12 Jul 2012

[BONGKAR] RM20 juta Ditawarkan Untuk Mengkatakkan Seorang MP PKR

Ahli Parlimen (MP) Tanah Merah, Amran Ab Ghani mendedahkan, beliau ditawar RM20 juta supaya meninggalkan KEADILAN.

Ia merupakan jumlah paling tinggi selepas episod pendedahan tawaran membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat didedahkan di Parlimen baru-baru ini.

“Satu perjumpaan diaturkan orang tertentu untuk membeli Ahli Parlimen daripada KEADILAN. Tawaran bermula daripada RM10 juta. Akhirnya pihak itu mematikan harga dengan RM20 juta seorang.

“Perkara ini terjadi apabila pakej berlaku, iaitu kelapan-lapan Ahli Parlimen ini melompat. Kalau seorang tarik diri, perkara ini tidak jadi,” kata Amran pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Menurut Amran, tawaran itu dibuat semasa peralihan kuasa pada era Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Berkongsi pengalaman sama, MP Kelana Jaya, Gwo Burne Loh dan MP Ketereh, Ab Aziz Kadir turut mengesahkan mereka juga menerima tawaran keluar parti seperti yang didedahkan MP Indera Mahkota, Azan Ismail sebelum ini.

Amran berkata, selain dipujuk, beliau dan keluarganya ditekan pelbagai ugutan.

“Saya ditekan dari sudut orang muda iaitu jika saya tidak dicalonkan lagi, pencen hanya bermula umur 50 an.

“Dia mengandaikan parti ini (KEADILAN) hanya menggunakan saya, kerana pada PRU13, saya tidak akan dicalonkan semula,” ujarnya.

10 juta disuruh ke Indonesia, 10 juta lagi dapat gudang

Bagaimanapun katanya, tawaran RM10 juta itu membuah hasil apabila kumpulan lapan Ahli Parlimen itu ada yang lompat selepas berlaku perbincangan.

“Dalam perbincangan itu, diberikan penjelasan berkenaan tawaran RM10 juta bahawa mereka akan diberikan gudang di sekitar KL dan dijadikan seperti pencen.

“Manakala RM10 juta lagi supaya bawa isteri tinggal di Indonesia dua atau tiga tahun. Maknanya jika balik kampung selepas itu, orang kampung tidak marah,” jelas Amran.

“Tawaran ketika itu menarik kerana tidak perlu lompat masuk BN tapi keluar dan duduk atas status Bebas dan sokong kerajaan, itu gambarannya,” kata Amran.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang turut hadir dalam sidang media itu dengan sinis meminta media mengesahkan perkara tersebut dengan MP yang sudah lompat parti.

“Ini transformasi Najib, jadikan manusia tukar jadi katak, kalau boleh tuan-tuan hubungi Bandar Baharu, Wangsa Maju, Bayan Baru, Bagan Serai, tanya mereka yang melalui transformasi berdasarkan cerita mereka ini,” ujarnya. -KD

RM160 juta tarik lapan MP PKR lompat

SHAH ALAM: Umno BN didakwa sanggup membayar RM160 juta kepada Ahli Parlimen PKR bagi mendapatkan majoriti 2/3 di parlimen sewaktu Datuk Seri Najib Razak mula-mula mengambil jawatan Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani memberitahu proses pembelian Ahli Parlimen memang berlaku sewaktu Najib mula-mula menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya lagi, beliau bersama tujuh lagi telah ditawarkan dalam bentuk pakej iaitu seramai lapan orang bagi mendapatkan majoriti kepada BN di Parlimen.

"Kami seramai lapan orang ditawarkan RM10 juta seorang tetapi dinaikkan sebanyak RM20 juta bagi tujuan mendapatkan majoriti 2/3 di Parlimen.

"Menurut mereka bayaran ini akan dilaksanakan jika kesemua kelapan-lapan Ahli Parlimen lompat," jelasnya pada sidang media di bangunan Annex, di sini.

Beliau turut memberitahu, kesemua mereka tidak perlu lompat masuk ke Umno tetapi cukup sekadar sebagai Ahli Parlimen bebas dan memberi sokongan kepada BN.

"Mereka menjanjikan RM10 juta akan diberikan dalam bentuk aset bangunan kedai manakala RM10 juta lagi diberi tunai.

"BN mengarahkan kami semua tinggal di Indonesia selama dua tahun sehingga semuanya reda," tambah Amran.

Amran menyatakan prinsip perjuangan dan kesetiaan pada parti tidak dapat dibeli dengan wang ringgit walaupun tawaran diberikan itu satu nilai yang tinggi.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad memberitahu kegiatan pembelian Ahli Parlimen ini akan diteruskan dan pendedahan video akan dilakukan oleh Azam Ismail dan Indera Mahkota.

"Walaupun mereka dari Umno menafikannya tetapi kita ada video yang boleh membuktikannya.

"Soal beli Ahli Parlimen adalah satu hakikat dan tawar menawar itu berlaku, ia bukan satu perkara yang direka oleh Pakatan Rakyat," jelas Khalid.

Beliau menyata, tranformasi yang dilakukan dalam pemerintahan Najib adalah membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan tujuan untuk mendapatkan majoriti di Parlimen.

Sementara itu, Abdul Aziz Kadir, Ahli Parlimen Ketereh beliau turut menerima panggilan telefon dan dipanggil berbincang namu beliau telah menolak pelawaan tersebut kerana kesetian beliau pada parti dan juga Pakatan Rakyat.
-HD


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pas mendapat liputan positif dari luar negara. Kerajaan menunggu. http://sayangislam.com/2012/07/12/radio-australia-pas-mengubah-persepsi-umum-dengan-terus-kekal-dengan-prinsip-agama/

Abdullah berkata...

Apa-apalah bro. PKR ni serupa umno jugak. Beza satu saja. Dulu biru pekat, sekarang biru muda.

Harry berkata...

susah nk komen benda nie... manusia kalau dah nampak duit... halal dan haram bukan nk kira... dosa dna pahala jauh sekali.... semoga Malaysia akan menjadi lebih baik apabila Pakatan memerintah...takbir... Allahuakhbar

Tanpa Nama berkata...

Patutlah beberapa orang bajingan politik tu beria-ria sangat menghentam Pakatan Rakyat khususnya terhadap DS Anwar Ibrahim. Cuba perhatikan siapa yang selalu suka bercakap di TV. Tengok lama-lama dan acap kali rasa nak muntah.

Perut sudah kenyang bagi makan anak bini.

Mereka macam ini tak wajib dipilih walau mewakili parti mana sekali pun dalam pilihan raya akan datang.

Akhirnya BN/UMNO rugi juga kerana mereka "disumpah" rakyat.