9 Jun 2012

SPR Mansuhkan Pamer & Bantah Untuk Elak Bakal Calon UMNO/BN Ditolak

Mansuh pamer bantah elak calon BN disabotaj?

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar tidak menolak kemungkinan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memansuhkan proses pamer dan bantah adalah kerana bimbang calon-calon BN disabotaj ahli mereka sendiri.

Menurutnya, gerakan sabotaj itu wujud sejak 2008 lagi dan lebih ketara sejak kebelakangan ini sehingga Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor mengeluarkan amaran keras kepada pihak yang beniat melakukan tindakan itu.

Malah katanya, kenyataan pimpinan Umno bahawa calon yang akan bertanding pada pilihan raya kali ini tidak semestinya Ketua Bahagian, mampu menjuruskan sabotaj itu akan benar-benar berlaku.

"Tindakan SPR itu menjelaskan bahawa wujud satu gerakan sabotaj kepada calon BN yang akan bertanding pada pilihanraya nanti dalam bentuk teknikal yang akan memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada calon Pakatan Rakyat.

"SPR cuba melindungi kemungkinan besar berlaku gerakan sabotaj dalam Umno-BN yang sememangnya telah berlaku sebelum ini," jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pula berpendapat proses pamer dan bantah perlu bagi memastikan calon yang mewakili setiap parti itu bersih dari perkara-perkara yang menjejaskan diri sebagai calon.

"Proses pamer dan bantah itu adalah satu tindakan untuk kita melihat bahawa calon yang bertanding itu bersih terutama dari segi bankrup serta tidak mempunyai rekod jenayah.

"Apabila proses itu ada, kita boleh membantah kerana kita tidak mahu calon yang bertanding itu mempunyai rekod yang boleh menjejaskan beliau sebagai calon apatah lagi bila memenangi pilihanraya," katanya.

Keputusan terbaru SPR itu juga kata Azmin, jelas menunjukkan badan pilihan raya itu hanya berminat kepada isu-isu serpihan sedangkan perkara besar seperti daftar pemilih yang bersih, kebebasan media mahupun kerajaan sementara tidak diberi keutamaan.

"Kenapa tidak memberi tumpuan kepada perkara yang menjaminkan pilihanraya bersih dan adil.

"Ini yang kita dalam Pakatan Rakyat hadapi, SPR sepatutnya menyenangkan keadaan bukannya menyulitkan keadaan," tegasnya. -HD


Ulasan GB

Bermacam-macam cara dilakukan SPR untuk berpihak kepada UMNO BN.

Tetapi semuanya itu akan menjadi sia-sia.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan.

Pengerusi dan Timbalan pengerusi SPR akan tetap menerima hukuman di atas segala kepincangan dan penyelewengan yang telah dilakukan.

4 ulasan:

Waris berkata...

Si botak spr ni cakap apa? Kenapa sibuk2 nak protect BN? Nak sabotaj ke apa ke... lantak dia orang le.

Apa kena mengena dgn spr?

Woit melayu.... tak nampak lagi ke? Naikkan standard melayu. Jangan jadi BANGANG selamanya. Cukup-cukuplah tu jadi BANGANG TERLAMPAU.

Tanpa Nama berkata...

Aku x reti nak cakap apa dah ttg SPR APCO ni? Makin lama dilayan makin meluat

Osama berkata...

Wahai pengrusi & timbalan SPR, otak tuan mcm budak2 SRP & hampeh! bebudak SRP yg jual berger lgi bgus kerna tak menipu! Tuan dah le gaji beso, menipu plak tu! Tuan khianati amanah rakyat, pembelot & sekongkol dgn kemungkaran!
Tuan kena ingt, jawatan tu hanya sementara je di dunia ni.... Sampai masa tuan akn tau sendiri dlm ke ceteknya liang lahat & gelap gelitanya lubang kubor kelak!! Sekadar saya je yg tak halakan hal2 di dunia tak jdi hal tapi tuan sendiri mau ingat la ada berjuta2 rakyat mysia yg akan menagih & menuntut hak2 mereka dri tuan2 kelak!
Tuan teruskan lah dgn agenda Umat Melayu Naif Otak tu,, tuan tak akan rugi apa2 di dunia ni namun doa sya, muga fuan pjg umur utk melihat & merasai balasan & kemusnahan apa yg tuan buat di bumi mysia ni....
Sesunvuhnya Allah tidak akan mungkir dgn janjk2 Nya utk memakbulkan doa hamba2nya yg teraniaya.
InsyAllah...

Tanpa Nama berkata...

dengan apa cara sekali pun.
bila pr kuasai putrajaya nanti.
pengerusi & timbalan spr ini
masuk mahkamah dulu, dibicarakan.
kerana menyalahgunakan kuasa.
salah, put them behind the bar.
biar mereka rasa akibat perbuatan mereka.
nampak sangat2 pembodek bn/umno.