9 Jun 2012

Polis Meninggal Dunia Akibat Lontaran Objek Anggota Polis Lain, Bukan Oleh Mat Rempit

5 polis ditahan untuk siasatan

KLANG: Berlaku kejutan dalam siasatan membabitkan seorang anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan yang koma sejak awal pagi Ahad lalu sebelum disahkan meninggal dunia semalam, apabila lima anggota polis ditahan kira-kira jam 4 pagi semalam.

Gambar: SUASANA MURAM...ahli keluarga menguruskan jenazah Allahyarham Mustaghni di rumah mayat HTAR, semalam.

Lima anggota polis berusia 45 hingga 51 tahun itu ditahan selepas siasatan terkini mendapati kecederaan parah Koperal Mustaghni Tabri, 48, sehingga membawa kematiannya berpunca daripada lontaran objek seorang daripada anggota polis terbabit dan bukan akibat libasan topi keledar Mat Rempit, sebagaimana dinyatakan sebelum ini.

Mustaghni terbabit dalam kejadian itu ketika bertugas dalam operasi mencegah lumba haram di Lorong Bunga Raya berhampiran Kampung Raja Uda, di sini, jam 1.45 pagi, Ahad lalu sebelum disahkan meninggal dunia jam 11.45 pagi, semalam.

Allahyarham meninggal dunia selepas lima hari koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata punca sebenar kematian mangsa masih disiasat, namun kecederaan disahkan bukan kerana dipukul dengan topi keledar, tetapi akibat terkena lontaran objek keras. -hm

15 ulasan:

Amuraria berkata...

innalilahiwainnaillaihirojiuun ,kasihan begitu juga kasihan pada mangsa-mangsa kezaliman pdrm semasa bersih 3.0 tanpa pembelaan !

Abed Saragih berkata...

Saya turut berduka cita.Amal dan ibadahnya semoga diterima TYME.AMIN

Awanama berkata...

Kes nok pelekong ke mat rempit, terpelekong kawan sendiri. Kesian.... Kalau benda tu terkena pada mat rempit
Soheh tak masuk berita.

Awanama berkata...

doakanlah supaya rohnya ditempkan bersama2 dengan org soleh..alfatihah..
kita tidak layak untuk menghukum polis krn perkara y lepas,,blh jadi arwah sempat bertaubat dan mungkin xterlbat dalam keganasan terhadap rakyat..moga allah mencucurinya dengan rahmat..

siti zaidah Ahmad berkata...

budaya gangster....bukan lagi team building....... dah tak bersatu boleh kasi hantam silap hentam sampai mati.....kembali ke jalan ALLAH insyaALLAH aman....

Awanama berkata...

Lontran objek keras? Polis melontar objek keras? Sasaran nya? Terkena rakan sejawat?

Awanama berkata...

Lontaran okjek ? SOP mana dia pakai!

Awanama berkata...

aku mengenalinya.beliau seorang polis trafik.Dari keluarga yg baik-baik dan taat kepada ajaran Islam.rakan sekerja mungkin geram melihat beliau di rempuh.Ajal dan maut itu kuasa Allah.itu mungkin sebagai penyebab kematian.Org yang baik2 Allah sayang.Menjadi pengajaran kepada polis2 yg lain.sedekahkanlah Al-Fatihah kepadanya..

Awanama berkata...

orang lain yang buat, tuduh orang lain... macam ke bersih je nih... dah biasa buat kerja melepaskan diri nih...

Awanama berkata...

dtari Allah ia datang kepadanya juga kita kembaali kebenaran pasti tiba walau berkuasanya kita menutup nya....

Awanama berkata...

PDRM tidak patuh SOP.

Hari ini kita pukul orang, esok orang atau member pukul kita pula.

BN bukan perintah Malaysia selama-lamanya.

Awanama berkata...

Sebelum tu nk spin kata mat rempit yang pukul guna topi keledar, bila post mortem keputusan lain.. kantoi rakan sejawat... apapun al fatihah dan takziah kepada seluruh keluarga arwah...

Awanama berkata...

Kalau nak idup lama menongkat langit senang aje......JADILAH MALAUN

Awanama berkata...

itulah pdrm.kemanakah keadilan?smua orang awam salah.kena libas dgn mat rempit,tggk lg anggota sendiri juga.jangan lah kita menuding jari pada orang awam sahaja..sy komen.berdasarkan pengalaman saya di samun di jln ipoh.kl.5 anggota juga.cuba bayangkan klu keluarga mereka yg kena?ingatlah kejadian arwah amirulrassid.sampai 17 das.itu ke tanda amaran?atau melepaskan amarah?

Awanama berkata...

takziah kepada keluarga.
PDRM perlu mengemaskini SOP dan memastikan anggota mematuhi SOP. Kalau tengok 999 pasal polis tahan mat rempit, memang akan nampak objek2 di baling ke arah mat rempit...kalau budak2 tu terkena x ke mati? sekarang Allah nak tunjuk yg objeck tu terkena rakan sejawat. Mungkin ini boleh di jadikan pengajaran...