16 Jun 2012

Gadis Ceria Kini Trauma Selepas Cuba Dicabul

Sungai Besar (Sabak Bernam) – Kehidupan seorang gadis yang ceria sebelum ini bertukar trauma selepas berdepan detik cemas menjadi mangsa cubaan ragut dan cabul ketika melalui jalan lama semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya, jam 9 malam, di sini, kelmarin.

Mangsa, berusia 25 tahun itu berkata, dia bersama adik perempuannya, 18, ketika itu menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang di Pekan Sungai Besar.

Katanya, semasa melalui jalan lama di kawasan itu lampu jalan berada dalam keadaan malap.

“Seorang lelaki berbadan sederhana yang turut menaiki motosikal di jalan itu secara tiba-tiba menghimpit kami berdua dan cuba merentap pakaian saya.

“Melihat keadaan sedemikian saya cuba menepis tetapi lelaki berkenaan tetap cuba menarik baju,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak
Bernam, pagi semalam.

Menurutnya, lelaki itu itu semakin agresif kerana pada masa kejadian tiada kenderaan menggunakan laluan berkenaan.

Katanya, dia kemudian tekad menjerit menyebabkan suspek terkejut seterusnya memecut motosikal meninggalkan mereka dua beradik berkenaan.

“Saya dan adik cuba mengejar namun malangnya lelaki berkenaan memecut pantas. Kami juga gagal untuk mengecam nombor plat motosikal yang digunakan suspek,” katanya.

Menyifatkan ini kejadian pertama yang berlaku kepada dirinya, dia meminta pihak berkuasa mengadakan rondaan lebih kerap di kawasan berkenaan.

“Apa yang berlaku menyebabkan saya trauma serik untuk melalui jalan itu terutama dengan menaiki motosikal pada waktu malam pada masa depan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.

Pada masa sama, Noor Mushar meminta orang ramai lebih berwaspada di samping melaporkan kepada polis sekiranya berlaku kejadian jenayah di kawasan mereka.

4 ulasan:

Awanama berkata...

negara aman dibawah pemerintahan BN??

Awanama berkata...

wahai anak dara,janda,isteri,ibu, nenek,anak-anak pompuan ...TOLONG lah faham...JANGAN keluar malam...nak beli barang ke, pegi rumah kawan/sedara mara ke, lakukan pada hari siang...pasar malam takyah gi lah...setakat beli ayam goreng, berger, roti jala...takyah la pertaruhkan nyawa naik motor gi pasar malam...degil la korang ni...degil betul...

JAKA berkata...

cuba tanya budak tu dia sokong tak hudud?

jgn tanya pemimpin umno yg memang perompak

Awanama berkata...

hishh bahaya sungguh..gua selalu jogging ke sorang2..setiap kali ada lelaki lalu je aku mesti ushar dia atas bawah..setakat kacau mulut aku buat bodoh je, tp tryla pegang gua, memang gua tak kasi chance..tapi langkah menjerit gila2 mintak tolong tu mmg terbaek..org jahat ni akan panik