24 Jul 2012

Mahkamah: BERSIH Sebuah Entiti Sah, Bukan Pertubuhan Haram

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.

Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai. -mk

Bersih tidak haram: PM didesak pohon maaf

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dituntut memohon maaf kepada semua peserta perhimpunan Bersih 2.0 ekoran pengisytiharan mahkamah Bersih 2.0 tidak haram.

Desakan ini dibuat pelbagai pihak ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.

Sekiranya kedua-dua mereka menghormati undang-undang serta Perlembagaan negara, maka tindakan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat adalah sesuatu yang wajar dan sangat dialu-alukan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Hishammuddin Hussein pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.

Hakim Datuk Rohana Yusof ketika membacakan keputusannya hari ini berkata, Bersih telah berjaya membuktikan kes dalam mencabar pengisytiharan kerajaan.

Beliau juga memutuskan perisytiharan Menteri Dalam Negeri sebagai ‘tercemar’.

“Oleh itu, kami membenarkan permohonan pemohon (untuk semakan kehakiman perisytiharan kerajaan) dengan tiada perintah tentang kos,” katanya.

14 Anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih yang diketuai oleh Ambiga Sreenevasan telah menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai responden.

Selain dari Ambiga, plaintif termasuk Dr Ahmad Farouk Musa, S Arul Prakkash, K Arumugam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Andrew Khoo Chin Hock, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, SP Subramaniam.

Turut serta adalah Toh Kin Woon, Wong Chin Huat, Yeo Yang Poh, Yeoh Yong Woi dan Zaid Kamaruddin.

Pada 1 Julai tahun lalu, Hishammuddin dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan gabungan itu menyalahi undang-undang, sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.
-HD


Ulasan GB

Menteri KDN, Hishamuddin Tun Hussein, ROS & KPN yang sebelum ini menyatakan BERSIH adalah entiti yang haram sehingga menyebabkan PDRM mengambil tindakan melulu ke atas para peserta BERSIH sepatutnya merasa malu dan dikenakan tindakan.

Macam-macam hal dilakukan untuk burukkan BERSIH, sehingga, khutbah Jumaat, Mufti dan Majlis Fatwa pun diperkudakan untuk menyatakan ia "haram".

Sekarang "haramjadah" menimpa ke atas mereka yang menyatakan haram itu.

Tahniah BERSIH, tahniah rakyat Malaysia.




10 ulasan:

Awanama berkata...

Muka2 dia orang tu mana tau Malu!

Awanama berkata...

boleh saman ke?
yg kene tangkap pakai baju kuning la..yg kene tahan sebab bawak baju kkuning la..
pasal molotovecocktail cane?hahaha....

cani la klo menteri n ROS xtau skop keje..

Awanama berkata...

Kalau bukan pertubuhan haram, bagaimana pula dengan barang-barang berkaitan Bersih yang dirampas oleh polis? Peniaga-peniaga yang menjual baju Bersih mengalami kerugian kerana tindakan bodoh Kerismuddin dan polis harus menuntut ganti rugi daripada kerajaan.

Awanama berkata...

UMNO TAK HAPUS ISA, HANYA UBAH NAMA LAIN, NAK TANGKAP PEMIMPIN PAS DIKATA PENGGANAS..

Awanama berkata...

yang sokong BN macam PERKASA buat apa pun halal, DAP dan PAS dituduh pengganas.Undi lagi BN?

Awanama berkata...

Makan diri dah nampaknyer

non penang berkata...

Berhimpun aman niat Bersih
Depa kata harraaaamm tak buleh

Padahal Kita ikut undang-undang
Depa yang provok siap sepak tendang

Hakim dah buat keputusan
Baru malu orang atasan

Buat tak malu tebalkan muka
PRU nanti ketahuan la hampa !

Awanama berkata...

bila nak buat BERSIH lagi, kami pelajar IPT dah ketagih ni.

Awanama berkata...

kami pemuda Malaysia sokong BERSIH!!!!

Awanama berkata...

nama pun BERSIH mestilah halal, yang kotor dan haram tu UMNO,gua pemuda sokong Bersih