19 Jun 2012

[VIDEO] Engkau Penakut Midah Sampai Halau Rakyat Di Majlis Dialog? -updated


Banner tertera "Majlis Ramah Mesra & Dialog, Kehadiran Tuan Puan Amat Dihargai".

Jadual sepatutnya bermula jam 3ptg, warga tempatan setia menunggu Hamidah lebih kurang satu jam kemudian ketibaannya diiringi alunan 'dia datang dengan lenggang lenggoknya'.

Bila Hamidah dapati ada 2 pimpinan PR dalam kelompok hadirin, dia umumkan, " Sesi Ramah Mesra saya tak sebut pun berdialog... bla... bla... bla, jadi saya harap yang tak berkenaan tolong tinggalkan majlis ini....bla...bla ini sesi saya, ini majlis saya, saya yg atur, saye punya hak utk majlis ini bagi memastikan saya minta YB Boon Chye Lee & Yg Berbahagia En Radzi Zainon meninggalkan majlis ini....kalau tidak saya tidak mahu meneruskan majlis ini. Sekian Terima Kasih!"

Maka hampir separuh hadirin yang juga penduduk tempatan meninggalkan majlis. Mesranya Hamidah! -mediaperak

MEMANG PANAS!!! Video, berita ADUN UMNO halau pemimpin PR dan penduduk

Pengkalan Pegoh- 16 Jun 2012

Program Ramah Mesra dan Dialog YB Datuk Hamidah ADUN Sungai Rapat bersama penduduk Taman Pegoh Aman cukup mengecewakan dan memalukan UMNO selaku parti yang memainkan peranan besar dalam isu Sekolah Agama Rakyat Taman Pegoh Aman. Peristiwa Datuk Hamidah menghalau Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan Radzi Zainon (Penyelia Pusat Khidmat PAS DUN Sg Rapat) dari majlis Ramah Mesra berkenaan menampilkan jelas sikap angkuh dan sombong beliau terhadap rakyat, lawan dan kawan.

Datuk Hamidah yang sepatutnya hadir pada pukul 3 petang hanya muncul pada pukul 4.10 petang selepas terkedu dengan kehadiran Radzi Zainon pencabar rapatnya serta YB Dr Lee selaku Ahli Parlimen Gopeng yang hadir untuk berdialog dan memberi pandangan secara muhibbah.

“Dia halau Ahli parlimen yang kami pilih, ini bermakna dia (Datuk Hamidah) juga menghalau kami penduduk taman Pegoh Aman yang berbangsa Cina dan India kerana kami yang pilih Dr. Lee”, demikian luahan beberapa wanita berbangsa Cina yang turut hadir.

Menurut saudara Anuar Ibrahim Ketua cawangan PAS Pengkalan Pegoh, majlis itu bukan majlis penyokong UMNO tetapi majlis ADUN bersama rakyat menjelaskan isu bangunan misteri yang dikatakan untuk Sekolah Agama Rakyat yang dipertikaikan kerana menggunakan tanah padang rakyat tanpa sebarang perundingan. Malah menurut Anuar, program itu dihebahkan melalui masjid-masjid ternyata ia majlis umum dan layak dihadiri oleh Radzi mahupun YB Dr Lee sendiri.

“ Saya tidak faham mengapa beliau mengahalau kami sedangkan kehadiran kami bersama penduduk berbangsa Cina dan India serta penyokong pakatan rakyat adalah untuk berdialog. Kenapa beliau katakan ini bukan majlis dialog dan tertutup untuk penyokong beliau sahaja. Mengapa saya katakan begini, kerana wanita yang hadir dalam khemah majoritinya bukan penduduk Taman Pegoh Aman yang bermasalah dengan bangunan misteri itu, sebaliknya mereka diangkut dari taman Desa Aman, Taman Pengkalan Pegoh dan Lahat Baru. Ini jelas menampilna beliau hanya ingin bercakap dengan penyokong UMNO tetapi diletakkan nama ramah mesra bersama rakyat”, jelas Radzi Zainon panjang lebar kepada Media Sungai Rapat.

Rata-rata pengundi Taman Pegoh Aman tidak bersetuju dengan tindakan Datuk Hamidah membina bangunan di padang yang digazetkan untuk kegunaan penduduk taman itu malah mereka membayarnya sebanyak RM 1000 seorang semasa membeli rumah di taman berkenaan.

Selepas sahaja penyokong Pakatan Rakyat dan penbduduk berbangsa Cina dan India beredar dari khemah majlis yang diadakan di bangunan dewan Orang Ramai Pegoh Aman, Datuk Hamidah mula berceramah menghentam rakyat berbangsa Cina yang dikatakan cuba menentang hasrat umat Islam membina sekolah agama.

Lebih memalukan, Haji Nawawi Ketua Cawangan UMNO Desa Aman telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang belia Cina dengan ungkapan ‘lxxcau lu punya padang’. Adakah ini sikap sebenar seorang pemimpin melayu Islam?

Terdahulu Pakatan rakyat Gopeng telah membuat sidang media pada 6 Jun 2012 berhubung sikap Datuk Hamidah yang menyelar rakyat Pegoh Aman yang dikatakan cuba menentang sekolah agama rakyat. Walaupun penduduk telah memberi memorandum pada 4 Mei yang lalu untuk berdialog secara muhibbah dengan ADUN berkenaan, beliau bukan sahaja tidak melayani permintaan itu malah menyelar serta menemplak rakyat dalam 2 kenyataan Sinar Harian pada 31 Mei dan 2 Jun 2012.

Kini beliau hadir atas nama dialog bersama penduduk tetapi menghalau penduduk taman yang sebenarnya, dan hanya berucap di hadapan penyokong UMNO sahaja.

Rakyat Taman Pegoh Aman berkata mereka akan menggandakan booklet khas yang disediakan oleh Sekreteriat Pakatan Rakyat Gopeng untuk menangkis isu fitnah terhadap penduduk Cina Taman Pegoh Aman dan akan memastikan rakyat sekitar taman berkenaan menolak calon UMNO di DUN Sungai Rapat.
-paspb




9 ulasan:

Amuraria berkata...

BILA KAKI BODEK & KELENTONG TIADA MODAL ! ABU SAJA PENYELAMAT MALAYSIA DARI PENYAMUN TARBUS & PENGKHIANAT NEGARA PARTI SEKUTU APCO !

Awanama berkata...

lanxxx kaulah umporno.

ABU!!!

Mokhtar Daud berkata...

Nak orang undi kite mesti la tawan hati mereka

Awanama berkata...

Dah buang tabiat.

Awanama berkata...

As-salam...
Aduhhh..malu nyer lihat video ini tadi..cakap tak serupa bikin..wahai org2..umno kami dah jelak dgn sikap kpuraan kamu terhadap rakyat..
Kamu ingat kamu berkuasa kamu boleh buat sesuka hati dgn berlagak sombong.angkuh dan menganiaya rakyat bwhan.atas kpentingan politik jijik dan kotor kamu...ya allah tunjukkanlah yang benar itu benar dan yang batil itu batil..allah akan hukum kamu atas brgapa yang dikerjakan oleh kamu dengan cara tipu dayamu tidak ada kuasa yg boleh mlwn kuasa sunnatullah
Atas sebab itu jatuh wajib kita nenghukum mereka dlm pru 13.kuasa rakyat menjatuhkan umno dgn izinya.rakyat akan hidup aman dan harmoni sesama kaum di msia..
Ikhlas dripa insan yg inginkan perubahan(insaf)
Dulu kini dan selamanyer Pas membangun bsama islam
takbir!
sokonng PKR!..untuk perubahan!..pru 13 zaman kejatuhan umno teori RAHMAN
terbukti..rahman,razak,hussein;mahathi,abdullahbadawi. n najib)DAH LAMA DAH....!
Wasalam.....

Awanama berkata...

Aku nak ucapkan alhamdullilah,syukur,tahniah, syabas dan terima kasih yang tak terhingga pada penyokong UMNO BN kerana anda telah Berjaya membuatkan makin ramai orang-orang diluar sana celik mata, hati DAN fikiran untuk membakul sampahkan BN dan seterusnya ABU. Kelakuan sebeginilah(menghalau) yang telah berjaya membuatkan rakyat semakin cerdik sedar untuk tidak memberikan undi mereka lagi pada BN. Tingkahlaku mereka inilah yang sebenarnya membuatkan makin ramai orang membenci UMNO BN,UMNO SUDAH TERLEWAT UNTUK BERUBAH. Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada mereka YANG BERKELAKUAN SEBIGINI(MENGHALAU), teruskanlah dengan berkelakuan begitu dan berusahalah dengan lebih gigih lagi ,usaha murni anda semua pasti akan di kenang. TANPA ANDA PAKATAN RAKYAT TIDAK MUNGKIN DAPAT MENUJU KE PUTRA JAYA. ...SELAMAT TINGGAL UMNO BN.

Awanama berkata...

malunyeee laaa haii.....masa mula2 makcik ni sampai tengok ramai rakyat datang dan setia menunggu selama satu jam. bila dia keluarkan arahan seperti itu br dia tahu berapa kerat sgt penyokong dia sbnrnya...

Awanama berkata...

Saya rasa tindakan itu tidak memberi kesan kepada BN kerana yang diminta beredar hanya 2 orang. YB Gopeng dan calon PAS. Orang lain yang mengikut 2 orang itu menunjukkan bahawa mereka memang penyokong PR. Majlis itu adalah majlis yang dianjurkan oleh YB Hamidah untuk mendengar masalah/bantahan mengenai cadangan membina SRA di tapak padang seluas 4 ekar. SRA dijangkakan mengambil 0.8 ekar. Memandangkan isu ini adalah sensitif (seperti di Kelana Jaya di mana org luar langsung tidak dibenarkan hadir), bagi saya kehadiran 2 individu itu adalah satu langkah provokasi PR dan cuba menangguk di air keruh.

Pandangan saya.

Awanama berkata...

yb umno ni merendahkah martabat sendiri.
Kenapa takut ada yb pr dalam majlis tu, mereka pun rakyat juga dan wakil rakyat. Rakyat telah mewakilkan mereka, jadi kenapa yb bn ni takut sangat, takut tak terjawab ke dengan kesalahan dan fikir rakyat senang ditipu ke kalau tanpa yb pr tu?
Kalau tak salah, kena beranilah beri penjelasan. Memang dalam pilihanraya nanti umno bn akan dibakul sampahkan oleh rakyat.

kalau kat selangor heboh pelbagai cerita konon pr nak rampas padang rakyat.
Ni yb bn ni dah buat bangunan sekolah atas padang rakyat sesuka hati.
memanglah bagus membina sekolah agama, tapi lokasinya tak sesuai dan melanggar hak org lain, jgn lah nak putar belit kata org cina dan india tak suka pada islam. jangan terlalu bodohlah yb midah nak guna agama utk menutup keslahan.
yb midah, kalau jiran kau sambung rumah dia sampai ke tanah kau, kau suka ke?
Kalau nak menderma, tetapi dengan hasil rompakan, betul ke cara tu?
matlamat tak menghalalkan cara.
umno bn dah di akhir zaman..