonan Kerajaan Negeri Kelantan berhubung isu menangguhkan prosiding yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpurdan permohonan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung perbicaraan isu royalti minyak.

Panel Hakim Mahkamah Persekutuan, diketuai Tan Sri Mohd Raus Sharif membuat keputusan itu setelah dipersetujui sebulat suaraoleh hakim-hakim lain, selepas mendengar permohonan dibawa peguam bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan, Tommy Thomas.

Panel hakim yang lain ialah Datuk Ahmad Maarop, Datuk Zainun Ali, Datuk Seri SulongMatjeraie dan Datuk Jefferey Tan.

Semasa prosiding berlangsung, Thomas berkata, pihaknya memohon agar kes yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggiditangguhkan sehingga Mahkamah Persekutuan membuat keputusan terhadap permohonan yang difailkan di mahkamah tersebut.

Mahkamah Persekutuan turut membenarkan permohonan rayuan yang difailkan oleh Kerajaan Kelantan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan,yang sebelum ini telah memutuskan kes saman pelanggaran kontrak terhadap Petronas dijalankan mengikut isu perundangan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini memutuskan isu dalam kes saman pelanggaran kontrak terhadap Petronas, yang difailkan kerajaan Kelantan, dijalankan melalui isu perundangan.

Kerajaan Kelantan seterusnya membuat rayuan di Mahkamah Rayuan kerana mahu kes tersebut dijalankan menerusi perbicaraan penuh untuk memanggil saksi-saksi dan barangan-barangan kes yang terlibat.

Bagaimanapun pada 26 April lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Kerajaan Kelantan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan memutuskan kes saman tersebut perlu didengar dan diselesaikan mengikut isu perundangan.

Kerajaan Negeri Kelantan berhasrat untuk menjalankan perbicaraan secara penuh kerana tanpa perbicaraan penuh, ia sangat prejudis terhadap Kerajaan Kelantan.

Peguam Tan Sri Cecil Abraham mewakili Petronas.

Dalam pernyataan tuntutannya, Kerajaan Kelantan menuntut Petronas supaya membuat pembayaran tunggakan dan bayaran tunai seterusnya bagi petroleum dihasilkan di luar pantai Kelantan seperti ditetapkan dalam perjanjian petroleum; serta menuntut ganti rugi dan kos.

Dalam tuntutan, kerajaan negeri menyatakan bahawa Perjanjian Petroleum Kelantan dimeterai pada 9 Mei 1975, jelas menyebut bahawa Petronas perlu membayar tunai lima peratus daripada hasil minyak sama ada daripada usaha carigali di kawasan pantai atau luar pantai.

Ia menyatakan satu perenggan daripada perjanjian itu menyebut bahawa pembayaran hendaklah dibuat secara tunai dua kali setahun pada atau sebelum 1 Mac atau pada atau sebelum 1 September.

Kronologi kes saman Kelantan terhadap Petronas.

Berikut adalah kronologi kes saman kerajaan negeri Kelantan terhadap Petronas ekoran isu pembayaran royalti minyak.

2010

i Kerajaan Negeri Kelantan telah menfaikan writ saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2009.

ii Kerajaan Persekutuan kemudiannya menfailkan permohonan untuk dijadikan defenden kedua. Pada masa yang sama Mahkamah Tinggi telah menukarkan kes daripada Mahkamah Bahagian Dagangan ke Mahkamah Sivil. Pertukaran dilakukan secara dalaman tanpa perbincangan dengan kedua-dua belah pihak (Kerajaan negeri dan Petronas). Hanya notis dikeluarkan.

iii Kelantan kemudiannya telah menfailkan permohonan untuk memindahkan kes di Mahkamah Sivil ke Mahkmah Bahagian Dagangan. Permohonan ini tidak dibantah Petronas.

iv Dua permohonan iaitu permohonan Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan defenden kedua dan Kerajaan Negeri Kelantan mohon pindahkan kes ke Mahkamah Bahagian dagangan didengar dihadapan Hakim Zabariah.

v Keputusan permohonan pertama oleh Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan defenden dibenarkan tetapi hakim menolak permohonan Kerajaan Negeri Kelantan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Bahagian Dagangan walaupun tidak dibantah Petronas.

vi Kerajaan Negeri sekali lagi merayu terhadap kedua-dua keputusan ke Mahkamah Rayuan.

Walaubagaimana pun kedua-dua rayuan ditolak dan Kerajaan Persekutuan kekal sebagai defenden kedua dan kes akan tetap dibicarakan di Mahkamah Sivil.

vii Kerajaan Negeri mengemukakan permohonan kebenaran merayu kepada di Mahkamah Persekutuan untuk kedua-dua keputusan rayuan yang ditolak di Mahkamah Rayuan. Walaubagaimana pun Mahkamah Persekutuan tidak membenarkan kedua-dua permohonan.

viii Kes kembali ke Mahkamah Tinggi.

Kerajaan Negeri menfailkan pula permohonan untuk mendapatkan dokumen berkenaan semua aktiviti cari gali dan pendapatan daripada pengeluaran Petroleum dari Kelantan.

ix Seminggu selepas itu Petronas telah failkan permohonan untuk melupuskan kes di Mahkamah Tinggi ini dengan mengguna-pakai Aturan 14 A, iaitu perbahasan isu undang-undang tanpa memanggil saksi dan tiada bicara.

x Selepas itu Kerajaan Persekutuan pula menfailkan permohonan yang sama iaitu pendengaran dengan mengguna-pakai Aturan 14 A.

2011

xi Hakim Mahkamah Tinggi telah mendengar permohonan Penzahiran dokumen dan memutuskan bahawa permohonan Kerajaan Negeri Kelantan tidak dibenarkan dengan alasan Petronas sudah menfailkan permohonan Aturan 14 A.

2012

xii Pada 18 Januari 2012, Mahkamah Tinggi telah mendengar Permohonan Aturan 14 A oleh kedua-dua pemohon (Petronas dan Kerajan Persekutuan) dan membenarkan kedua-dua permohonan.

xiii Sebulan selepas itu, Kerajaan Negeri telah menfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Aturan 14 A.

xiv Pada 26 April 2012, Mahkamah Rayuan telah mendengar ketiga-tiga rayuan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ia merangkumi pecahan berikut a Penzahiran Dokumen oleh Petronas terhadap semua aktiviti cari gali dan pengeluaran Petroleum Kelantan b Pendengaran menolak Mahkamah Tinggi menggunakan Aturan 14 A oleh Petronas c Pendengaran menolak Mahkamah tinggi menggunakan Aturan 14 A oleh Kerajaan Persekutuan.

xv Pada pendengaran tersebut (26 April), Mahkamah rayuan menolak ketiga-tiga permohonan. Walaubagaimana pun semasa pendengaran di Mahkamah Rayuan, Kerajaan Negeri dimaklumkan secara rasmi penyelesaian luar mahkamah antara Kerajaan Terengganu dengan Petronas dan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri Kelantan pula telah memohon terma-terma penyelesaian tersebut didedahkan.Walaubagaimana pun permohonan sekali lagi ditolak.

xvi Pada 3 Oktober 2012, Pendengaran Permohonan Kerajaan Negeri Kelantan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap ketiga-tiga keputusan tolak di Mahkamah Rayuan pada 26 April. Pendengaran didengar di Mahkamah Persekutuan. Pada hari pendengaran, Kerajaan Negeri Kelantan dimaklumkan bahawa Petronas dan Kerajaan Persekutuan tiada bantahan terhadap ketiga-tiga permohonan tersebut. Oleh itu, Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran merayu kepada Kerjaan Negeri Kelantan.

xvii Dalam masa 14 hari selepas keputusan, Kerajaan Negeri Kelantan boleh menfailkan notis rayuan di Mahkamah Persekutuan. Dianggarkan pendengaran ketiga-tiga rayuan tersebut oleh Mahkamah Persekutuan akan berlangsung ada awal tahun 2013.

xviii Keputusan ini telah dihakimi oleh 5 hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Amar Maaruf, Datuk Zainun Ali, Datuk Jeffrey Tan dan Datuk Sulong Matjerale.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gunakan mahkamah untuk melengah2kan keadilan. Hakim2 yg bersekongkol dengan rejim yg zalim, ingatlah anda hanya berkuasa di dunia. Di akhirat esok anda pula akan dihakimi oleh Yang Maha Adil. Waktu tu menangis sampai keluar biji mata pun xberguna lagi.
Kepada kerajaan dan rakyat Kelantan, kesabaran anda pasti akan dibalas. Ini semua hanyalag ujian dariNya.

Penjejak Awan