19 Jun 2012

[VIDEO] Abby Abadi Terkejut Ada Perjuangan Islam Yang Beliau Tak Pernah Lihat

Peserta Himpunan Hijau tidak dibayar – Abby Abadi

TEMERLOH: Selebriti terkenal Abby Abadi menyatakan beliau kini sedar tuduhan bahawa orang-orang PAS dibayar untuk ke Perhimpunan Hijau di Alor Setar, Kedah baru-baru ini oleh orang-orang tertentu rupa-rupanya tidak benar.

Beliau yang terkenal dengan watak Inspektor Aleeza dalam siri drama Gerak Khas, berkata ini disebabkan beliau perhatikan sendiri dalam ceramah-ceramah PAS ahli-ahlinya yang menyumbangkan derma dan mereka tidak dibayar untuk hadir seperti diamalkan oleh sesetengah parti politik.

“Jadi saya yakin mereka tidak dibayar seperti yang diperkatakan dalam media sebelum ini,” katanya dalam program Talk Show Malam Keinsafan di Dataran Kompleks PAS Pahang, Kerdau malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika mencelah ucapan pengerusi majlis Ustaz Kamal Ashaari yang mengumumkan pelancarkan kutipan derma.

Turut menjadi ahli panel dalam program anjuran Pemuda PAS itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor.

Menceritakan tentang pengalamannya, Abby berkata beliau pada mulanya hanya melihat Islam itu hanya sebagai rutin umpamanya ramai-ramai pergi solat Jumaat dan acara-acara keagamaan tetapi tidak melibatkan kehidupan sosial.

“Tetapi setelah menunaikan ibadah haji ke Mekah barulah terbit rasa insaf dan mahu melakukan penghijrahan daripada hidup sebagai artis.


“Tak sangka pula penghijrahan saya mendapat perhatian ramai orang sehingga boleh dipanggil untuk berada di pentas PAS.

“Tapi saya seronok sangat dengan pengalaman baru ini, seronok dapat berkongsi sedikit sebanyak cara hidup Islam sebab tak pernah didedahkan dengan suasana seperti ini dulu,” ujarnya.

Ini merupakan kali kedua beliau berada di pentas PAS di Pahang. Kali pertama beliau dipanggil untuk majlis yang serupa di Kuala Lipis.

Abby yang kini berstatus ibu tunggal, berkata pada mulanya tidak ambil tahu sangat tentang politik. Setelah didedahkan kefahaman Islam dan banyak membaca barulah beliau faham kenapa perlunya perjuangan Islam.

Mengenai dunia artis, beliau berkata jika tak pandai membodek atau tak pandai melobi memang susah untuk dapat job.

“Sekarang saya rasa lebih lapang tidak kalut untuk mendapatkan peluang berlakon. Saya seronok dengan suasana baru ini,” jelasnya.

Beliau sempat menasihatkan generasi muda agar tidak leka sangat dengan dunia hiburan dan turut kesal masih ada filem yang memaparkan adegan-adegan ghairah sedangkan itu semua tidak menyumbang langsung kepada pendidikan generasi muda.

Sementara itu, kira-kira 5,000 yang hadir memberi tumpuan kepada Abby turut mendapat ‘usikan’ Nasruddin.

“Saya sedar siapa diri saya, orang datang bukan nak tengok saya,” katanya berseloroh.

Dalam pada itu, Abby turut diberi penghormatan melancarkan sebuah buku baru “Muslimat Celik Berpolitik’ tulisan Ustazah Anisah Tahir. -HD




7 ulasan:

Awanama berkata...

“Saya sedar siapa diri saya, orang datang bukan nak tengok saya,” katanya berseloroh.

awat merendah diri sebegitu sekali, jawatan ketua pemuda pas rendah sgt ka?

berhati2 dgn artis yg baru nak jinak2 dgn perjuangan, jgn excited sgt nak promote naik pentas, bukan apa, takut nnti balik asal.

Awanama berkata...

Bagaimana mudahnya berlaku kejadian tersebut, mudah pula rahsia terdedah.

Awanama berkata...

Kalau dah tahu perkara sebenar, bagus.

Awanama berkata...

"Takut dia berbalik asal". Kita sokong dia berdasarkan keadaan dia sekarang. Apa kelebihan nak menduga perkara yang akan datang? Kalau dia berbalik kpd asal dia, masa tu takkan kita nak sokong dia jugak? Sekarang kita buat tindakan sekarang, yang kemudian kita buat tindakan kemudian. Yang penting, x kira siapa pun yang berhijrah, kita perlu menyokong utk membina kekuatan mereka. Bukan menempelak mereka di atas "dosa2" yang telah dilakukan. Kita pun bukan maksum

Awanama berkata...

@anon June 19, 2012 3:36 PM

asal hati ko busuk sangat?ko pon thu kan yg 'membalik2' kan hati itu kerjaNya...jgnlah duk rasa diri sdiri baik, org len jahat. satu lgi:

“Saya sedar siapa diri saya, orang datang bukan nak tengok saya,” katanya berseloroh.

dah name berseloroh...nnti klau die cakap org mai sbb nk tgk die ko ckp die riak, ujub plak. mmg benarlah kata Allah yg brmaksud:di dalam hati mereka ada 'penyakit', maka Aku tmbahkn lgi di dalamnya 'penyakit'.

Awanama berkata...

awat merendah diri sebegitu sekali, jawatan ketua pemuda pas rendah sgt ka?

Salahkah untuk merendah diri..Rasulullah pun sentiasa merendah diri..inikan pula kita. Besar sgtkah jawatan ketua pemuda pas?

JAKA berkata...

jgn jadi umno..isu kecik merendah diri pun nk dijadikan polimik...

kecuali ia memang jarum umno utk menyelinap memecah belah pakatan...seumpama syaitan yg menganggu org nk solat...dpt geletek telinga pun jadilah...asalkan solat terganggu