15 Jul 2012

[MELETUP LAGI] Seorang Lagi Selebriti Bersama PAS - Yatt Hamzah -updated

Seorang lagi selebriti telah ditemui di Himpunan Hijau Kuala Selangor hari ini. Beliau berada di celahan ribuan manusia yang membanjiri Stadium Kuala Selangor petang tadi.

Beliau ialah Yatt Hamzah yang satu ketika pernah kisahnya disiarkan di blog ini dimana kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat.

Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

Tahniah kepada Yatt Hamzah yang telah berhijrah dan ahlan wa sahlan ke dalam saf perjuangan Parti Islam SeMalaysia.

Himpunan Hijau Ke Putrajaya - Suasana di Stadium Kuala Selangor sebentar tadi ketika azan Maghrib berkumandang untuk sama-sama menunaikan solat fardhu Maghrib

Maha suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan segala pujian untukNya

Satu lagi sudut di Himpunan Hijau

Berpusu-pusu di dalam stadium

Yatt hamzah di pentas PAS bersama pimpinan Muslimat PAS Selangor


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





4 ulasan:

Tajul Muluk berkata...

Alhamdulillah! Ramai artis sudah berkesedaran dan bila PR memerintah
bolehlah kita initiate hiburan secara
Islam. Mengenai rezki itu hal Allah,
tahulah dia menguruskannya untuk hambaNya.
bertakwa dan berserahlah diri kepada Allah dan berikhtiarlah mengikut jalan yang diredhai.

5sal berkata...

asslam admin!ana da nampak lam satu blog penyanyi sohaimi meor hassan sedang berbisik ngan mantan mb perak ds nizar dperhimpunan oren.x lah lak dia belah mana.sikit masa kene gam la tu tak leh nyanyi kt tb meloya.

Harry berkata...

Maha suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan segala pujian untukNya

Awanama berkata...

Alhamdulillah...bibit2 kesedaran Islam makin trserlah. Tp buat artis2 wanita yg join PAS tu harap2 sngt agar dpt tampil brsederhana dlm mengenakan busana muslimah agar tidak nmpak trlalu menonjol sngt. Ada kalanya semacam terlebih berfesyen. Kesederhanaan itu suatu tuntutan. Sama2lah jaga ketrampilan PAS sebagai satu parti yg nmpak kesederhanaan tp tetap 'cool' gitu