30 Okt 2012

Isu Ayatullah: Kita Harap Dr.Asri Tidak Bertapi-tapi Untuk Sertai Wacana Jemputan PAS

Asri dijemput berwacana bersama Ulamak PAS

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menjemput Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk menyampaikan pandangan dan kritikannya kepada dewan itu dalam wacana ilmu bersama ahli-ahli Dewan Ulamak.

“Saya merujuk kepada kebimbangan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa ulama-ulama dalam PAS dibimbangi tidak boleh ditegur apabila memerintah kerajaan pusat nanti dalam satu wacana baru- baru ini,” kata setiausahanya, Dr Mohd Khairuddin A. Razali kepada Harakahdaily.

Menurutnya, oleh kerana kebimbangan tersebut dilontarkan dalam wacana awam yang disiarkan isinya dalam media perdana dan mendapat respons umum pula, maka sayugia Dewan Ulamak PAS Pusat menyatakan pandangan balas terhadap kenyataan tersebut.

Jelasnya, Dewan Ulamak PAS Pusat sentiasa berlapang dada dengan sebarang pandangan, teguran dan kritikan luar terhadap apa jua tindakan yang diputuskan secara jamaei dan pandangan yang dilontarkan oleh Dewan Ulamak dengan merujuk kepada al-Quran, al-Hadis, Ijma dan Qias di samping pandangan dan ulasan ulamak-ulamak muktabar sepanjang zaman.

Hal ini, katanya sesuai dengan akhlak Islam yang menganjurkan konsep nasihat-menasihati dan arahan agar berbincang sesama muslim, antaranya Alllah berfirman yang bermaksud: “Demi masa. Sesungguhnya manusia pasti dalam kerugian melainkan orang yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”.(Surah Al-Asr)

Selain itu, katanya Dewan Ulamak PAS Pusat berbesar hati menjemput Dr Asri untuk menyampaikan pandangan dan kritikan beliau terhadap Dewan Ulamak PAS Pusat dalam wacana ilmu bersama ahli-ahli Dewan Ulamak sebagai satu medan perbincangan dan bertukar-tukar pandangan.

Tambahnya, tarikh wacana boleh diberikan berdasarkan kelapangan masa Dr Asri.

“Saya akan berhubung dengan Dr Asri secara personal untuk urusan lanjut wacana tersebut.

Semoga dengan itu kita boleh terus membudayakan akhlak berbincang dan bertukar-tukar pandangan seperti dianjurkan oleh Islam,” ujarnya.

Ulasan GB

Demikianlah. Kita berharap tiada banyak alasan dan tepisan untuk Dr.Asri menerima jemputan PAS untuk berwacana.

Berani cakap beranilah tanggung. Kita berhujjah bersama-sama. Bukankah Islam dan kebenaran itu tertegak dengan hujjah?

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa lah Greenboc. Kalau setakat panggil nak tocer macam hang buat kat Aziz Bari hari tu buat apa?

Tanpa Nama berkata...

salam, pada pandangan saya setelah menyaksikan debat hari tu, dr asri hanya mengingatkan ...bukan menyamakan Pas dgn ayatullah di iran. maaf la ye, tindakan dewan ulama pas seolah olah ' menjawab balik' dr asri ttg perkara ini membenarkan lagi ttg apa yg dr asri risaukan tu. Pas perlu yakin bahawa penyokong Pas mmg sedia maklum ttg keterbukaan pemimpin pas (berbanding parti yang lagi satu tu), dan tidak perlu bimbang... tp jika inilah tindakan pas, dan mereka itu pula pelapis pemimpin pas yg bakal menggantikan tok guru dan yg seangkatan dgnnya, maka sudah nyata benar pas tidak boleh menerima teguran. sepatutnya, perkara ini tidak perlu diperbesarkan. bersangka baiklah pada dr asri dan sepatutnya pas bersyukur kerana ada ilmuwan spt asri yg sayangkan pas.. wallahualam

Tanpa Nama berkata...

Inilah salah satu contoh x boleh terima teguran & kritikan dr luar. Pendapat Dr. Asri sebenarnya x mendatangkan damage yg besar pd PAS. Klu Dewan Ulama ada bnyk masa utk berwacana & berdebat, ajaklah Ulama Muda UMNO ke. Gunakan masa utk menyerang musuh yg sebenar, syaitan yg dikenali.

Tanpa Nama berkata...

Dewan Ulama sepatutnya gunakan kesempatan isu ini bagi memperjelaskan mengenai konsep membuat keputusan dalam PAS.

Saya percaya, Dr Asri bukannya tidak tahu mengenai konsep dalam PAS, tapi ia menzahirkan kebimbangan sesetengah orang khususnya yang di atas pagar.

Dewan Ulama sepatutnya bergerak proaktif di tengah masyarakat, dan bukannya di madrasah atau surau sahaja atau melalui tulisan di akhbar dan media altenatif sahaja.

Tidak nampak dewasa ini label Dewan Ulama itu ditengah-tengah msayarakat.

Peranan Dewan Ulama seharusnya bukan sahaja diperkasakan tetapi diaktifkan secara menyeluruh.

Tanpa Nama berkata...

Di zaman Rasulullah, tidak ada ulamak yg duduk di luar jemaah/harakah Islam.

Semua berada di dalam saf.

Tetapi di akhir zaman ini ramai ulamak yg bersenang-lenang duduk di luar jemaah Islam kemudian menjadi batu penghalang kepada jemaah Islam sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa, tidak ada tuduhan dari Dr.Asri, cuma mengingatkan. PAS tidak sepatutnya melatah dengan peringatan seperti itu. Tak perlu berdebat atau berwacana bagai. Terima saja sebagai satu peringatan. Kalau nak berdebat sangat, nun ajak Ustaz Kazim tu berdebat. Sbb nampak jelas Ustz Kazim belum paham ttg pendirian dan halatuju tarbiah politik PAS. Itu saya rasa lebih afdhal?

Tanpa Nama berkata...

Alaaaaa.... pergi aje la Dr Asri woiiii...

Kamu ni belum ape2 dah tembak PAS akan cam tu la.....cam ni le.
Macam le kamu (Dr Asri) tu kasyaf sangat.

Kalau nak bagi peringatan ikhlas, pergi la jumpa dan berhadapan terus dgn Majlis Ukamak Pas. Ini tidak, mentang2 la muka tu senang dapat publositi di akhbar2 dan media tempatan, maka saluran yg sepatutnya disuarakan tak pandang langsung. Ape susah sangat ke nak berjumpa dgn Majlis Ulamak Pas. Atau , nak tunggu orang sediakan karpet merah baru nak jumpa?

apekah berkata...

laa..plik betol penyokong2 dr asri neh. maksud berlapang dada bknnya apabila dikritik/dituduh/difitnah, pihak yg kene kritik terpaksa diam tidak menjawab. bahkan kdg2 diam membawa tnda stuju....dlm hal ni, jelas dalil yg dikemukakan iaitu ayatullah adalah tauhid agama puak syiah, tidak berkait langsung dgn politik. apakah ini tahap ilmu seorang yg mengaku ulama tajdid??

ironinya, ramai pengkritk2 meminta org lain supaya berlapang dada dlm menerima apa jua kritikan. tpi mereka lupa utk melapangkan dada mereka sluas-luasnya, menanti 'kritkan balas'.....

Tanpa Nama berkata...

Kelantan tak jadi Ayatollah pun, tak payah nak buat andaian bagi pihak UMNO

Tanpa Nama berkata...

kalau dulu tak sokong UMNO mana boleh jadi mufti Perlis?

Tanpa Nama berkata...

Asri ni banyak sangat bercakap. Kakau betul anda bagus fikrah anda, terjun ke tengah masyarakat. Banyak yang nak di betulkan yang jelas tersasar dari syariat. Jgn jadi juara di dalam tulisan saja. Bila anda bersama masyarakat baru anda tahu masalah sebenar.

Tanpa Nama berkata...

Saya ada tengok video wacana tu...tapi saya berpendapat...tak ada apa yg PAS perlu perbesarkan isu ini...PAS kena berlapang dada tuk menerima teguran membina...Dr Asri cuma mengingatkan supaya PAS tidak menjadi seperti ayatullah khomini di Iran yg mana tidak boleh tegur atau disentuh....jika PAS dapat memerintah Malaysia satu hari nanti......saya sokong apa yg Dr Asri kata...nak jadi seperti mana Prof. Aziz Bari dihentam apabila menyentuh pasal TG Haji Hadi.......saya harap PAS boleh terima teguran ini dengan baik...

Tanpa Nama berkata...

DIA KATA SELURUH DUNIA DPT DGR . ORG YG KENA KATA TAADA PELUANG NAK CAKAP SEBAB SEMUA ORG TAHU.JADI ORG YG KENA KATA PANGGIL DIA CAKAP DEPAN DAN SAMA SAMA BAGI HUJAH JGN SEDAP CAKAP SEBELAH PIHAK SAJA , LEPAS TU KIRA BERAPA MASHUKKKK MOGA MOGA ASRI TAK MACAMTU. BERDEPAN LAH SEBAGAI ULAMA JANTAN JGN APA YG KITA CAKAP SURUH ORG DGR DAN SURUH ORG DIAM . MASA NABI DAN SAHABAT DULU TAAPA LAH MAIN ANGGUK AJA SEBAB KITA DAPAT LIHAT WAJAH MERIKA DAN DGR DARI MULUT MERIKA LAGIPUN NABI DAN SAHABAT TAK TERIMA UPAH UNTUK CAKAP PASAL UGAMA TAK MACAM SEKARANG . MANUSIA DAH KELIRU BANYAK SANGAT ULAMA YG TERIMA UPAH DAN HIDUP MEWAH KERANA MENGAJAR . TANG UPAH SEMUA TAK NAK IKUT NABI DAN SAHABAT BAHKAN ADA YG KIRA JAM BILA BERCERAMAH IKUT SUNAH MANA NI KENAPA TAK PAKAI MUDAH PERGI LAH KAT DALAM HUTAN JUMPA ORG ASLI KE DAKWAH KAN MERIKA NI ASYIK SEMINAR SEMINAR DARI DULU SAMPAI SEKARANG

Tanpa Nama berkata...


Setuju dengan pandangan Anon 12.22pm.
Nampaknya ulamak-ulamak dalam PAS tak boleh ditegur atau menerima pandangan orang.Itulah sebabnya depa berkeras dan bermati-matian mempertahankan "Kepimpinan Ulamak".Lihat apa yang berlaku kepada Dato Dr.Mujahid yang menulis 2 buah buku,memberi pandangan untuk melakukan perubahan dalam PAS agar berupaya menangani politik semasa.Dia dikritik dengan hebat oleh Bakar Chik.Satu masa dulu Dr.Aziz Bari pun kena hentam ulamak.Sah ulamak dalam PAS sukar menerima pandangan dan nasihat orang.

Tanpa Nama berkata...

Kalau masuk UMNO atau PAS tentunya terikat dengan pelbagai 'pantang' seperti menulis. Mungkin ini menyebabkan Dr Asri dan lain-lain tak mahu diikat. Dr Asri bebas menulis dengan membuat teguran. Tapi dia sayang PAS.

Tanpa Nama berkata...

Ulamak dalam PAS bukan sahaja tak boleh ditegur dan jauh sekali mau dengar pandangan orang malah mengamalkan kronism.Kalau puak depa buat salah,tiada tindakan.Yang bukan ulamak dan bukan lagi Tim.Presiden,masih duduk dalam Majlis Syura Ulamak.Ramai ahli PAS dah tak mau Stopa Ali jadi Setiausha Agong,suara ramai tak dipedulikan.Ahli PAS dah tak mau baca Harakah sebab menyampah dengan Stopa Ali,tiada tindakan sebab kroni.Yang tak tau satu apa pun pasal penerangan,jadi Ketua Penerangan sebab kroni.Inilah yang agaknya ditegur oleh Dr.Asri,kalau dah berkuasa diPutrajaya,tak taulah macam mana.

Tanpa Nama berkata...

ALLAH bagi dua telinga ada sebabnya. Antaranya, ALLAH nak suruh kita dengaq dua belah pihak. Klu Asri dah kata dia takut Ulama PAS jadi mcm ayatullah, dia dan penyokongnya pula kena dengaq apa hujjah ulama PAS utk meneutralkan ketakutan hangpa semua. Awat hangpa jadi takut bila ulama PAS ajak jumpa. Ini bukan masalah tak boleh kena tegur. Tapi ulama PAS nak bagi jernih masalah ni. Klu Asri takut nak jumpa, maknanya dia tau dia berhujjah dgn hujjah dangkal dan dia yg sebenarnya tak boleh ditegur. Ini sangat jahat, krn baling batu sembunyi tangan. Harap Asri dan pengikut setianya berlapang dada utk ditegur oleh ulama PAS jugak. Jgn kita minta org berlapang dada tetapi kita pulak tak bersedia nak berlapang dada. Jom kita sama sama cermin diri.