3 Ogo 2012

Isu Ciplak: Rais Dicabar Ambil Tindakan Ke Atas Blogger Indon Itu

Rais nafi lagu merdeka ciplak lagu gereja

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menafikan dakwaan lagu kemerdekaan bertemakan "Janji Ditepati" tahun ini menciplak lagu gereja daripada Indonesia.

"Kami menyangkal dakwaan penulis blog dan akan melibat tindakan undang-undang yang boleh diambil sekiranya dia gagal mempertahankan dakwaannya," Rais dipetik sebagai berkata kepada New Straits Times hari ini.

Menurut harian itu, penulis blog yang beroperasi daripada Indonesia pada Isnin mendakwa penggubah lagu itu menciplak lagu pancaragam gereja True Worshippers berjudul "Serukan Namanya".

Rais yang juga penulis lirik "Janji Ditepati" menyalahkan pembangkang yang didakwa mengambil kesempatan atas tuduhan itu.

"Mereka tampil untuk mendapatkan publisiti murah dan gelojoh melalui dakwaan itu," katanya lagi.

Penggubah lagu "Janji Ditepati" Jasnie Mohd Yaakub juga semalam dilaporkan menafikan dakwaan sama.


‘Janji Ditepati’ diilhamkan dari lagu kerohanian Kristian Indonesia?

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Melodi lagu “Janji Ditepati” yang dipilih sebagai lagu tema sambutan Hari Kemerdekaan heboh diperkatakan akan tetapi bukanlah disebabkan perkara positif masa kini.

Pengguna Internet mendapati melodi lagu tersebut menyamai lagu kerohanian Kristian Indonesia yang dipopularkan oleh kumpulan True Worshippers semenjak tahun 2008 yang turut membariskan penyanyi terkenal negara tersebut, Ruth Sahanaya.

Kontroversi terbaru, datang hanya beberapa hari selepas Putrajaya terpaksa menukar logo Hari Kemerdekaan ke 55 yang direka secara buruk kepada logo 1Malaysia, menambahkan lagi malu dikalangan pegawai kerajaan dan boleh menegangkan lagi hubungan dengan gergasi Asia Tenggara itu.

Pada mulanya, kritikan pengguna Internet Malaysia hanyalah pada lirik lagu “Janji Ditepati” akan tetapi empat hari lalu serangan di laman sosial YouTube dan Facebook terarah kepada melodi lagu tersebut apabila seorang penulis blog yang mengaku sebagai penganut agama Kristian menghebahkan bahawa melodi lagu “Janji Ditepati” menyamai lagu gospel Indonesia bertajuk “Serukan Namanya”.

Lirik “Janji Ditepati” ditulis oleh menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan, Datu Seri Dr Rais Yatim.

“Lagu tema KEMERDEKAAN MALAYSIA ke 55 kedengaran seperti LAGU Pujian di GEREJA,”
kata penulis blog yang tidak menamakan dirinya pada posting 30 Julai.

“Hal ini lagi mengejutkan sekiranya lagu tema kebangsaan di ambil dari lagu rohani org Kristen.

“Mungkin kementerian tidak tau tapi seharusnya pencipta lagu ni tdk berbuat demikian (menciplak) sebab dia ditugaskan untk membuat lagu tema kemerdekaan,” katanya lagi.

Penulis blog tidak bernama itu menggesa kementerian untuk meminta kembali bayaran kepada penulis lagu tersebut yang liriknya ditulis sendiri oleh menteri dan menggantikan melodi lagu tersebut kepada melodi lain.

Klip video lagu “Janji Ditepati” dan “Serukan Namanya” telah dimasukkan dalam beberapa blog untuk dibuat perbandingan. Laman Miricommunity.net — popular di kalangan rakyat Malaysia berasal Sarawak — turut menyiarkan perbandingan antara dua klip video ini.

“Amen, Yesuslah Raja!! Tapi sorry ya, Rais Yatim dengan lagu ‘Janji Ditepati’nya sama style dengan lagu ni,” kata seorang pengkomen di YouTube yang menggunakan nama moniker amoker27 dalam satu video klip yang telah dilihat oleh 100,000 pengguna Internet sejak dimuat naik pada 5 September, 2008.

Lagu “Serukan Namanya” dinyanyikan oleh kumpulan True Worshippers, yang diketuai oleh Sidney Mohede, dimasukkan dalam album mereka yang dilancarkan pada 2008 bertajuk, “All Things New”.

“Sekarang saya benar-benar benci kepada kementerian kita kerana menciplak lagu ini dan menjadikan kes politik di Malaysia,” kata pengkomen lain YouTube yang menggunakan nama vandridel. “Betul-betul memalukan negara kerana tindakan bodoh menteri kita. Maaf Indonesia!”

Permintaan maaf terhadap Indonesia adalah merujuk kepada kekecewaan rakyat Indonesia sehingga menyerang pejabat kedutaan Malaysia di negara nusantara itu dengan melemparkan telur, batu dan kepingan kayu sehingga mencederakan kakitangan dan kerosakkan harta seperti pada bulan Jun baru-baru ini, apabila rakyat Indonesia mendakwa Malaysia mencuri kebudayaan mereka selepas Rais mengumumkan langkah untuk menambah tarian Tortor dari Sumatera Utara dan gendang Gordang Sambilan sebagai warisan negara.

Kedua-dua negara mempunyai pergeseran sejarah politik, ekonomi dan kebudayaan.

Akan tetapi, melodi lagu “Janji Ditepati” dikatakan dicipta oleh sekumpulan orang yang menggelarkan diri mereka sebagai Aye, Jasnie, Arman E Six.

Dari posting video lagu tersebut di YouTube disini terdapat 255,000 kali tontonan semenjak dimuat naik pada 27 Julai dengan 30,600 tidak menyukai berbanding 415 yang menyukai pada pagi semalam.

Rais juga mengetahui kritikan ini apabila beliau telah menulis di Twitter dua hari lepas dan menjemput orang ramai untuk berkongsi pandangan mereka mengenai lagu yang beliau tulis liriknya.

“Apa pandangan sdr tntg lagu janji d tepati? Di utube dah cecah 140k lebih. Tapi yg ‘ibu jari k bawah’ ada juga,” kata menteri tersebut melalui akaun Twitternya @DrRaisYatim.

Beberapa penyanyi, penulis lagu dan komposer yang dihubungi oleh The Malaysian Insider, juga mengambil perhatian persamaan ketara antara melodi “Janji Ditepati” dan lagu injil ini akan tetapi tidak mengatakan ianya plagiarisme.

“Persamaan dalam melodi biasanya membawa kepada isu plagiarisme,” kata pendidik muzik Tay Cher Siang, yang juga merupakan pengarah muzik untuk The Venue, tempat muzik secara langsung di pusat membeli-belah yang popular, Pavillion.

Beliau setuju bahawa terdapat banyak persamaan antara dua melodi tetapi katanya lagi skala muzik adalah terhad kerana ia cuma mempunyai 12 not. Beliau menambah lagi yang komposisi muzik pop biasanya mempunyai 7 not.

Menurutnya lagi, “Walaupun sememangnya saya tidak suka dengan keseluruhan yang ada pada ‘Janji Ditepati’ ini, saya ada keraguan terhadap isu plagiarisme ini.”

Beliau benci kerana ini merupakan pencurian lagu secara terang-terangan, katanya lagi beliau tidak ketahui sama ada komposer untuk “Janji Ditepati” sedar akan persamaan yang ada dengan “Serukan Namanya” dan telah dipengaruhi oleh lagu tersebut dan meminta keizinan untuk guna melodi itu ataupun secara sengaja menghasilkan semula melodi itu tanpa memberi penghormatan terhadap inspirasi lagu tersebut.

Penyanyi lagu rakyat dan penulis lirik Meor Yusof Aziddin, 45, setuju dengan pandangan Tay. Katanya isu plagiarisme dalam melodi muzik adalah sesuatu yang subjektif. Beliau rujuk kepada contoh melodi pop yang gunakan formula yang sama sejak zaman Beatles pada 1960-an dan 1970-an.

Beliau berkata lagu kebangsaan Malaysia, “Negaraku”, turut mempunyai melodi yang sama dengan lagu Indonesia, “Terang Boelan”, dan ini boleh dijejak balik kepada lagu abad ke-18, “La Rosalie”, daripada seorang komposer Perancis, Pierre-Jean de Beranger.

Seorang lagi komposer yang tidak mahu namanya diketahui umum tertarik dengan persamaan melodi di antara lagu Hari Kebangsaan dan melodi lagu kerohanian Kristian itu.

“Persamaan substantif antara sebuah lagu Indonesia injil Kristian dan lagu baru hari Merdeka Malaysia adalah satu yang menarik, tidakkah anda terfikir begitu?” tanya beliau.

Gabungan Barisan Nasional (BN) telah memilih “Janji Ditepati” sebagai tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, satu langkah yang dikritik hebat oleh pembangkang dan rakyat Malaysia.

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah menuduh kerajaan BN merampas sambutan Hari Kebangsaan untuk kempen politik mereka.

Mereka juga menuduh BN menggunakan tema dan menyalahgunakan jentera kerajaan untuk tujuan kempen politik pilihan raya.

Jumaat lepas, Rais telah mempertahankan di Twitter tema sambutan Hari Kebangsaan, mengatakan bahawa “segala-galanya boleh melihat buruk jika minda ditutup”.

“Malaysia telah benar-benar menjadi negara yang berjaya selepas 55 tahun merdeka. Mengapa tidak boleh kita katakan janji ditepati?” katanya dalam satu respons kepada kritikan meningkat terhadap tema kemerdekaan yang dikatakan mencerminkan tema kempen politik BN menjelang pilihan raya umum akan datang yang dijangka tidak lama lagi.
-TMI








Ulasan GB

Beginilah. Jika Rais Yatim benar-benar ingin mempertahankan lagu tema merdekanya itu, maka beliau perlu berani tampil untuk menyaman blogger dari Indon berkenaan yang setakat ini telah berjaya membuktikan bahawa lagu tema hari kemerdekaan Malaysia dari lagu kerohanian Kristian Indonesia, lagu “Serukan Namanya” dinyanyikan oleh kumpulan True Worshippers.

Saya yakin Rais tidak berani. Sama macam kes Robengah dulu, Rais hanya berani bertindak ke atas blogger Malaysia, sharpshooter, tetapi tidak berani bertindak ke atas Migrant Care yang berpengkalan di Indonesia yang dikatakan pihak pertama yang mengeluarkan dokumen yang mengaitkan Rais dengan kes merogol amah satu ketika dulu.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maka bertambahlah lagi satu alasan untuk warga Indon mendakwa Malysia Maling kerana bukan sahaja tarian dan lain2 budaya yg dicuri kini menteri kita pula mencuri karya mereka.
Patutlah org Indon marah kat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Aduhai org tua ni ckp bbelit2.. Umporno ni dr dlu smpai skrg! Duk guna kptngn awam untk kpentingan parti! Tgok org tua ni pya lama bpolitik brkuasa pgng jwtn.. Smpai xtaw bezakan kptgn politik n kptgn awam! Sondol je.. Mcm kerbau pendek.. Tgu lh korg tumbg esok menteri2 smua bleh jadi gila apa!

Tanpa Nama berkata...

apa nak heran tentang persamaan melodi rais yatim pun suku sakat indon juga yang berasal dari minangkabau bukan anak malaysia jati pun.

Tanpa Nama berkata...

Telinga aku dengar lagu ni memang sah di ciplak , brape ratus ribu yg dihabiskan untuk nak dpt hasil kerja yg mcm ni, hampeh..

Bombo berkata...

org tua ni,0rg cerita tentang ciptaan asal,dia cerita minda tertutup,memang sah diani nyanyok,kata nak bodek najib,namun hampeh kantoi..
dulu setiap merdeka pasti ada pertandingan Logo atau Ciptaan lagu merdeka....kenapa kerajaan dah tak ada buget lagi ka...dah habis utk kegunaan Brim,trim kedai janji cipati dll,kami rakyat sayang merdeka,cuma logo dan lagu tu buat kami busukhati dgn org tua ngokni..

Tanpa Nama berkata...

Rais kata" tapi yang Jari ke bawah pn ada juga"...... Bukan Ada juga la rais!!!....yang Jari ke bawah banyak!!!! Ribu kali ganda dari ke atas!!!......benggong....mmg x tau matematik!!! Dah la kira peserta BERSIH pn x betul!!!.....Ni data like, dislike yang dah Ada no pn x boleh bezakan!!!.....PhD tipu!!?...sedih jd rakyat Malaysia yang menterinya benggong!!!

din siam berkata...

Jngan marah Otai nie, dia mana belajar math, dia belajar ilmu hisab tu pun entah lulus ke kantoi tapi kalau bercakap, aku suka dia punya bahasa.... mana ada menteri lain boleh lawan, bahasanya tersusun dan perkataannya macam dipilih2... ha ha yang betoi aku kata betoi la.Moga dia susun atur kata2 yang indah untuk berundur, sudah2 la tu.

Tanpa Nama berkata...

orang sorang ni memang masaalah. Cuba tanya dia apa di buat dng kes Pertikaian Pulau BT Putih (M'sia > S'pore): masa tudia jadi bos Wisma Putera......Ahh dia ni memang karut....melalut....hhmmm tak tau lah apa nak jadi....

Tanpa Nama berkata...

apa saja produk daripada si rais telah menjadi kebencian. Memamng si rais amat dibenci sekali di malaysia ini selain si nazri & si rosmah