31 Ogo 2012

[JANJI DICABULI] Najib Muram Durja - Yang Hadir Cuma 20000


20,000 banjiri Dataran Merdeka sambut Hari Kemerdekaan ke-55

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 disambut penuh meriah dengan kehadiran kira-kira hampir 20,000 pengunjung dalam dan luar negara yang mula membanjiri perkarangan Dataran Merdeka, di sini, seawal jam 7 pagi.

Acara dimulakan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memeriksa perbarisan kontinjen kawalan kehormat utama yang terdiri daripada 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja. Tuanku Abdul Halim mengambil tabik hormat sebelum lagu Negaraku dimainkan oleh pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja.

Pada masa sama, tujuh helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat lintas hormat dengan membawa Jalur Gemilang, bendera Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Darat, TUDM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Sambutan Hari Kemerdekaan yang bertemakan '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' itu disusuli dengan persembahan Kumpulan Drumline dan perarakan kontinjen yang mengambil bahagian.

Antara yang mengambil bahagian, Pasukan Ketenteraman Awam dan Sukarelawan, Kontinjen Pewira Veteran, Kontinjen Infrastruktur Komunikasi dan Kontinjen TransformasiPertanian sekali gus menyaksikan pembabitan 29 kontinjen meliputi 14,464 peserta dan tujuh pancaragam pada tahun ini.

Turut berangkat, Raja PermaisuriAgong Tuanku Hajah Haminah. Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim; Menteri Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri. -BH

Ulasan GB

Pagi ini disahkan cuma 20,000 sahaja yang hadir. Itu pun angka yang sudah dilonjakkan agar tidak memalukan. BUKTINYA: Perkataan yang digunakan pun "kira-kira hampir 20,000", Dah "kira-kira (agak-agak)" kemudian diikuti dengan "hampir 20,000" ertinya tak sampai 20,000.

Ramai lagi yang hadir JANJI BERSIH. Macamana nak panggil plihanraya ni....

Laporan jangkaan untuk malam ini:






6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

2000 yg dtg tu semua ahli umno/bn jek!! pening najib..

ni semua Rais punya pasal lah,,,

tp yg penting aku tetap kibar bendera Jalur Gemilang depan rumah aku krn aku sayang negara ini sebab tu aku sokong PR...huhuhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

Rata rata rakyat yang hadir perarakan Dataran Merdeka hanya lah untuk menunjuk muka pada Agong. Si bahalol tu tak payah lah nak tengok pulak pulak waktu pagi Jumaat yang elok sangat untuk tidor.

Tanpa Nama berkata...

Wa takut 2000 je bro sbb di drap dgn 10 wahahahahaha kan puAka2 nie suka mcm tu..bersih kalu dia bahagi 10 wahahahahaha adoiiii Najis Nazak LoseMah ModEatDin wahahahahaha

Tanpa Nama berkata...

20 ribu termasuk yang ambil bahagian dah belas ribu

Tanpa Nama berkata...

20000 ni pun student IKBN yg dipaksa buat tarian utk najib. Haaaaa

Tanpa Nama berkata...

kenapa jadi begini? kerana kerajaan banyak tidak menunaikan janji dia kepada rakyat. itulah sebabnya himpunan bersih lebih ramai daripada sambutan kemerdekaan tahun ini kerana rakyat ingin menagih semua janji yang telah ditaburkan oleh kerajaan UMNO selama 55 tahun dia memerintah kebelakangan ini.