16 Mei 2012

[IKTIBAR] Kepala Yatt Hamzah Terlekat Di Sejadah, Nampak Wanita Dipanggang Api Neraka

Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis. Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka." "Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.



sumber: FB

9 ulasan:

RESOLUSI berkata...

ALLHAMDULILLAH,SEMOGA ALLAH MEMBERI PETUJUK KEPADA MEREKA-MEREKA YANG MENZALIMI DIRI SENDIRI..

Tanpa Nama berkata...

Maka amat beruntunglah kepada mereka yang memperoleh taufiq dan hidayah dr Allah S.W.T. Moga2 kita pun sama2 memperolehinya juga

Tajul Muluk berkata...

Alhamdulillah, Yatt telah menerima pertunjuk dan hidayah. Pupuklak hidayah itu sebaik mungkin semoga ia berkekalan dan berkembang menyelubungi seluruh kehidupan dan semoga Yatt beroleh kasih sayang dari Allah.

Tanpa Nama berkata...

Saya tumpang gembira dan seronok bila ada hamba Allah dapat petunjuk & hidayah. Biasanya payah nak di beri "penglihatan" ghaib sebegitu. Nyata solat taubatnya ikhlas.

Subhanallah.


AzMiR

Tanpa Nama berkata...

Syukur Alhamdulillah.
Antara tanda2 kasih sayang Allah yg amat berharga utknya & semuga istiqamah.

Ana tak kenal dia sngat, tapi beberapa kali sometime dlm thn2 lepas, anak nampak dia berlakun drama tv, mostly wataknya sngat baik, bertudung & sopan.

Ana tertanya2 sapa dia ni. Serch2 dlm itnet, masyaAllah, ana mengucap & marah, sbb photo2nya yg seksi meksi. Ana kata , ni pelakun2 ni ramai yg berpura2.

Alhamdulillah, dia akhirnya diberi hidayah. Apa yg kami harap, buanglah gambar2 seksi meksimu klu terdaya. Klu tak terdaya, apa nak buat, tu yg terjadi pada pelakun2 bila dah berhijrah, tapi lakunan & gambar2nya dedah aurat masih disiarkan. Allah Maha Mengetahui.

JAKA berkata...

sampaikan lah artikel ini kepada rosmah, umi hafilda, shahrizat dan kaum2 mereka.

keinsafan utk semua

Tanpa Nama berkata...

subhanallah

Tanpa Nama berkata...

Kalau kita berdakwah tak kira le samade dlm berlakun atau betul2, tiba2 realitinya tak amalkan apa yg didakwah tu, malah melampau2 pulak, tu namanya main2kan agama, jual agama, semata2 glamor & duit.

Kira Allah sayang le tu kalau diduganya, yg kadang2 ringan, kadang2 berat, ikut masing2 punya bahagian le.

Klu pemimpin lagi le berat. Elok2 cakap pasal agama, tup,tup masuk UMNOuuuu .. tobat le hoi. Tak rasa manisnya pun perjuangan dlm UMNO yg main2kan, senda guraukan & tolak totally cadangan nak laksanakan hukum2 Islam.

Tanpa Nama berkata...

Ada le sorang dua pelakon dan penyanyi wanita. Masa balik dari Mekah selepas tunai haji, nampak elok je pakai tudung. Lepas tu tudang entah ke mana, nampak rambut lepas bebas.