24 Okt 2012

Anggota Polis Ditahan Merogol Gadis 15 Tahun

Petaling Jaya – Seorang pegawai polis rondaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana merogol seorang gadis berusia 15 tahun pada Ogos lalu.

Azman Zakaria, 28, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu selepas pendakwaan itu dibacakan kepadanya di hadapan Hakim, Rozina Ayob pada Selasa.

Dia dituduh merogol gadis berkenaan di sebuah rumah di Jalan Berkat 5, Kg Sri Aman, Puchong di sini kira-kira 6.30 petang pada 5 Ogos lalu.

Azman yang berkhidmat dengan Balai Polis Melaka Tengah didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, di mana memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan jika disabitkan.

Timbalan Pendakwa Rakya Siti Aishah Ab Rashid menawarkan ikat jamin RM8,000 dengan menyatakan bahawa Azman adalah seorang penjawat awam.

Peguam Esther Tan Siew Choo yang mewakili Azman berkata, dia berharap pihak mahkamah dapat mengurangkan ikat jamin kepada RM3,000 kerana Azman telah memberi kerjasama kepada mahkamah.

Hakim Rozina kemudian membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan juga memerintahkannya untuk tidak mendekati saksi, keluarga dan mangsa.

Hakim Rozina menetapkan 23 November untuk sebutan kes sementara menunggu laporan perubatan. -Mstar.

5 ulasan:

Awanama berkata...

Kesian budak perempuan 15 tahun kena ganyang pada usia sangat muda.

Awanama berkata...

Polis ni guna pistol air..kah kah kah

Teman Kuale berkata...

Teman confuse jugak, ini ROGOL @ ROGOLRELA, walau yang mana pun ia tetap suatu kesalahan jika benar2 berlaku !( Syaitan dan Jerat adalah suatu persamaan ).

Osama berkata...

Inalilahiwainaihilarojiunn!
harapkan pegar, pegar makan padi!

p/s
utk mereka yg kompius,
pagar tak makan padi tau!
PEGAR tu sejenis burong yg memakan serangga & ulat dibendang.

Awanama berkata...

Entahlah...

Dulu gadis bawah umur dirogol oleh mantan Ketua Menteri, Rahim Thambi Chik.

Kasian pula kat gadis-gadis remaja kat Melaka...