9 Ogo 2012

Alhamdulillah, Dah Ramai Artis Wanita Yang Berhijab...


Sejak kebelakangan ini, semakin ramai selebriti wanita muda tempatan kita yang telah mula melakukan penghijrahan serta mengenakan hijab. Paling menarik apabila 2 selebriti telah mengambil keputusan untuk melakukan penghijrahan ini pada bulan ramadan iaitu Sharifah Aleya dan Shila Amzah.

Penghijrahan yang dilakukan mereka itu pula bersebab. Ada yang mengatakan ia dilakukan atas pilihan mereka sendiri, ada yang pula yang mengatakan sudah sampai seru dan tidak kurang pula yang mengakui bahawa mereka telah mendapat petunjuk serta taufik dan hidayah untuk berubah.

Biarpun penghijrahan itu dilakukan dengan pelbagai sebab, namun apa yang nyata kebanyakan selebriti tempatan ini berharap supaya keputusan mereka untuk berhijab itu akan berkekalan dan mampu mengubah mereka menjadi muslimah yang sejati.

Portal Murai mengucapkan syabas buat kesemua selebriti yang telah berani melakukan penghijrahan ini demi kebaikan diri. Mudah-mudahan apa yang mereka akan terus dirahmati Tuhan serta turut membuka pintu hati orang lain untuk mengikut jejak langkah yang sama.

Sama-samalah kita mendoakan kebaikan mereka untuk kebaikan kita semua bersama. Amin….

Sebahagian daripada selebriti wanita muda tempatan kita yang telah berhijrah:-

1. Catriona Ross
2. Abby Abadi
3. Farah Asyikin
4. Diana Amir
5. Yatt
6. Siti Fazurina
7. Irma HAsmie
8. Sharifah Sofea
9. Raja Farah
10. Farah AF
11. Natasha Hudson
12. Siti Nordiana
13. Noryn Aziz
14. Sharifah Aleya
15. Liza Hanim
16. Shila Amzah

- Murai.com.my

7 ulasan:

Amuraria berkata...

alhamdulillah ;) asal jangan jadi macam artis yang ikut umngok !amy umngok,jamal umngok,awie umngok,aflin umgok,ibnur ungok dn umngok yang lain hahaha ! ABU jangan lupa !

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, syukur, hidayah tiba bagi sesiapa yang dipilih olehNya, belum terlambat untuk yang lain, semua, bukan setakat artis @ selebriti. Yang menariknya tambah manis dan anggun bila bertudung ....

Tanpa Nama berkata...

mereka selebriti yang cantik luar dan dalam...mereka rupawan...oopps lupa ke Wardina safiyyah, Abby Fana...

Unknown berkata...

Alhamdulillah, yang terbaru Nurul Syuhada Nurul Ain yg mula mengenakan hijab hari ini.

Tanpa Nama berkata...

Pagi tadi nampak Nurul TV3 pun dah pakai tudung, labuh melepasi dada.
Alhamdulillah. TV9 bnyak juga buat dakwah melalui 'Tanyale Ustaz', 'Ustaz Zamri' dll .. wlu masih ade prog2 yg menampilkan artis2 pakai keterlaluan & action tak Islamik, kita doakan semuga kearah ikut Islam perintah Allah & Rasul saw semata2 keranaNya.

Tanpa Nama berkata...

FLOM belum terbuka hati lagi. Dulu, kini dan selamanya agaknya.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, biar berubah demi Allah SWT, bukan demi politik/mencari kelangsungan hidup. Jgn lepas kutuk2 org lain pulak