12 Ogo 2012

GAMBAR BERBICARA: Inkuiri Suhakam - Penggunaan Gas Pemedih Mata Secara Membabi Buta


Siasatan awam pihak Suhakam ke atas dakwaan pencabulan hak asasi manusia yang berlaku sebelum, semasa dan selepas perhimpunan aman Bersih 3.0 telah bermula sejak 5 Julai yang lalu.

Terdapat beberapa anggota polis dan FRU yang melepaskan tembakan gas pemedih mata secara terus terhadap orang awam walhal mereka sepatutnya melepaskan tembakan dari jarak yang selamat bagi membolehkan peserta bersurai.

Seorang saksi terpaksa menderita hilang penglihatan mata sebelah kiri akibat terkena kelongsong gas pemedih mata yang ditembak dari jarak dekat. Dia baru sahaja bergraduasi dan telah kehilangan pekerjaan pertama akibat kecederaan yang dialami.

Beberapa saksi lain menyatakan terlalu banyak gas pemedih mata dilepaskan di kawasan sempit yang dipenuhi orang awam menyebabkan mereka tidak mempunyai ruang untuk menyelamatkan diri. Diawal inkuiri, seorang saksi memberitahu panel siasatan bahawa dia telah terkena kelonsong gas pemedih mata di leher menyebabkan dia pengsan semasa kejadian.




5 ulasan:

Awanama berkata...

Anggota PDRM semasa Op Bersih semunay HARAMJADAH lagi bodoh.

Sekolah darjah 5 sahaja.

Standard lagi ATM.

Awanama berkata...

BN dah jadi raja di Malaysia, patut kena ganti kerajaan PRU13

Awanama berkata...

polis oh polis...kl hang nak belasah sgt g lah belasah perkosa dan pemuda umno yg buat demo

Awanama berkata...

Kena ada kor agama dlm pdrm. Kor agama yg strong mcm atm.

Awanama berkata...

polis dah byk yg makan rasuah..hati hitam dah x kenal kemanusiaan..apa lagi sesama bangsa dan seagama...hasil didikan umno jahililah