30 Okt 2012

CAP: Shisha Mudaratkan Kesihatan, Haramkan Segera!

Gejala menghisap shisha yang semakin menular dalam kalangan remaja masa kini dan kewujudan premis serta kedai yang menyediakan kemudahan menghisap shisha perlu diberi perhatian serius dengan segera oleh pihak berkuasa kesihatan dan majlis perbandaran.

“Langkah ini perlu diambil dengan segera memandangkan menghisap shisha ini dikatakan sama bahayanya dengan menghisap rokok,” kata Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris dalam satu kenyataan.

Katanya, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan menghisap hookah atau shisha mempunyai risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau menggunakan produk tembakau lain.

Beliau berkata, penghisap shisha biasanya menyedut asap sebanyak 50 hingga 200 kali atau selama 20 minit hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 liter hingga satu liter.

Menurutnya, mereka yang menghisap rokok selalunya menyedut sebanyak lapan hingga 12 kali dan mengambil masa hanya lima hingga tujuh minit serta menyedut 0.5 liter hingga 0.6 liter asap.

Jelas beliau lagi, dalam satu laporan oleh sebuah akhbar tempatan yang memuatkan temubual dengan seorang pengamal perubatan mengenai bahaya menghisap shisha, dikatakan penghisap shisha turut boleh mengalami ketagihan seperti penghisap rokok biasa, kerana penggunaan tembakau sebagai bahan utama sememangnya membahayakan kesihatan.

Beliau menambah, penggunaan arang dalam peralatan dalam peralatan untuk menghisap shisha boleh meningkatkan masalah paru-paru berikutan arang yang digunakan boleh mendap dalam saluran pernafasan si penghisap.

“Air didihan yang digunakan juga tidak dapat menapis toksin yang ada, memandangkan shisha turut mengandungi nikotin dan karbon dioksida yang terdapat dalam rokok biasa, penggunaan berterusan hanya akan memudaratkan kesihatan dalam jangka masa penjang,” ujarnya.

Sehubungan itu, kata beliau CAP menggesa pihak berkuasa supaya mengharamkan penggunaan shisha dan pihak berkuasa tempatan tidak lagi mengeluarkan lesen perniagaan terhadap premis yang mempunyai kemudahan untuk menghisap shisha.

“Tindakan tegas perlu diambil segera memandangkan penggunaan shisha boleh memudaratkan kesihatan,” katanya lagi.






4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ni pulak trend menghisap rokok eletrik. Apakah kesan terhadap kesihatan?

Tanpa Nama berkata...

Shisha ini patut diharamkan dahulu lagi dan tidak dibenarkan dipasaran. Kebanyakan anak anak Melayu saja yang hisap Shisha ini, akibat kebenggapan mereka memikir kesan jangka panjang pada otak dan kesihatan.

Penghisap Shisha ini mula berperangai Orang Aborigines di Australia, sedih.

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju anon 1:38.

Klu org Islam faham & ikut quran & hadis2 mudah aje, tak yah susah2 buat keja bodoh.
Nak tenang fikiran, pi le belajar ngaji, majlis ilmu ke bukan buat keja mcm tu. Duit terbuang sia2.

Dari luaran aje nampak mcm tak de adab & sopan. Wlu di negara2 Arab popular, depa ingat semua dari sana betul & menepati Islam ke?

Abu Jahal & kuncu2nya pun dari sana.

Tanpa Nama berkata...

Kena di dakwah mereka2 ni. Kita akan ditanya nanti. Nak ikut atau tak, tu keja Allah . DIA suruh dakwah & sampaikan.

Mcm2 cara, paling mudah buat tulis yg mudah2, print banyak2 & beri depa.
Dl 10 org yg diberi kertas tu, tak mustahi sorang akan sedar.

Perokok2 pun sama le. Tapi klu ustaz2 merokok, cam ne ye?