31 Okt 2012

Akar Umbi Pertahan Nik Aziz Sebagai MB

A KOTA BHARU - Pas Kelantan masih memerlukan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menerajui Kerajaan Negeri terutama dalam pilihan raya biarpun wujud tanggapan beliau sudah tidak mampu menjadi pemimpin setelah 22 tahun.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Nik Abdul Aziz merupakan orang yang paling layak kerana pengalaman, ketokohan dan kebolehan serta kehormatan masyarakat kepadanya.

“Kami yang minta Tok Guru (Gelaran kepada Nik Abdul Aziz) untuk terus berkhidmat walaupun sudah beberapa kali beliau menyuarakan hasrat untuk berhenti,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu beliau meluangkan masa selama tiga jam melawat Kampus Limkokwing Akademik Kelantan di sini, yang turut dihadiri oleh Ketua Akademiknya, Dr Zainal Abidin.

Katanya mengulas mengenai desakan beberapa pihak yang seolah-olah bermati-matian mahukan Nik Abdul Aziz berundur, Mohd Amar menjelaskan hanya Pas yang lebih tahu siapa yang layak untuk memastikan Kelantan terus kekal di bawah pemerintahan Pas.

“Biar kami (orang Pas) buat keputusan ini dan ia bukan kerja mereka kerana kami lebih tahu siapa yang boleh bertanding dan memegang jawatan tersebut.

“Pengekalan Tok Guru juga tiada kaitan dengan masalah dalaman tetapi kami sendiri mahukan beliau,” katanya.

Sementara itu, menjawab tuduhan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai makan gaji buta, Mohd Amar menafikan dakwaan itu sebaliknya beliau sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua sebaiknya.

Dalam kenyataan itu, Ibrahim berkata, Nik Abdul Aziz perlu berundur kerana beliau tidak boleh berfungsi mentadbir dan menjadi ketua kerajaan yang efektif, beliau tidak boleh jadi ketua pentadbir berkesan kerana keadaan yang uzur.

Mohd Amar berkata, sebagai menteri besar tanggungjawabnya hanyalah memberikan idea dan arahan manakala yang melaksanakan serta melakukannya adalah kerja exco.

“Jadi di sini tiada istilah makan gaji buta dan walaupun beliau uzur tetapi pemikiran dan pendapatnya masih diperlukan,” katanya. -SH

Saya tak layan desakan ‘Umno buangan’ - TG Nik Aziz.

KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak khususnya pihak lawan supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Sebaliknya beliau berkata, beliau hanya akan tunduk kepada sebarang keputusan yang ditetapkan oleh pimpinan tertinggi PAS.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan ketika mengulas desakan pihak tertentu supaya beliau melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan.

Sehubungan itu katanya, beliau tidak akan melayan desakan mana-mana pihak khususnya pihak yang disifatkannya sebagai ‘Umno buangan’ yang tidak putus-putus mahu beliau melepaskan jawatan.

Beliau mengulas mengenai desakan beberapa pihak yang mahu beliau berundur atas alasan sudah tidak mampu menjadi pemimpin setelah 22 tahun menerajui pemerintahan negeri itu.

Mengulas lanjut, Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, untuk berlawan dengan Umno tidak perlu tubuh yang sihat, sebaliknya kekuatan minda.

Katanya, sekiranya seorang pemimpin itu berkerusi roda sekalipun sebaliknya tidak bermasaalah dengan idea atau pemikiran, ianya tidak mempunyai sebarang masaalah.

Menurutnya lagi, tugas menjaga negeri bukan hanya tertumpu pada Menteri Besar, sebaliknya turut menjadi tanggungjawab anggota-anggota exco kerajaan negeri juga.

“Bila Menteri Besar, bererti ada dia ni adalah ketua dan bila ketua pula tentu ada pegawai di bawahnya, bila orang gelarkan saya ni Menteri Besar, bererti ada menteri kecil,”ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS Kelantan masih memerlukan Tuan Guru untuk terus menerajui pentadbiran negeri.

Beliau yang dipetik Sinar Harian berkata, Tok Guru adalah merupakan orang yang paling layak kerana pengalaman, ketokohan dan kebolehan serta kehormatan masyarakat kepadanya.

“Kami yang minta Tok Guru untuk terus berkhidmat walaupun sudah beberapa kali beliau menyuarakan hasrat untuk berhenti,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

“Biar kami (PAS) buat keputusan ini dan ia bukan kerja mereka kerana kami lebih tahu siapa yang boleh bertanding dan memegang jawatan tersebut,” katanya.

Sebelum ini, turut lantang membuat desakan agar Tuan Guru berundur termasuk Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali -HD

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ramai lagi diluar sana makan gaji buta

Waris berkata...

Pada pendapat saya biarlah TGNA berehat pulak. Memadai jadi penasihat atau kekal sebagai Mursyidul Am pas. Jadi MB ni kerjanya berat.

Perlu cari pengganti tapi biar yang sesuai iaitu serupa atau lebih bagus dari dia. Jangan sampai tersalah pilih nanti jadi macam terengganu pulak atau sibuk pulak nak berpelukan dengan umno.

Tanpa Nama berkata...

Memang wajar TGNA berehat tapi Kelantan akan mengalami perebutan kerusi MB. 3-4 calon yang terliur sangat nak menggantikan Tok Guru,jika berjaya,Kelantan akan punah dan UMNO Kelantan akan bersorak.Inilah delima politik Kelantan.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah TGNA masih sehat dapat kekalkan jawatan MB dan Mursyidul Am PAS. Hanya TGNA yang seorang pemimpin tidak gilakan duniawi sangat, berbeda dengan pemimpin PAS lain. Ibrahim Ali dan UMNO adalah Syaitan Dikenali yang mesti disampahkan. Tahniah Rakyat Kelantan!

abu seman berkata...

tak dak pengganti ka?
takkan nak tunggu TGNA sakit/meninggal baru nak cari ganti?

masa dia hidup ni cari laa pengganti. biaq dia jadi mursyidul am PAS dah cukup. dia boleh jadi penasihat kerajaan negeri kelantan.

nanti org kata 'hidup bertongkat langit'

pendirian tuan blog mcmana?

Tanpa Nama berkata...

Wajar diberikan kerehatan kpd TGNA krn beliau pun ada menyuarakan secara indirect mengenai usia beliaulah, sambung kerja2 memartabatkan islamlah..kena paham2 sikitlah saudara2 kita di Kelantan..mungkin beliau tidak mahu menolak secara direct khuatir dirinya ditanya Allah kelak mengenainya.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tuan badan nak berkhidmat lagi nak buat macam mana dan masih laku. Yang di luar PAS sana buat sibuk-sibuk hal dalaman rumah tangga orang lain apa hal?

Andre Irwan berkata...

Hanya "manusia" yang kurang waras atau isin saja yang tidak suka pada TGNA. Insan suka pada insan yang waras, warak, adil, berperihatin, telus, berintegriti, bercakap benar walaupun pahit dan ... Teruskan kerja baik kamu, TGNA. Saya tetap sokong kepimpinan Tok Guru.
Pedulikan cakap-cakap "manusia" yang lebih suka pada syaitan daripada malaikat. Kata-kata dari mulut depa pun daha menunjukkan depa ni tak terpakai cakapnya. Cakap dari mulut "manusia" tapi sebenarnya mulut syaitan.
HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH.

Tanpa Nama berkata...

Bukan setakat MB tapi dah layak jadi PM..........

Tanpa Nama berkata...

ALLAH kan ade.
Setelah amik kira hal2 berkaitan pemerintahan dulu & sekarang, hal2 semasa, pengalaman2, pendapat itu & ini, dll, mohon petunjuk pada yg Maha Mengetahui dgn solat istiharah & solat hajat.

Sonang cerita kan?
Itu le yg ostaz2 sarankan sejak aku kecik hingga la ni dah bercucu, bila tak tau nak buat keputusan, serahkan padaNya.

Same le nanti klu nak mengundi, kita cari ilmu sana sini, maklumat sana sini, di pihak UMno, PKR, PAS, DAP & apo2 le, & akhirnya kita minta petunjuk pada Allah mana satu nak pangkah nanti.

Mcm kisah imam Bukhari (ni ku selalu dngar kat radio IKIM), dia mengembara sana sini cari maklumat hadis2, bila dia nak catatkan dia akan solat hajat mohon petunjuk pada yg Maha Tahu.

Tanpa Nama berkata...

MB kerjanya berat? Berat apanya? Kerja MB bukan memerlukan tenaga macam kerja buruh kasar! Tugas MB yang utama ialah membuat dasar kerajaan negeri kerana dia adalah ketua kerajaan negeri.

Jadi penasihat kerajaan negeri? Jadi MB tu samalah macam jadi penasihat kerajaan negeri, sebab dia yang membuat dasar kerajaan dan pegawai-pegawai kerajaan negeri jadi tenaga pelaksana. Nak nasihat apa lagi? Tak satu kapal dua nakhoda?

Masalahnya sekarang, kita nak minta seorang pemimpin popular, yang masih dikehendaki oleh rakyat untuk bersara. Pemimpin ini pula tidak terlibat dengan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan atau skandal. Takkah ini zalim namanya?

Beliaulah satu-satunya Menteri Besar yang tinggal di rumah kecil. Tapi tidak bermakna beliau seorang ulamak dan MB yang anti pembangunan. Hanya saja, kerajaan negeri yang dipimpinannya tidak mempunyai banyak wang untuk melaksanakan pembangunan. Itu bukan salah dia. Sebab itu dia sokong tuntutan royalti minyak Kelantan.

Aku bukan orang Kelantan. Tapi aku rasa, sekarang bukan masa yang sesuai untuk kita memaksa Nik Aziz mengundurkan diri.

Tanpa Nama berkata...

Tgna pegang kelantan 22 tahun..cuba korang gi umah dia skg..besar mana?jamil khir baru berapa tahun jadi menteri..cuba korang gi umah dia skg..besar mana? Korang nilai sendri la..ni cite aku nak bagi tahu..tahun 90an..waktu tu tgna baru dilantik jadi mb..ada org buat kenduri kawin anak dia..dia jemput skali tgna..korang nak tau tgna dtg naik apa?naik kete ford buruk je..x de eskot..xde body guard..smp la satu masa..kerajaan negeri tpksa pujuk tgna guna kereta rasmi untuk kegunaan beliau..so skg klu ada pemimpin umno lebih kurang akhlak mcm tgna confirm undi aku skg da berbelah bagi..tapi masalahnya..ada ke pemimpin umno akhlak mcm tgna..korang nilai sendiri la..

Tanpa Nama berkata...

Teruskan jadi MB, kalau jadi MB lagi orang UMNO bimbang insyaallah tak boleh menang di kelantan

Tanpa Nama berkata...

Bila tokoh penyamun nak lawan tokoh ulamak, macam syaitan yang dikenali dan malaikat, ini ibarat saja, tiada kena mengena samaada yang masih hidup atau sudah mati