19 Jun 2012

[BERGAMBAR] Isu WWW1 - Pejabat Khidmat Nizar Didatangi Polis Johor

Semalam sekumpulan anggota polis dari kontinjen Johor telah membawa waran geledah keatas Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang, Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang, Pejabat Pas Perak serta kediaman rumah Dato Sri Nizar yang diketuai oleh ASP Tan Yang Siong dari IPD Johor Baharu bersama dengan Inspektor Fazurah dari bahagian Forensik Komputer.

Kesemua komputer di pejabat tersebut diambil untuk siasatan kes.

Menurut sumber laporan, serbuan ini adalah disebabkan satu laporan yang dibuat oleh UMNO Bahagian Pulai mengenai isu nombor plate kereta WWW 1.

Satu persoalan yang bermain di fikiran penulis kalau benar dengan alasan aduan dari pihak Umno membawa kepada waran ini amatlah malangnya senario politik Malaysia sekarang ini. Kenapa begitu banyak laporan dari Pemuda Pas mengenai kebiadapan akhbar kosmo yang mempersenda harga nombor WWW1 tetapi hingga kini tiada susulan dari pihak berwajib keatas report ini?

Kalau begini senarionya hanya dengan kertas undi yang akan memberi ruang keadilan kepada semua, ayuh semua dengan keazaman kita tumbangkan Umno /Bn pada Pru 13 nanti! -mediaperak

WWW1 - 5 Anggota Polis Johor Datang Pejabat Pusat Khidmat Nizar

Dalam pukul 12.06 tengahari semalam, Pejabat Pusat Khidmat DS Nizar, didatangi 5 anggota polis Johor. Mereka tunjuk kad kuasa dan perintah mahkamah untuk melihat CPU Komputer dan ambil "history komputer.

Aku dan ketua aku Fadhil diambil Kad Pengenalan dan maklumat diri. APA yang menarik,tuan pegawai bagitau, kami ikhlas.

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak telah didatangi 5 anggota polis dari negeri Johor yang diketuai Insp Aridhasan a/l Menandi. Pasukan polis ini datang bersama Warrant yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Johor Bharu.

Tiada apa yang diambil.H anya maklumat CPU dan komputer. Apa yang menarik mereka juga menggunakan bilik air Pusat Khidmat.










Ulasan GB

Polis kini secara terang-terang mengamalkan dasar yang berat sebelah dan tidak profesyenal apabila mereka bertindak seperti dicucuk hidung oleh UMNO BN.

Laporan polis terhadap Nizar diberikan keutamaan untuk disiasat sedangkan laporan polis terhadap akhbar kosmo milik Utusan tidak lansung diberikan perhatian.

Kedatangan polis ke pejabat Khidmat Parlimen Bukit Gantang, menurut pemerhatian GB, ialah untuk mencari bukti-bukti tambahan untuk mendakwa mantan MB Perak berkenaan. Ini kerana soalsiasat ke atas DS Mohd Nizar beberapa hari ini tidak memberikan bukti kukuh kepada pihak polis untuk mendakwa beliau.

Tetapi akibat "tekanan" pihak tertentu, pihak polis terus memburu dan mencari apa-apa saja yang boleh diklassifikasikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa Nizar.

Jika beginilah sikap polis, rakyat dengan sendirinya tidak akan menghormati profesyen polis lagi. Salah siapa?

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ha, ha, ha..... Malaysia Boleh.

Tanpa Nama berkata...

grrr.. gr...kalau den takder akhlak Islam, lama dah den ......grrr...grrr

Tanpa Nama berkata...

kalau kita ikut logik akal..
polis ini juga turun ada yang ditekan untuk bertindak mahupun ditekan untuk berdiam diri....
susah nak cakap...

Tanpa Nama berkata...

jauh bebeno demer merayap tu ...dari johor sampai ke perak....tak per lepas nie.....polis interpol pulak datang ke malaysia...dari perancis lak tu....woooiiii...lagi jauhh....tunggu kamu najib......kat malaysia bolehlah kau jual temberang...dekat perancis nanti kamu pulok terkangkang......hampeeeehhh

lijitra berkata...

apa dah jadi dgn polis malaysia.mcm ni boleh harap dan percaya ka.

Tanpa Nama berkata...

Setuju tambah satu umoooooo boleh

Tanpa Nama berkata...

Ape nak pelik.SPR,POLIS,SPRM tu kan smua kpmpnen BN

Tanpa Nama berkata...

sultan ni tak reti nak maafkan rakyat ke? berjiwa Islamla wahai sultan Johor...takkan nak tegur camtu pun dibiarkan polis siasat. kan sekarang dah jadi isu besar dan daripada orang tak tahu dah habis tahu satu malaya...

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah satu perkara yang jelas keterlaluan, satu perkara kecil di perbesar-besarkan sampai begitu rupa, Ya..Allah berilah keadilan kpd rakyat Malaysia, mohon kpd mu ya Allah supaya membuka pintu hati rakyat Malaysia agar tidak mengundi BN di PRU ke 13 nanti, hanya kekalahan BN sahaja boleh memperbetulkan keadaan kembali............

matbolih berkata...

nak selesaikan masaalah ini semua bukan susah,hanya kita rakyat malaysia bersatu hati kita undi pakatan rakyat kita humban umno bn dlm jamban najis najib ada berani.

Tanpa Nama berkata...

sesuatu perkara itu kalau dihalusi mmg ada kebaikannya perkara ini berlaku didepan mata rakyat.

tidakkah ini dgn jelas menampakkan kezaliman umngok itu sendiri...mempergunakan polis untuk kepentingan politik mereka.

bukan kah ini akan memualkan rakyat diatas pagar tuk mengubah pendirian dan bersama2 dgn PR tuk menguburkan umngok dlm pru nnt?

insyallah....kita bersabar kezaliman ini kerana pru paling lama pun 5 - 6 bulan lg paling lewat.

kita sama2 berdoa akan kehancuran umngok tuk selama2nya dr bumi msia.

Tanpa Nama berkata...

aku ingatkan kes ni dah habis...!!!rupa-rupanya masih adalagi....,kes ni kecil aje..apa nak di perbesarkan.....

Tanpa Nama berkata...

baca bagaimana polis buat kerja di sabah melalui shalehudin.blogspot.com/2012/03/panas-wajib-baca-artikel-terhot-dari.html

obat herbal sakit pinggang berkata...

polis dimana2 same aja....

johar berkata...

uncle seeker tu selamba saja kutuk ku yem & ku mail. siap buat berpuluh siri lagi.

1 Malaysia berkata...

Kalaulah AKU ni jenis yang tak berakhlak, sudah tentu SULTAN JOHOR akan AKU jadi bahan sejarah di muzium Johor. Begitu juga dengan BN.
Tapi disebabkan kebanyakan RAKYAT MALAYSIA masih lagi berhemah tinggi dan berakhlak mulia, jadi kita lawan puak ni dengan jalan yang betul, sesuai dengan lunas undang-undang.
Cuba bayangkan kalaulah rakyat Malaysia dah tak menghormati undang-undang, sudah tentu parah padahnya. Penyalahgunaan undang-undang akan membawa akibat yang buruk. Muhasabah dirilah wahai manusia terutama mereka yang masih sedar akan diri mereka tu orang Islam. Jangan buat sampai Allah swt murka akan kita, nahas.

Tanpa Nama berkata...

ape sudah jadi..sepatut siasat org lain...hikhik2..siasat nizar plak...kahkahkah...ingat rakyat bodoh kah...

Unknown berkata...

Berdoa saja. ..agar kerajaan yg zalim dan tentera2nya diturunkan azab yg pedih

Tanpa Nama berkata...

Kalau dulu aku tk ambik tahu pasal raja tapi hari ini aku tak peduli dengan raja....ada tk de sama je...lebih baik tk de dari ade kalau rakyat sendiri tk boleh dimaafkan....kenapa rakyat Singapura bolih dimaafkan dlm kes pergaduhan dipulau #£%&...

Tanpa Nama berkata...

Malaysia negara lawak..hahahahahahaha..org luar tgk mesia ni tergolak...pasai kritik raja boros pun kena.betollah kata DrMaza,kalo tak boleh dikritik,maknanya kita mempertuhan raja/soltan...dah menyimpang akidah kita ni...raja pun setuju yg dia tak boleh dikritik,siap nangis lagi sebab kena kritik...bagi dia kritik bermakna menjatuhkan raja2..apasal cetek benor akai raja2..

Tanpa Nama berkata...

Kes DS Nizar hanya kritik pun diorang beria2 sangat. Bagaimana dgn kes tengku mahkota johor tu pukul cucu agong pertama? X siasat2 pun. Awk tu baru kena kritik, dah nangis. Belum kena pukul jgk lagi. Mcm tu nak jadi pemimpin? Poorah. Kalau dah lanun tu, lanun jugak la

Tanpa Nama berkata...

Sapa Berani pi buat laporan Polis berkaitan dengan kartun yang perli sultan.... Sapa berani ? Biar kartun tu disiasat dan dipenjarakan.

Tanpa Nama berkata...

cepat sungguh siasatan, bekas MB terengganu maki agung senyap saja...