14 Jul 2012

Utusan Mengaku Putar Fakta Berita Supaya Berpihak Kepada BN

Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pengamal media dibolehkan "memutar" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak.

Menurutnya, langkah itu adalah "serangan berhemah" kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN "dibicarakan" dalam ruang politik negara.

"Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan).

"Dari segi perang psikologi kita jangan ikutlah blatant lie, kita jangan tulis pembohongan.

"Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu OK," kata Zaini.

Beliau turut mengakui kelebihan kini berpihak kepada pembangkang dalam perang psikologi politik menerusi media sosial.

"Kalau kita lihat sebelah sana, media (mereka) tidak tengok duit.

"Di sana mereka kerja dengan hati, perasaan, dan fisabilillah (di jalan Allah).


"Tetapi kita di sini, minta maaf kalau saya cakap, tidak ada duit tak jalan (jentera)," kata Zaini sewaktu bercakap pada forum Media Sosial: Mengurus Isu, Menangani Persepsi dan Emosi Rakyat di Kuala Lumpur.

Zaini yang popular dengan kolum Cuit dalam akhbar Utusan Malaysia turut mengakui bahawa media kini memainkan peranan yang jauh lebih penting berbanding faktor wang dan jentera dalam memenangi pilihan raya.

"Dalam konteks Malaysia, media dah jadi tempat pertama (dalam memenangi pilihan raya)," kata Zaini.

Ketua Sekretariat Himpunan Ulama Muda Umno, Fathul Bahari Mat Jahaya yang turut menjadi panelis forum pula menggesa pengamal media sosial agar memeriksa fakta di sebalik sebarang dakwaan yang bersifat politik.

"Islam dan agama lain ajar kita kalau ada tohmahan, kita kena ada
bukti sama ada ia benar atau tidak benar," katanya.

Pada masa yang sama, beliau juga menggesa pengamal media sosial pro-BN supaya mengamalkan "muslihat" dalam perang psikologi terhadap pembangkang.

Menurutnya, Nabi Muhammad turut mengamalkan muslihat dalam peperangan dengan menghitamkan rambut tentera Islam yang berusia agar kelihatan muda dan gagah pada mata musuh. -mk

Ulasan GB

Ternyata sekarang akhbar arus perdana menggunakan falsafah haiwaniah "matlamat menghalalkan cara" untuk memenangkan UMNO BN di dalam pilihanraya.

Al-Quran telah menempelak golongan yang menyembunyikan dan memutarkan "kebenaran"

Mereka yang telah Kami berikan kitab kepada mereka, mereka mengenalinya (kebenaran), sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman. -Al-An'am :20

INI CONTOH TERBARU PEMUTARAN FAKTA UNTUK BURUKKAN PAS



Anda mahu beli @ baca lagi Utusan selepas ini sedangkan pengakuan bahawa fakta sebenar telah diputarkan? Anda mahu lagi bersekongkol untuk mendapat saham dosa percuma dengan menyokong akhbar yang telah terang-terangan mengaku melakukan kerja-kerja mungkar dan pembohongan tersebut?

5 ulasan:

M Rosli berkata...

Dah jelas sekarang ulama muda ini sanggup bersekongkol dengan UMNO untuk habuan dunia... Dan membelakangkan HAK ALLAH....Sungguh JELEK...

Amuraria berkata...

barua ni cakap boleh spin bermakna berbohong & fitnah untuk cari pengaruh & menang ! dimana dia bElajar atau agama mana suruh macam tu ? tiada yang lebih baik dari maklumat kebenaran ,jika jahat tetap jahat tak payah spin atau ubah untuk kemenangan jika dah memang satu pemohongan atau fitnah tanpa bukti ! inilah ajaran zionis atau apco untuk memecahbelahkan ummah walau kerana mahu kemenangan ! sah medIa umno-apco buat kerja-kerja dajjal ! ABU !

Awanama berkata...

Sirah nabi pun si bari tuh nak spin jugak..? Matlamat nabi berbanding UMNO yang diwujudkan oleh British itupun dia nak samakan jugak. Sesat dirimba fikiran nampaknya budak tuh. Maka pecaci akan anggap kerje melebong berita tuh jadi ibadah dan berpahala pulak. Ajaran sesat ke ape tuh..?

Nak cari makan dalam umno tak lah salah tapi hingga sanggup tumpang sekaki mensepinkan sirah nabi dah kira melampau dan hina tuh..

Dasar dan matlamat PAS berbanding UMNO yang mana paling menghampiri sirah dan perjuangan mengembalikan syiar Islam dalam diri dan masyarakat wahai si bari..? Jangan sesat dalam rimba fikiran sudahlah. Kok nyesal dunia akhirat.

Awanama berkata...

Apa hukumnya mencari makan untuk anak bini dengan menerbitkan berita yang bohong dan fitnah kepada umat Islam?

Apa hukumnya menang pilihan raya dengan cara menipu?

1 Malaysia berkata...

Dari dulu aku dah kata munafikun memang kuat membohong. Si Bari tu bak bandingkan depa dengan Nabi Muhammad saw. Awat Nabi memutar belitkan faktakah? Ini kenyataan yang amat bahaya.
Memperkenalkan taktik berlawan tak sama dengan fitnah dan pembohongan. Semakin hari semakin jelas kita akan sifat sebenar siBari. Kasihan melihat mukanya yang 'jernih' akan bertukar menjadi 'gelap' dan mungkin 'hitam legam'.
Memang puak munafikun melakukan solat dan sebagainya tapi hatinya ... Ini dah pun diberi amaran oleh Allah swt. Kita tak takut akan Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng atau Karpal Singh atau .... Yang kita paling takut ialah fizikalnya Islam tapi naluri atau hatinya .....