5 Ogo 2012

Fitnah Melampau "TANDA PUTERA" Untuk Semarakkan Api Perkauman

Kit Siang nafi kencing di bendera rumah MB

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang menafikan bahawa beliau pernah kencing di bendera rumah menteri besar Selangor menjelang tragedi 13 Mei 1969, seperti yang pernah didakwa laman Facebook filem sejarah terbaru Tanda Putera.

"Jurucakap filem itu berkata, karya itu berdasarkan banyak kajian, seperti penelitian terhadap dokumen dan gambar, untuk memastikan babaknya bersandarkan fakta sejarah.

"Mana dia bahan dokumen dan gambar menunjukkan saya kencing di tiang bendera rumah menteri besar Selangor Harun Idris pada 11, 12 atau 13 Mei 1969, sedangkan saya tiada di Kuala Lumpur pada masa itu?

Dalam kenyataannya hari ini, Lim juga berkata, bahan-bahan itu perlu ditunjukkan supaya babak sebegitu tidak dianggap hanya sebagai khayalan dan imaginasi semata-mata.

Malaysiakini pada 12 Julai melaporkan, Facebook rasmi Tanda Putera arahan Datuk Shuhaimi Baba, yang antaranya merakamkan tragedi 13 Mei dijangka mencetuskan kontroversi.

Ia memuatkan gambar dengan keterangan mendakwa Lim kencing di bawah tiang bendera Selangor di rumah Harun ketika DAP berarak ke sana untuk mendesaknya meletakkan jawatan beberapa hari sebelum tragedi 13 Mei.

Bagaimanapun, menurut seorang penggiat filem yang menghadiri tayangan pratontonnya sehari sebelum itu, babak tersebut tidak dimuatkan. Semakan Malaysiakini mendapati gambar dalam laman sosial kemudiannya dikeluarkan.

Shuhaimi - pengarah terbaik tiga kali dalam festival filem Malaysia - ketika dihubungi Malaysiakini sebelum ini enggan mengulas perkara itu. -mk

Ulasan GB

Begitu terdesaknya UMNO untuk mendapatkan sokongan dari orang Melayu sehingga sanggup menghasilkan filem yang tidak bermaruah untuk menghina dan mencaci kaum lain.

Inilah perjuangan terlampau UMNO, "assabiyah" namanya, cuba untuk mengubah fakta kebenaran mengikut hawa nafsu mereka demi untuk mempertahankan kuasa yang kini hanya tinggal "nyawa-nyawa ikan".

Namun yakinlah bahawa usaha mereka itu akan sia-sia. Tuhan tidak sekali-kali akan mengizinkan kebatilan dan kezaliman mengatasi kebenaran dan keadilan.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca






10 ulasan:

Awanama berkata...

Dia nak dapat sokongan org Melayu, tapi generasi skrg ni tak ambil kisah dgn Peristiwa 13 Mei tu, benda tu hanya sejarah sahaja, jgn AUTA laaaa. Bodoh biul punya orang.

Awanama berkata...

Tolong lah!..dah terdesak kenapa nak mainkan isu perkauman macam tahun 70an dulu iaitu 13/5/1969? Please la..muak la benda benda macam ni.. dah tak dapat sokongan, tolong la jangan main isu mengarut ini!!!.. Tak larat dah...dulu lain sekarang ni dah ada medium internet so tak mudah kena tipudaya lagi dah..cukup cukup la BN..!!!

Watan berkata...

Itulah buruknya kalau sejarah pun di'hijack' semata - mata nak menang pilihanraya dan keinginan untuk terus berkuasa

Awanama berkata...

Dah macam barat dan yahudi. Memutar belitkan fakta......

Awanama berkata...

Memang pasti filem ini menimbulkan kontroversi...

Waris berkata...

Kalau nak sangat kena kencing, nanti aku sendiri pegi kencing kat muka presiden umno. Kencing tiang bendera buat apa?

Bangang punya melayu spesis umno. Zaman millenium masih ada melayu macam zaman batu?

Awanama berkata...

Jika benar s'pertimana yg dilaporkan, ianya pasti m'jadikan filem b'sifatkan kepentingan politik UMNO m'jelang PRU13...

Sekian lama, politik UMNO memang t'kenal dengan caranya yg gah@sombong m'yatakan hanya parti mereka sahaja tak ada yg lain yg mp'juangkan bangsa melayu...P'juangan politik UMNO yg b'sifatkan Assabiyah yg mana ditegah dalam Islam...

Filem yg pnuh dgn kontroversi...Filem yg b'sifatkan politik UMNO ini bakal m'jadi punca kepada perpecahan p'sefahaman terutamanya kepada parti kompenan mereka sendiri BN (UMNO, MIC dan MCA)...

Jika dilihatkan trend politik negara sekarang ni, sokongannya lbih menunjukkan menolak p'juangan kepimpinan UMNO...Kes rasuah kroni Jutaan Ringgit, T'tindasnya hak demokrasi, Media dikawal pemerintah sepenuhnya, Fitnah berleluasa, Keadilan dan hak dinafikan, Kos sara hidup saban tahun m'bebankan, Masalah gejala sosial dan kes jenayah m'bimbangkn...Sepatutnya Penerbit, pelakon dan kru-kru filem terlibat memikirkan sambutan filem sudah pasti bukan drpd penonton yg menolak p'juangan kepimpinan UMNO sekarang...

Awanama berkata...

malaysia ke arah perpaduan atau persengketaan? perdana menteri malaysia ke2 telah menyusun semula masyarakat demi perpaduan rakyat dengan mengambil iktibar drp tragedi 13 mei...kita dah lontar jauh2 peristiwa 13 mei yg berpunca drp ketegangan kaum dan rasa tidak puas hati sesama rakyat...mengapa sejarah hitam dihidupkan dan dimainkan semula? bukankah yg baik jadikan teladan manakala yg BURUK jadikan SEMPADAN???

Awanama berkata...

Filem ni madey,najib,muhyiddin,braheng ali,hasan ali dn lain2 skapal dgn mereka yg nk tgk..kite wt dono je la,biar la jd tyngn hebat bg mereka sblm mereka tenggelam..kite tepuk tgn je

Awanama berkata...

Hairan kan? itu yg dikatakan pandai tetapi tidak cerdik! atau pun lebih tepat lagi pandir?!

(Waris said...
Kalau nak sangat kena kencing, nanti aku sendiri pegi kencing kat muka presiden umno. Kencing tiang bendera buat apa?

Bangang punya melayu spesis umno. Zaman millenium masih ada melayu macam zaman batu?)