19 Sep 2012

[BERGAMBAR] Agong Bangga - Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Hampir Siap

KUIN dari ilmu terbatas ke profesional: Agong bangga

ALOR SETAR: Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melahirkan rasa gembira atas pencapaian Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang telah berkembang kepada pelbagai ilmu pengajian profesional.

"Beta juga merasa gembira kerana KUIN yang dahulunya hanya mempunyai kurikulum dan bidang ilmu yang kecil dan terbatas serta tumpuan hanya diberikan kepada pengajian Islam.

"Kini telah berkembang menjadi IPT yang menyediakan program profesional seperti perubatan, kejuruteraan, multimedia, hospitaliti, kaunseling, perbankan dan kewangan Islam," titah baginda.

Tuanku Abdul Halim yang juga Canselor KUIN bertitah demikian ketika majlis konvokesyan ke-14 Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di sini, 17 September lalu dan berkenan menyampaikan ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda kepada kira-kira 300 graduan. -HD


Universiti ‘lima bintang’ akan siap hujung tahun ini

KUALA KETIL – Kampus Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kuala Ketil dijangka siap hujung tahun ini. Ianya akan menjadi universiti ‘lima bintang’ bagi rakyat Kedah apabila ianya siap nanti.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak bersyukur kerana perjalanan pembinaan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) berjalan dengan lancar dan ianya dijangkakan siap hujung tahun ini.

“Bayangkan kita hanya kerajaan negeri bukan pusat tapi kita mampu membina sebuah universiti walaupun tanpa bantuan pusat satu sen pun dan orang Kuala Ketil panggil KUIN sebagai unversiti lima bintang,” ujarnya berjenaka.

Beliau berkata demikian semasa bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat exco di sini.
-kedah la










1 ulasan:

Awanama berkata...

Aku pun bangga wpun dok dipahang darul kasino wal balak walaupun banyak khazanah tapi lesap berasap..Alhamdulillah