5 Ogo 2012

Royalti: Eh Eh Tok Pa Pulak Yang Klaim Jadi Hero!

Jika sebelum ini Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed (Tok Pa) menyatakan Kelantan tiada hak terima royalti, tetapi hari ini beliau orang pertama mengutip kredit dengan membariskan pelajar sekolah membawa banner untuk mengucapkan terima kasih ke atas dirinya kerana telah berjaya memujuk Najib kononnya mempersetujui cadangannya.



Umno: Jangan politikkan panel khas isu royalti

KOTA BHARU - Kerajaan Pusat telah mengadakan pelbagai peringkat perbincangan sejak enam bulan lalu sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas royalti semalam, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Muhamad.

Mustapa yang juga Pengerusi Umno Kelantan memberitahu, dalam perbincangan itu beliau sendiri mengemukakan pandangan dan ada darinya dipersetujui Perdana Menteri.

"Alhamdulillah, ia menunjukkan keprihatinan Perdana Menteri terhadap rakyat Kelantan, saya harap perkara ini tidak dipolitikkan," kata beliau berucap pada majlis Makan Colek di sini, semalam.

Dalam pada itu, laporan Bernama hari ini memetik Mustapa berkata, Barisan Nasional (BN) Kelantan mengalu-alukan penubuhan Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Pengerusi BN Kelantan berkata, adalah wajar isu tuntutan bayaran tunai itu diserahkan kepada jawatankuasa khas itu kerana ia dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri
berkenaan.

"Kita serahkan kepada jawatankuasa khas ini kerana mereka pakar undang-undang berdasarkan terma rujukan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri dalam kenyataannya semalam, mereka tidak berpihak kepada mana-mana maka kita tunggu hasil daripada jawatankuasa ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mustapa mengulas pengumuman Najib mengenai penubuhan Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur.

Najib berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

Jawatankuasa Khas itu akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan.

Mustapa berkata, jawatankuasa itu juga akan mengambil kira pandangan daripada rakyat Kelantan kerana wakil dari negeri ini yang diperkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V akan menganggotai jawatankuasa tersebut.

"Kita berpandangan kita perlu serahkan isu tersebut kepada pakar-pakar yang menganggotai jawatankuasa tersebut, kita harap tidak ada pihak yang beremosi, dipolitikkan, kerana seperti yang ditekankan Perdana Menteri jawatankuasa ini akan bertindak secara adil dan telus," katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa khas tersebut juga akan mengkaji adakah wajar pemberian wang ehsan kepada Kelantan diteruskan, dimana sejak tiga tahun lalu sebanyak RM61.8 juta disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) untuk membantu rakyat negeri ini termasuk kepada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Mengenai lawatan Perdana Menteri ke negeri ini petang ini, Mustapa berkata, lawatan Najib itu akan meningkatkan semangat kepada BN Kelantan dalam membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRu13).

Sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini kira-kira pukul 4.25 petang, Najib akan mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin BN Kelantan dan kemudiannya beliau akan menghadiri program penyampaian bantuan kepada Penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Berbuka Puasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Perdana di Bachok.

Perdana Menteri akan menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama penduduk di Masjid Naim, Jelawat, Bachok dan sebelum berlepas pulang, beliau akan ke Yayasan Kemiskinan Kelantan di Melor untuk bersama penduduk.
-SH 5/8/2012





23 ulasan:

kenatipuolehumnoapco berkata...

Bukan SAPI dapat nama tapi BABI dapat nama. Haram Jadah punya Stopa.

anakrajabugis berkata...

aduhai tok pa,babi yg najis tu pun ada perasaan malu, macamana org umno ni boleh hilang harga diri semata mata nak cari nama, rakyat kelantan nilailah sendiri siapa dia tok pa ni,

oretupat berkata...

Alahai abe Pa Lidoh Cabe, Sikap mun mace Tokkek. Beruboh warno sokmo. Ingatlah pado tuhe.

ahmadyani berkata...

Hinanya. Benar-benar TIADA MARUAH diri. Orang yang menyokong tok pa ini juga orang yang tiada harga diri.

Cikli berkata...

Ado jugok menasio lagu ni

Tanpa Nama berkata...

merdeka 55 tahun,,ayuh sekalian umat
manusia di malaysia BEBASKAN DIRI DN KELUARGA SERTA NEGARA DARI...JANJI DI
YEPATI..DULU KINI DAN SELAMANYA RKYAT
AKAN DIPERBODOHLEMBUKAN DULU PENCAPAIAN KRONI B angkai N egara di
utamakan...bersandirawa dgn makhluk kamu rasa selamat tapi dihadapan yg MAHA BESAR DAN AGONG...JAWABLAH DI PADANG MASYAR..kelak yang tiada siapa
akan menolong..melain dgn RAHMATNYA

Tanpa Nama berkata...

semua komen2 di atas sebelum saya adalah betul 100% trhdp Stopa munafiq ni...semoga Allah laknatkan dia dunia & akhirat!

selangorian berkata...

Itu hak rakyat kelantan...kerajaan negeri kelantan berhak menguruskan utk rakyatnye...

IbnAbdHalim berkata...

Itulah suatu kemunafikan yang terunggul.

Tanpa Nama berkata...

permainan politik yg teramat keji...tak malu pada manusia dan tak malu pada tuhan.....tok pa bkn hero tapi palat haramjadah

Tanpa Nama berkata...

setelah sekian lama menganak tirikan kelantan, setelah berbagai fitnah dan sekatan serta menghina negeri sendiri dan menganiaya bangsa sendiri, kini berlagak hero, semua nya wayang cangkung, pentas wayang kulit , dan berbagai bagai lagi lakonan politik di persembahkan, sepatutnya kelantan sudah menjadi negeri melayu termaju di malaysia, tetapi di nafikan hak sejak sekian lama, dan sekarang hampir PRU13, lakonan pentas dan menjadi lawak politik terhebat di kala org lain berhempaspulas membantu rakyat. kalau umporno memang lah sifat zalim susah nak di ubah. bersama lah kita merubah pada PRU 13 ini. hidup PR. SEMOGA ORG KELANTAN MENGENALI ORG KELANTAN YG LIDAH BERCABANG. JATUHKAN DAN KUBURKAN BN.

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah..tok pa nak jaga perut dia..lebih baik dia jaga najib daripd jaga rakyat Klntan..kah kah..lepas pilihanraya j/kuasa d bubar..lapuran j/kuasa jadi rahsia rasmi kera..jaan..OSA..so j/kkuasa tu umpan pilihanraya je beb.

Salasiah Marhaban berkata...

Dalam hal royalti minyak ni UMNO menipu macam mereka menipu dalam hal kemerdekaan. Semua pihak dinafikan mengambil bahagian kecuali UMNO. Parti yang munafik ni patut ditinggalkan oleh semua rakyat Malaysia.

Martoiriat berkata...

Salam GB..
Saya anggap isu royalti ini adalah propaganda politik untuk memperbodohkan rakyat kelantan.

Royalti adalah hak rakyat kelantan sebagaimana termaktub dalam perjanjian Akta kemajuan Petroliam 1974 yang telah ditandatangani diantara Tg Razaleigh yang mewakili Petronas dan Datuk Mohd Nasir mewakili Kelantan selaku Menteri Besar ketika itu. Jelas dalam perjanjian itu telah menyatakan bahawa Petronas haruslah membuat pembayaran tunai dalam bentuk Royalti bagi Penerokaan Industri Petroleum dalam kawasan perairan Kelantan. Jadi tidak ada sebab kenapa pemimpin UMNO dan Najib berdolak dalih tidak mengikut perjanjian itu sehingga kerajaan Kelantan bersusah payah membuat tuntutan sehingga membawa kes ini ke Mahkamah. Yang peliknya sekarang baru nak buat rundingan dengan Kerajaan Kelantan.? Itu tandanya politik songsang dan penipuan Najib hanya gimit untuk pilihan raya. Rakyat kelantan harus peka kerana itu adalah gula -gula hack pilihan raya semakin dekat. Saya yakin 100 peratus perompak tidak akan kembalikan wang yang telah dirompak apa lagi rompakan itu hampir 7 billion.

Jika sekiranya royalti ini untuk kepentingan rakyat sudah tentu ianya diberi sudah lama dulu memandangkan rakyat Kelantan kebanyakan terdiri dari orang2 melayu. Apa lagi jika sebelum ini Mustapa Mohamed menyatakan Kelantan tiada hak terima royalti, tetapi hari ini beliau mengambil kesempatan dengan membuat kenyataan dan telah berjaya memujuk Najib kononnya mempersetujui cadangannya. Saya anggap kenyataan Mustapha Mohamad itu adalah kenyataan golongan munafik dan salah satu pemimpin celaka yang sering memperbodohkan rakyat Kelantan pada hal beliaulah pemimpin celaka yang mengkhianati rakyat Kelantan.

Tanpa Nama berkata...

Saya harap perkara ini TIDAK DIPOLITIKKAN," kata Mustapha UMNO.

Alahai Mustapha, kenapala agaknya ko harap perkara ini JANGAN DIPOLITIKKAN...Ckap je la nak TUTUP MALU SENDIRI & UMNO...Sebelum ni (dgn bukti) geng korang je pn yg nafi hak rakyat kelantan...Malula, minta maaf skit kat rakyat ok gak...Ni takde, dh mmg cara UMNO...dh terang bt salah pastu nk tunjuk hero lg...

Hmm, yg peliknya masih ade jugak sokong si Mustapha...diorng nih kene bace berita kedua2 pihak...pastu bt p'bandingan...jangan asyik asyik bace utusan, tgk tv1 dgn yg seangkatan dgnnya...habis mmg cite UMNO je bagus spnjang mase...

Tanpa Nama berkata...

Dia da malu ngan Sultan...dia da kena murka ngan Sultan...

Metrosexist berkata...

Menate Stopa dok tahuu malu, ado hati nok jadi Meteghi Besa Kelate tapi perangha hudoh seghupo bewok. Jeng kepalo hotok dok mikir lagu mano nok pengabis duit minyok oghe Kelate.

Tanpa Nama berkata...

tok pa, tok pa, ... ngape gitu sekali kamu ni ... sangat sesuai dengan ciri munafik

Menantu Org Ktan berkata...

Anak jiran saya yang belajar di UITM Machang smlm bg tahu ibunya yg mereka diarahkan untuk berbuka puasa bersama PM di Bachok. 4biji bas digunakan untuk mengangkut pelajar2 utk meramaikan majlis. Inilah budaya UMNO...Semua harus disediakan..kalau x tiada siapa yg nak dtg majlis Najib.
Kerajaan Persekutuan ada ke RM 7billion utk dibayar balik pada Kelantan??
Mu beri kita ambik...sebab duit tu ping bukan duit mu atau duit mak pok mu!!! Duit rakyat Kelantan atas kurniaan Allah utk RAKYAT KELANTAN YG TELAH DITINDAS SEKIAN LAMA!!!
alhamdulillah, sekarang Allah beri besi pulak ke Kelantan...lagi mu buat aniaya kat rakyat Kelantan...lagi banyak Allah bg rezeki kt Kelantan!!

Smg Allah swt akan panjangkan usia TGNA & diberi kesihatan yg baik utk terus pimpin Kelantan!! Allah hu akhbar!!!

Tanpa Nama berkata...

Inilah melayu kelantan paling bodoh tahap babi hutan gua musang penah aku jumpa dlm seluruh negara. Sorang da jadi katak duk bwh tempurung perkasa...skrg tambah plak bodoh tahap hanjing bwh UMNO.....

Tanpa Nama berkata...

kita keno bersyukur apo yg ada.malu kita rakyat kelate kalu duk cakap hodoh..

Tanpa Nama berkata...

btul2..komen xmo ckap hodoh..jaga tertib pakatan rakyat..semoga p'juangan kita m'dapat keredhaan drpd Allah s.w.t...:)

Tanpa Nama berkata...

Orang Jeli patut malu bagi undi kat pengkhianat negeri ni. Mu Umno ke atas pagar, jangan undi pengkhianat ni.