20 Jul 2012

Gril Besi Halang Lelaki Selamatkan Kekasihnya Semasa Kebakaran

Johor Bahru - Seorang pemuda 24 tahun hanya sekadar mampu melihat apabila teman wanitanya terperangkap mati kerana terhidu asap, apabila sebuah rumah dua tingkat di Taman Pelangi Indah telah dimusnahkan oleh kebakaran.

Mangsa, Loh Hui Jin, 24, dipercayai sedang tidur di tingkat atas apabila dia terbangun kerana merasa haba kebakaran.

Difahamkan Loh menghubungi teman lelakinya, Kee Yung Ywe yang sudah berada di tempat kejadian apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Jaya Johor tiba selepas menerima panggilan dari Loh pada 8.18 pagi.

Ketua operasinya, Syed Nasir Syed Abu Bakar, berkata Kee telah memanjat ke balkoni dan mencuba untuk memecahkan tingkap dalam usaha untuk menyelamatkannya.

Kee dapat bercakap dan cuba untuk menenangkannya tetapi gril besi tingkap telah menghalangnya daripada mendapatkan Loh.

Syed Nasir berkata pasukan yang terdiri daripada 10 anggota bomba telah memecahkan tingkap kaca sebelum memotong gril untuk mengeluarkan Loh daripada banglo yang terbakar.

Loh meninggal duniakemudiannya akibat lemas ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail.

Kee yang sesak nafas juga dirawat di hospital kerana terhidu asap. Keadaannya dilaporkan stabil.

Syed Nasir berkata selepas bomba berjaya mengeluarkan Loh, seorang jiran memberitahu bahawa terdapat dua lagi mangsa iaitu adik lelaki yang berumur 9 dan 14 tahun di dalam rumah.

"Kami masuk kembali dan cuba untuk mencari dua lagi mangsa dalam asap tebal tetapi tidak menemui sesiapa," katanya.

Mereka segera menghubungi ibu bapa mangsa di Ipoh, Perak, dan mendapat bahawa kedua kanak-kanak berada di sekolah pada masa itu.

"Ibu mereka terus menghubungi sekolah dan mengesahkan mereka berada di sekolah."

Ibu bapa mangsa terlibat di dalam industri kecantikan dan Loh yang bekerja sebagai pekerja kecantikan, membantu dalam perniagaan keluarga.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 10.32 pagi dan punca kebakaran masih disiasat.

Kredit : NST/Pulakdah

Tiada ulasan: