9 Ogo 2012

"Fatwa" Utusan: Pekung UMNO BN Terdedah!

Kenyataan Najib Lebih Biadap Dari DAP Berhubung Hudud

SHAH ALAM, 8 OGOS : Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Umno-BN tidak akan melaksanakan hukum hakam berlandaskan syariat Islam (hudud) di negara ini adalah lebih biadap dan menghina kesucian Islam jika dibandingkan dengan DAP yang tidak bersetuju perlaksanaan hukum hudud.

Demikian kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam reaksinya berhubung isu adalah haram dan berdosa menyokong DAP seperti yang dipaparkan dalam akhbar pro Umno-BN hari ini.

Kalau beliau benar-benar mengikuti kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek lebih biadap daripada DAP dalam menghina hudud dan memberi amaran keapda Umno-BN sendiri sehingga Perdana Menteri, Najib Razak sanggup dan terpaksa buat kenyataan bahawa Umno-BN tidak melaksanakan hudud.

“Oleh kerana itu bagi kita, kenyataan dari Najib sudah cukup sebagai bukti bahawa selagi Umno-BN memerintah sampai bila-bila pun hukum syariat Islam tidak akan dilaksanakan walaupun Umno mendakwa mereka mewakili orang melayu yang beragama Islam,” katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Kenyataan beliau ekoran susulan paparan muka depan media pro-BN hari ini yang memetik kenyataan Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah.

Abdullah dalam kenyataannya berkata adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

Menurut beliau lagi, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Umno-BN yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan agama dan umat Islam sendiri.

Tuan Ibrahim menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Abdullah dibuat tanpa mengikut maklumat yang betul dan hanya bersandarkan kepada penyampaian pihak tertentu.

Malah jelas beliau kenyataan tersebut nyata tidak membantu menggambarkan persepsi Islam yang luas dan syumul di mata masyarakat bukan Islam.

Ujar Tuan Ibrahim, hubungan ‘tahalul siasi’ (kerjasama politik) Pas dan komponen Pakatan Rakyat berlangsung dalam kontek hubungan baik dan mengamalkan sikap saling menghormati meskipun berbeza pandangan.

Sebelum ini, Adun Umno Johor dari Kemelah, Datuk Ayub Rahmat mencadangkan supaya hukum hudud dilaksana ke atas orang Islam dan bukan Islam di negeri itu namun dibidas Soi Lek yang beranggapan hasrat itu sebagai “hilang akal” dan kehabisan idea. -selangorku

“Fatwa” Utusan: Hancurnya impian 1Malaysia ciptaan Najib

KUALA LUMPUR 8 OGOS: Berita muka hadapan Utusan Malaysia, hari ini yang bertajuk “Haram sokong DAP” adalah perbuatan amat terdesak lidah rasmi UMNO itu untuk membangkitkan kebencian orang Melayu terhadap DAP yang gigih menentang rasuah dan salah guna kuasa.

Menyifatkan laporan berita Utusan tersebut sebagai “lolongan keterlaluan”, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata ia mencerminkan Utusan sebagai akhbar anti-nasional dan anti-Malaysia.

“Adakah Utusan Malaysia cuba untuk menghasut dan mengapi-apikan konflik agama di Malaysia?” soal beliau.

Katanya, isunya bukan siapa yang mengeluarkan kenyataan tersebut tetapi ia melibatkan tanggungjawab dan etika sebuah akhbar yang dimiliki pemerintah boleh menerbitkan fitnah sedemikian rupa.

“Laporan Utusan hari ini jelas membuktikan dasar 1Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri Najib Razak demi membina kesatuan Malaysia yang meletakkan keutamaan pertama sebagai rakyat Malaysia sudah hancur luluh.

“Ia bukan sahaja bertentangan dengan dasar 1Malaysia Perdana Menteri Najib Razak sejak tiga tahun lalu tetapi bertentangan dengan intipati pembinaan negara Malaysia dalam tempoh lima dekad,” ujarnya.

Ahli Parlimen Ipoh Timor itu turut berkata, isu yang dimainkan ini seolah-olah sebuah konspirasi bagi membuktikan ramalan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Jun lalu yang menyatakan bahwa pilihanraya umum akan datang ini dipenuhi dengan sentimen perkauman.

“Atau Najib mengakui bahawa beliau telah gagal sepenuhnya mengawal Utusan Malaysia yang mana akhbar tersebut sekarang dikawal oleh panglima perang UMNO yang tidak lagi terikat dengannya dan dasar kebangsaan yang ditaja UMNO-BN.

“Mungkin itulah sebabnya 10,000 cybertroopers UMNO-BN dilancarkan untuk memutarbelit dan menyebarkan pembohongan termasuk membabitkan isu filem “Tanda Putera” yang ditaja kerajaan BN berkisar kejadian 13 Mei 1969 yang dipenuhi dengan fitnah,” katanya.

Kit Siang menjelaskan filem “Tanda Putera” yang ditaja oleh pemerintah UMNO-BN merupakan sebuah fitnah terbesar, dan tuduhan paling liar dan tidak berasas serta melulu dan keji.

Katanya, filem itu cuba menggambarkan kononnya beliau (Kit Siang) dalam rusuhan 13 Mei 1969 telah melakukan provokasi terhadap perarakan jalanan dan telah didakwa membunuh orang Melayu, malah kencing pada tiang bendera di kediaman Menteri Besar Selangor.

Sedangkan, Kit Siang tidak berada pun di Kuala Lumpur pada 11,12 dan 13 Mei 1969. Malah beliau yang berada di luar Kuala Lumpur hanya kembali selepas 17 Mei 1969 dan ditahan di bawah ISA.

Malah, sewaktu ditahan tanpa bicara di bawah ISA, para pegawai penyiasat tidak pernah menyoal siasat beliau tentang rusuhan 13 Mei. Semua itu ada dalam rekod pihak berkuasa.

“Kita menunggu, adakah Najib yang mewar-warkan “penyatuan golongan moderat dunia” di forum antarabangsa akan mengambil tindakan terhadap Utusan?

“Utusan telah menunjukkan contoh ekstremis, tidak bertanggungjawab, menghasut dan tidak beretika yang boleh mengapikan ketegangan antara kaum dan agama dan melemahkan perpaduan nasional,” jelas beliau.
– Roketkini


Ulasan GB

Kita lihat di sisi yang lain....

"Fatwa" Utusan yang menyatakan "Haram Sokong DAP" kerana DAP menolak Hudud - kenyataan Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah, sebenarnya semakin mendedahkan pekung UMNO BN sendiri.

Akhirnya segala "fatwa" yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO BN sendiri yang menunjukkan kepada rakyat bahawa "Haram Sokong UMNO BN"!

Lihat:







7 ulasan:

Awanama berkata...

Haram sokong Umno kerana mempertikaikan hudud.Sebagai kerajaan
mengapa tidak pernah duduk semeja dengan PAS membincangkan hukum hudud?
Jika hudud PAS tersasar, sila senaraikan apakah yang salah itu?

ahmadyani berkata...

Ketua MCA kata macam-macam tentang hudud lebih teruk dari DAP, tidak ada siapa yang bersuara. Mufti juga senyap, tidak pula kata haram UBN bersekongkol dengan MCA. Haram hanya pada PAS yang bersama DAP dalam PR. Inilah orang agama yang hanya menghukum kerana mahu 'mengisi perut' bukan menegakkan hukum yang benar.

Awanama berkata...

janji ditepati..dulu kini dan selamanya....antara LEMBU dan diperbodohlembukn mana yang teruk....
hanya yamg MEMPERJUANGKAN HUKUM DAN AGAMA ALLAH SAJA AKAN DIREDHAI

Awanama berkata...

Ketiga2 mereka adalah pemimpin yg menolak hudud. Najib, Karpal,Soi Lek.
Ttpi yg 2 org tu kafir.Yg seorg lagi apa hukumnya?

Awanama berkata...

Mana semua mufti-mufti dlm Malaysia ni..rasanya cukup arif dalam bidang agama tapi mana suara

Unknown berkata...

biasalah ulamak umno perut kenyang,mulut tenganga tak terkata apa,tolak hukum allah tu perkara biasalah,bukannya baru memerintah dh hampir 55 tahun dh,insaflah wahai manusia yg berpengetahuan tinggi tentang agama islam,kenapa kamu bersengtongkol dgn pemimpin yg tolak hukum allah,kerana duit mulut dikunci,semua ok

Unknown berkata...

biasalah ulamak umno perut kenyang,mulut tenganga tak terkata apa,tolak hukum allah tu perkara biasalah,bukannya baru memerintah dh hampir 55 tahun dh,insaflah wahai manusia yg berpengetahuan tinggi tentang agama islam,kenapa kamu bersengtongkol dgn pemimpin yg tolak hukum allah,kerana duit mulut dikunci,semua ok