6 Mei 2012

Tuduh Orang Zina Tanpa 4 Saksi Sepatutnya Kena 80 Sebatan – Mufti

Kota Bahru: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menjelaskan menuduh orang berzina dalam Islam perlu dikenakan hukuman khazaf dengan sebatan sebanyak 80 rotan, jika sabit dengan kesalahannya.

“Itu jalan penyelesaian yang ada dalam Islam sekiranya orang yang membuat tuduhan tidak mampu memanggil empat orang saksi,” katanya pada wacana anjuran Sinar Harian di Kelantan Trade Centre malam tadi.

Dua lagi ahli panel iaitu pakar sejarah dari UM, Datuk Prof Dr Mohamad Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Datuk Dr Johari Mat.

Bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk A Aziz Deraman bertindak sebagai moderator. Tajuk diperkatakan “Bersatu Demi Islam”. Wacana tersebut mendapat sambutan agak dingin berbanding wacana yang dianjurkan kerajaan negeri dalam banyak siri sebelum ini.

Dr Juanda sebelum itu mengulas keghairahan akhbar tertentu yang sering memuatkan berita berunsur lucah pada halaman depan.

Baru-baru ini Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya menyiarkan gambar aksi agak panas kononnya membabitkan seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

Tahun lepas akhbar sama menyiarkan gambar klip video seorang lelaki dan wanita dalam keadaan yang menghairahkan juga ditujukan kepada pemimpin Pakatan.

Ramai pemerhati politik menyifatkan tindakan akhbar terbabit sebagai langkah desperado apabila gagal menampilkan bukti. Ketika pertabalan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini akhbar sama mendakwa wakil rakyat Pakatan mempersendakan Raja-Raja Melayu.

Dr Juanda berkata, meletakkan gambar lucah di muka depan akhbar secara tidak langsung boleh mendorong ke arah keruntuhan moral di kalangan generasi muda.

Dr Mohamad pula berkata, persoalan perpaduan Melayu bukan perkara baru yang berlaku dalam masyarakat di negara ini.

“Isu perpaduan Melayu sebenarnya perkara lama, namun mengapa lebih kerap diperkatakan sekarang, adakah semata-mata kerana situasi Mac 2008.

“Sebenarnya persoalan perpaduan wujud ketika kita melawan penjajah lagi. Kemudian diperkatakan semula selepas peristiwa 13 Mei 1969. Jadi ia bukan lahir selepas pilihan raya Mac 2008 sahaja,” ujarnya.

Beliau juga tidak nampak pemimpin yang bercakap soal perpaduan Melayu sekarang lahir daripada lubuk hati mereka, sebaliknya ada kepentingan diri dan kedudukan mereka yang perlu dipertahankan.

Menurutnya apabila ada ancaman daripada luar barulah sibuk pemimpin Melayu bercakap soal perpaduan, sedangkan ia bukan lahir dari lubuk hati mereka sendiri.

Anehnya juga kata beliau perpaduan Melayu yang ditonjolkan sedangkan perpaduan Islam lebih penting untuk dipertahankan. -HD

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hukum islam telah jelas, jika tidak dipatuhi perkara yg sama akan terus berlaku, ayuh umat islam tegakkan hukum allah.

din berendoi berkata...

Tengok la sapa yang buat pertuduhan tu, sapa, setakat mana pengetahuan dia tentang hukum hakam ? Walaupun bapa dia ustaz.... Iman bukan boleh diwarisi !

sim_2096 berkata...

takbir

Tanpa Nama berkata...

fatwa berkenaan demonstra yang dilabel sebagai haram telah dikeluarkan! dedah aurat halal? rambut wanita bukan aurat?

Tanpa Nama berkata...

setuju pasal perpaduan melayu,kenapa selepas pru12 baru sibuk bercakap pasal perpaduan melayu,perpaduan islam dsb...kenapa selepas umno kalah teruk baru terhegeh2 sebelum tu dok tindas melayu tak sibuk pasal perpaduan melayu...setuju bukan perpaduan melayu soal utama tapi lebih risau kepentingan diri,dan masa depan politik mereka musnah.mereka membina tembok perkauman(umno putra)dan kita sebagai rakyat harus faham bukan perpaduan melayu yang penting tapi perpaduan rakyat lebih penting...asasnya berbalik kpd islam....

Tanpa Nama berkata...

Utusan Meloya dikendalikan oleh orang-orang yang rendah akhlak/moral. Makan gaji dengan cara membuat tohmahan tak berasas, menghasut dan melagakan orang terutama Melayu bangsa mereka sendiri.