11 Okt 2012

Baling Kasut: Imam Hoslan Akan Dibebaskan Tengah Hari Ini

Kuala Lumpur: Imam Hoslan Hussin, 46, yang dijatuhi hukuman penjara selama setahun ekoran membaling selipar terhadap tiga hakim Mahkamah Persekutuan dijangka akan dibebaskan tengah hari ini.

Perkara itu turut disahkan oleh Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS (Juham) Ahmad Zamri Asa'ad Khuzami.

Menurut Ahmad Zamri, Hoslan yang menjalani hukuman di penjara Kajang dibebaskan awal dari tarikh yang sepatutnya iaitu kurang dari lima bulan tempoh sebenar.

"Beliau didapati berkelakuan baik, dan dibebaskan awal. Beliau menerima hukuman lebih dari enam bulan sahaja.

Kita akan jemput beliau di penjara Kajang esok, " katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Hoslan yang dijatuhkan hukuman setahun bermula pada 8 Mac lalu, selepas Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari mendapati dia bersalah menghina mahkamah.

Ekoran pembebasan Hoslan, Juham akan mengadakan majlis kesyukuran pada malam esok bertempat di Surau PPR Chochrane.

Hoslan yang pernah menjadi imam ratib Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan bertindak membaling selipar ke arah ketiga-tiga panel hakim ketika mahkamah bersidang di Mahkamah Persekutuan I, Istana Kehakiman, antara 10.

15 pagi dan 10.

30 pagi pada 22 Feb lepas.

Dalam kejadian itu, Hoslan gagal mendapat kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar kesahihan tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengosongkan unit kuarters yang didudukinya selepas pelantikannya sebagai imam ditamatkan, empat tahun lalu.

Ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan, dia bertindak membaling sepasang selipar pada panel hakim dan satu daripadanya terkena Timbalan Pendaftar yang bertugas. -HD

Isteri, keluarga sambut pembebasan Imam Hoslan hari ini.

Imam Hoslan Hussin, 46, yang dijatuhkan hukuman penjara setahun mulai Mac lalu ekoran membaling selipar terhadap tiga hakim Mahkamah Persekutuan akan dibebaskan hari ini daripada penjara Kajang.

Isterinya, Noorliza Mat Isa, 43, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memberitahu pembebasan suaminya dimaklumkan pejabat Parol semalam.

“Pejabat Parol telefon semalam beritahu akak imam akan dibebaskan esok, katanya mungkin tengah hari baru boleh datang jemput.

“InsyaAllah akak akan bersama adik atau ahli keluarga lain pergi ke pejabat Parol di Wisma Zelan, Bandar Tun Razak,” katanya.

Bagaimanapun, beliau yang gembira menerima perkhabaran itu memberitahu sekali lagi diduga kerana anak bongsunya ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat demam denggi.

“Malam tadi gembira sangat dengan anak-anak, mereka semua nak pergi ambil ayah mereka, tiba-tiba anak akak yang bongsu sudah tiga hari demam terpaksa masuk hospital pagi ini kerana demam denggi.

“Nampaknya malam ni terpaksa akak tidur di hospital.

Menangis akak tadi dapat tahu anak kena masuk wad tanpa ayahnya di sisi,” katanya.

Hoslan yang pernah menjadi imam ratib Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan dijatuhkan hukuman setahun bermula pada 8 Mac lalu, selepas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari mendapati dia bersalah menghina mahkamah.

Dalam kejadian itu, Hoslan gagal mendapat kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar kesahihan tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengosongkan unit kuarters yang didudukinya selepas pelantikannya sebagai imam ditamatkan, empat tahun lalu.

Ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan, dia bertindak membaling sepasang selipar pada panel hakim dan satu daripadanya terkena Timbalan Pendaftar yang bertugas.

7 ulasan:

Awanama berkata...

Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia , Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu . Tak ada Tuhan melainkan Dia , Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. 3:18

Awanama berkata...

Takbir !!! Allahuakbar

mama berkata...

Alhamdulillah...

Awanama berkata...

yang baling kasut dalam masjid bila pulak nak dipenjarakan?

Awanama berkata...

Allahuakhbar!

paan berkata...

syukur kepada Allah...

Awanama berkata...

Setiap kejadian di dunia ini ada hikmahnya. Mungkin ada peluang mencipta dan mengeluarkan produksi kasut ringan yang tahan lasak, senang di pakai pada kos yang rendah. Kasut yang berat sudah tentu tidak dapat melayang dengan jauh, jauh sekali terbang hingga ke sasarannya. Jika rakyat malaysia dapat mencipta kasut ringan dari getah asli keluaran negara, tahan lasak dan dapat terbang jauh, memang sudah ada pasarannya di litar lumba lari sedunia juga untuk pengunaan pekerja ke pejabat dalam kesesakan bas.