20 Jul 2012

Polis Mengamuk Bebas Walaupun Didakwa Hari Ini

Seremban – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang mengamuk dan mencederakan dua pekerja hotel dua bintang di Seremban 2, di sini, Selalu lalu, didakwa di mahkamah hari ini.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Manan Md Hassan berkata, pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan kejadian itu dan laporan siasatan diserahkan kepada pihak pendakwaan.

“Kita menahan pegawai polis terbabit kira-kira jam 10 pagi Selasa lalu dan direman dua hari bagi membantu siasatan tetapi dibebaskan hari ini (semalam) dengan jaminan polis.

“Kita serahkan tindakan selanjutnya kepada mahkamah dan pegawai polis terbabit tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan tatatertib,” katanya kepada pemberita semalam.

Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota mahupun pegawai yang terlibat dengan kejadian mencemarkan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Abdul Manan berkata, siasatan pihaknya mendapati pegawai polis berusia 32 tahun itu mahu menginap di hotel berkenaan untuk berehat selepas pulang bercuti bersama seorang lagi anggota polis.

“Insiden dipercayai berpunca daripada salah faham mengenai harga pembelian aiskrim dengan dua pekerja hotel terbabit.

“Pegawai polis berkenaan dipercayai mengalami tekanan perasaan dan dibebani masalah peribadi serta keluarga,”
katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak menemui sebarang senjata pada pegawai polis terbabit ketika ditahan.

“Dia telah serahkan pistol miliknya sebelum bercuti dan kita tidak mempunyai maklumat senjata yang digunakannya untuk memukul dua pekerja hotel itu ketika kejadian adalah pistol.

“Hasil ujian urin juga jelas menunjukkan pegawai polis berkenaan bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol," katanya.

Abdul Manan berkata, pegawai polis terbabit baru lapan bulan berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban.

“Sebelum ini, dia bertugas di bahagian sama di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan sudah berkhidmat sebagai anggota polis selama 10 tahun.

"Dia tidak mempunyai masalah disiplin sebelum ini berdasarkan semakan rekod peribadi," katanya.

Menurutnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 324/427 Kanun Keseksaan dan disiasat bersama Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, kedua-dua pekerja hotel terbabit cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Ja'afar. -SH

CCTV: Polis pukul pekerja hotel guna buntut pistol

Seorang inspektor polis didakwa telah memukul dua pekerja hotel dengan buntut pistol selepas bertengkar dengan salah satu pekerja di Seremban semalam.

Kejadian itu dirakam oleh CCTV hotel tersebut dan pihak pengurusannya telah menyerahkan video itu kepada Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke, yang kemudian memuat-naik video itu dan berkongsinya di laman Facebook beliau.

Menurut Loke, inspektor tersebut telah pergi ke hotel berkenaan pada awal pagi semalam dan menginap di sebuah bilik sebelum membeli ais krim dari hotel tersebut.

Dipercayai inspektor tersebut terbabit dalam pertengkaran dengan salah seorang pekerja hotel (yang memakai topi dalam video) mengenai harga ais krim, yang seterusnya membawa kepada kejadian tersebut.

Loke memberitahu Malaysiakini bahawa inspektor tersebut telah memukul pekerja berkenaan dengan buntut pistol dan menariknya ke sebelah lain hotel dan dipukul lagi.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan bahawa polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu.
-mk







20 ulasan:

En putat berkata...

Samseng siasat samseng mana maunye....pastu kuar statement pon macam bingai.....sekolah takat jah bape haaa...?

Awanama berkata...

mcm ni ke orang yg dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan org awam? ada masalah peribadi ke.. masalah kerja ke.. jgn libatkan org lain untuk melepaskan marah dan tidak puas hati. kalau diri sentiasa berserah pada allah, tentu masalah seperti ini tidak akan berlaku. jiwa yg tidak tenang hanya pd allah tempat kita mengadu dan berserah. bukan dengan memukul org sesuka hati. tidak kiralah apa puncanya apatah lagi ianya bermula dgn harga aiskrim....

Awanama berkata...

mengalahkan bebudak kecik.. pasal ais krim boleh nangis dan mengamuk.. belum akil baligh agaknya.. eloknya dirotan

Awanama berkata...

JGN KITA NAK SALAHKAN POLIS...MUNGKIN ADA JUGA SALAH PADA POLIS TERSEBUT TETAPI KALAU DAH ADA PROVOKASI SIAPA PUN MARAH....KITA SELIDIK DULU KENAPA JADI MACAM TU..KALAU BETUL SALAH POLIS AMBIK TINDAKAN...

JGN TENGOK VIDEO KITA DAH BUAT KEPUTUSAN....

Awanama berkata...

Seeloknya semua anggota polis termasuk KPN diwajibkan menjalani ujian mental setiap 3 tahun

mangchikla berkata...

Ade rotan ,tak bertamadun langsung, kita kena tunjuk yg kita ini org2 yg waras dan berakal dan sama sekali takleh terima rotan2 ni terlalu 'brutal'. Apakata kita 'Sula' die idop, itu baru tamadun.

Awanama berkata...

Menurutnya, pihaknya tidak menemui sebarang senjata pada pegawai polis terbabit ketika ditahan.

3:18 pt one, dia pegang itu bukan senjatakah? terang - terang dia gunakan senjata tapi polis cakap tiada senjata ditemui.

Inikah yang dipanggil polis berintegriti?

Awanama berkata...

Polis Raja Di Malaysia (PRDM)

Amuraria berkata...

aiskrim punya pasat olang pun mole pukoi wo ! aiYa ,ABU jangan lupa !

Awanama berkata...

macam tu lah kalau terlampau banyak makan benda haram dari hasil yang haram serta hidup yang bergelumang dengan maksiat sebab tu jiwa meronta sebab didalam dada tiada beriman. Apa yang salah tetap salah, pukul orang juga satu kesalahan, bukti jelas dan nyata takkan nak pertahan kan lagi sebab salah guna kuasa yang ada dan menyalah gunakan senjata api mungkin ada niat nak membunuh kalau tak dihalang.

Harry berkata...

samsengnyer... kot yer pun jgn ler pukul...

Awanama berkata...

Pukul orang dah 1 kesalahan. Buat statement bodoh tu pun 1 kesalahan lagi. Mengaku je la kesalahan tu dan selesaikan masalah utama

Awanama berkata...

Samseng di Raja Malaysia

Awanama berkata...

Blagak btl la..ko igat kau polis ko hbat..

Awanama berkata...

Dia cuba lompat meja, tapi tersangkut pada perutnya. Ini baru pekerja hotel (yang tidak melawan), jika kejar penjenayah macam mana, adakah penjenayah akan ditembak mati disebabkan perut boroi polis menghalang aktiviti penangkapan hidup2.

Awanama berkata...

Depa ibarat durian rakyat ibarat timun. Golek mcm mana pun timun mesti terluka...renung2kan lah...

kurakura berkata...

bercuti?... masalah keluarga?... bawa pistol?... hotel murah?.. bawak beg tangan perempuan?... ada perempuan????... mmmmmmmmmm???!!!!!

Awanama berkata...

Wahai Tuan Timb. Ketua Polis Negeri, kalau anggota @ pegawai wak tu ada bawa senjata tak payah lah cakap tak bawa. CCTV kan dah buktikan Mcm mana mereka tk tipu sedangkan Timb. Ketua Polis Negeri pun seorang penipu.

BRAVO

acong berkata...

Mana pi pistol yang digunakan oleh si mangkok nie ? Kalau dia dah serah sebelum cuti, maknanya dia ada satu lgi pistol, mana dia. Kalau dia ada tekanan perasaan , hantar dia masuk wad gila, memang dia dah buat kerja gila. Kerana harga ais krim saja boleh ketuk orang dengan pistol.... Awat sengkek sangat ka dia nie. Elok dicadangkan supaya ujian psikologi diadakan setiap bulan kepada semua orang macam si mangkok nie....

Awanama berkata...

Atas apa alasan dan masalah, pegawai polis ini tidak boleh dimaafkan kerana metidak boleh mempertahankan pegawainya yang berperagai buruk seperti ini.mukul orang awam yang tak bersalah di kepala dengan menggunakan pistol. Buang jerja adalah tindakan yang berbaloi selain menunggu perbicaraan di mahkamah. PDRM.

Barrel pistol amat kelihatan digenggamannya.