20 Jul 2012

Selepas UMNO BN, PDRM Pula Memfitnah Pembangkang, PR Minta Bukti

Komponen Pakatan Rakyat (PR) mencabar polis menunjukkan bukti jika benar parti-parti politik pembangkang diresapi pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis, yang cuba menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya bimbang kenyataan yang dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam "bertujuan jahat" ke atas pembangkang menjelang PRU13.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Kubang Kerian itu yakin sokongan kepada PR khususnya Pas, yang dinamakan secara langsung dalam kenyataan semalam, tidak akan terjejas.

"Saya minta tunjuk bukti kalau benar dalam Pas ada orang seperti ini seperti yang didakwa oleh Datuk Mohd Sofian (Md Makinuddin).

"Kami bimbang kenyataan-kenyataan seperti ini dikeluarkan ketika menjelang pilihan raya untuk mengelirukan rakyat... kenyataan yang berniat jahat,"
kata beliau ketika dihubungi.

Salahuddin berkata, pihaknya tidak terkejut dengan kenyataan seumpama itu sebab pihak berkuasa pernah menggunakan cara yang sama pada masa-masa lalu.

"Polis pernah membuat kenyataan seperti ini, mengaitkan Pas dengan kumpulan Al-Maunah, saya melihat tujuan berniat jahat ini berulang ketika dekat dengan PRU.

"Pas, yang sudah terlibat dalam politik lebih 50 tahun, memilih untuk menggunakan jalan demokrasi, menerusi pilihan raya untuk menang pilihan raya," katanya sambil menambah, PDRM tidak harus membuat kenyataan-kenyataan tidak bertanggungjawab.

Laporan media memetik Mohd Sofian, Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman berkata, terdapat pengganas JI dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon pada PRU13.

Mohd Sofian berkata, Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi Pas selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.

"Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana
.

"Kesannya, idea-idea berhubung politik baru yang berpotensi menjejaskan nilai teras negara telah berkembang. Gerakan ini sebenarnya mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan asing yang membantu dari segi kewangan, latihan dalam dan luar negara serta pendedahan kepada kepakaran tertentu untuk menghadapi pilihan raya," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk "Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara anjuran Parlimen Malaysia bersama-sama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru dan Majlis Belia Malaysia.

Sehubungan itu, kata Salahuddin, pihaknya akan membincangkan tindakan ke atas pegawai polis berkenaan.

"Kami akan membincangkan tindakan yang hendak diambil dalam waktu terdekat," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad juga mencabar PDRM mengeluarkan bukti jika benar wujud elemen-elemen sedemikian.

Sambil menegaskan pihaknya tidak terkejut dengan laporan tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor ini berkata, "kenyataan-kenyataan seperti ini, yang dibuat oleh polis, bukan perkara baru."

"Saya pun boleh buat kenyataan seperti ini. Buktikan siapa mereka, namakan individu terbabit, kita pun hendak tahu.

"Saya mencabar beliau bertanding pilihan raya jika berminat untuk bercakap mengenai politik," kata beliau yang yakin bahawa sedar dan tahu tentang keadaan sebenar, dan sokongan mereka tidak akan terjejas.

"Ini taktik Barisan Nasional menggunakan polis untuk membuat kenyaatan-kenyataan seperti ini menjelang PRU. Rakyat tahu," katanya lagi. -SH

10 ulasan:

Amuraria berkata...

kelentongan & konspirasi tahap gaban
! ABU !

Tanpa Nama berkata...

wahhhh pdrm mmg terer bab nih!!
bab lepas cakap dan tuduh menuduh mmg kepakaran pdrm...

tapi bab benteras janayah cam siallllllllllllllll!

Tanpa Nama berkata...

apa kata lepas nih pdrm tuduh TGNA dan TGHH sebagai tali barut kominis lakkkk...

dan cakap lak pm najib tuh sebagai mujahid penegak islam di dunia dan alam semesta!

hahahaha

bengap tak bole diajar laaaa

tapi pd polis yg masih beriman dan takut Allah lbh dari ketua, aku tabekkkkk spring pada dia orang!

Tanpa Nama berkata...

Masih ingat operasi lalang???

Tanpa Nama berkata...

ISA?????

Tanpa Nama berkata...

PDRM juga di minta siasat si mangkok hayun ni atas akta hasutan atau apa2 akta yg ada!!!

Tanpa Nama berkata...

kita pun boleh cakap pdrm di resapi perasuah, kongsi gelap, sindiket judi, sindiket pelacuran, pemeras ugut, bapa ayam, sindiket dadah, pelanggan gro percuma....

haram jaddah punya olang

Tanpa Nama berkata...

Juru cakap pdrm tuh kata mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi Pas, orang JI tuh makan nsik, orang PAS jumakan nasik jugak. Orang JI tuh solat lima waktu dan puasa ramadan orang PAS pun macam tuh jugak.

Yang pihak polis tuh mahu ialah PAS kena sama macam UMNO. Barulah tak de ciri JI agaknyer.

AlhamduLillah,
Mujurlah atok den dah pencen polis dan tak do anak cucu dio termasuk den yang jadi minat kojo polis. Kok tak ghaso paneh tolingo yo bila oghang kutuk polis.

Tak taulah pulak polis zaman Pakatan Rakyat nanti. Mungkin den cadangkan kek anak cucu den supaya jadi polis sobab maso tuh kojo polis dah dibaiki oleh kerajaan Pakatan Rakyat justru dilihat mulia dan patriotik.

Waris berkata...

Pdrm & papagomo tak ada beza. Sama standard... tak sekolah punya spesis

Tanpa Nama berkata...

Hei siput babi,

najis kata zaman bodekking pm sudah berakhir
apa yg nak di bodek2 lagi?
Nak menbodekkkk je kerjanya.

kang kena penyakit bodek baru padan muka