31 Mei 2012

TG Nik Aziz Jawab Harussani: Istiqamah Lain, Keras Hati Lain

Saya nak perbetul fahaman Harussani’

KOTA BHARU: “Saya nak perbetul fahaman Mufti. Orang tua itu (Harussani), miang (gatal mulut) selalu serang saya tak pasal-pasal,” kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang berang terhadap kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, apabila menyifatkan beliau sebagai keras hati dengan mengenakan pelbagai syarat untuk mengadakan muzakarah antara Umno dan Pas.

Nik Aziz yang ‘naik angin’ dengan perkara itu menjelaskan bahawa beliau hanya bersifat istiqamah atau berpegang teguh kepada akidah Islam dengan mempertahan tindakannya dalam isu muzakarah, baru-baru ini.

“Saya nak beritahu bahawa keras hati lain, istiqamah lain. Apa yang kami (Pas) buat ini ialah istiqamah dan keras hati maknanya degil.


“Yang kedua, semakin ramai orang dalam Pas berpelajaran dan alim daripada Mufti Perak itu sendiri. Kami bukan ada doktor fizikal saja, kita ada doktor falsafah yang buat kajian dan bincang,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco negeri, di sini, semalam.

Kelmarin, Harussani dalam kenyataannya berkata, beliau bersedia menjadi orang tengah demi memastikan muzakarah Umno dan Pas untuk perpaduan Melayu dan Islam menjadi kenyataan.

Beliau menyebut jika Nik Aziz bersikap keras hati, perkara itu sukar dilakukan dan hakikatnya sekarang, Pas tidak boleh dibawa berunding. -hm

Nik Aziz: Mufti boleh jadi perantara, tapi bukan serang

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya bijak menangani isu perpaduan serta pandai menjaga sempadan dengan tidak mencerobohi urusan orang lain.

Beliau berkata, mufti boleh menjadi orang tengah dalam sebarang usaha perpaduan asalkan tidak menyerang sebelah pihak sahaja.

“Mana mungkin menjadi orang tengah jika sekilas percakapan yang terungkap, orang dah tahu kita di sebelah mana. Islam memang mengajar umatnya hidup bersatu padu tapi mesti ingat, tiada asas kekuatan untuk bersatu kalau semata-mata atas nama bangsa Melayu.

"Pas amat menyokong sebarang usaha perpaduan umat, namun ia semestinya berlaku atas landasan Islam.

“Mana-mana pihak khususnya orang agama seumpama mufti bolehlah beritahu kepada pemimpin Umno agar menukar dasar partinya dan pentadbiran kerajaannya kepada Islam,"
kata beliau.

Selain itu kata Nik Aziz: "Begitu juga harus dipersoalkan kenapa Umno boleh menerima kebangsaan dan menolak perjuangan politik Islam?"

"Ada baiknya persoalan ini juga ditanyakan kepada mana-mana ahli Majlis Fatwa Mesir. Jangan sekadar menanyakan isu mengundi parti masuk syurga,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika memberi respons kepada kenyataan Harussani kelmarin.

Katanya, membuat ulasan lalu membenarkan pihak media massa mengaitkan nama individu sepertinya, bukanlah satu akhlak terpuji dan amat malang apabila akhlak itu menjadi 'pakaian' seorang mufti.
-SH


13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harusini membawa fahaman mazhab lain. Ada isu pertembungan mazhab di sini. Ada baiknya di adakan muzakarah di antara Harusini dengan pemimpin-pemimpin PAS untuk membincangkan perbezaan yang berlaku di antara kedia belah pihak. Orang tengah diperlukan untuk menyelaras muzakarah yang akan diadakan.

Pakngah Selama berkata...

HarusSanasini dah terang2 menunjukkan sikap prejudisnya kpd PAS amnya dan Tn Guru Nik Aziz khasnya. Dah camane nak jadi orang 'tengah'...Awal2 lagi dah senget sebelah....

Tanpa Nama berkata...

Harussani teringin nak jd calon bn kot.sbb bila dh jd menteri bru la masyukk byk skit.jd mufti masyuk x byk....

ram singh berkata...

harunsani spesis jenis tak bolih pakai...
sibuk nak tegur Pas tak betoi...
Dia mufti pun jenis tak betoi...
10 yang cakap 14 yang tak betoi....
nilai diri sendiri lah mufti lu sapa... barua ke... haramjadah macam PM kata pun tak berani nak tegur ..lu sapa

Tanpa Nama berkata...

Muzakarah tak membawa apa2 makna,apa guna muzakarah kalo amno menindas rakyat kelantan yg rata2 melayu,dah tindas melayu pahtu nak muzakarah apa lgi..adakah dengan muzakarah,rakyat kelantan yg perit tertidas selama 20tahun akan hilang?tiba2 bila dah lemah baru nak hulur tangan.sepatutnya TGNA letak syarat supaya umno rasa apa yg rakyat kelantan rasa...kembalikan royati mintak.hapus JPP milik ketua lanun bahagian umno,salur perutukan ke krajaan negeri,bina lebuhraya,minta maaf atas fitnah2 sebelum ni,laksanakan hukum hudud dan qisaas,banyak lagii......barulah jabat tangan bincang soal melayu islam...la ni toksah layan si harusana-harusini,buat menyemak jerr muka dia..porahhhhhh..PAS jangan jdi bodoh,ada puak2 dlm pas yang setuju muzakarah,,ini perangkap umno,sedang pasang umpan masuk perangkap,,parasit sudah kelaur,tingal sisa2 lagi..PAS bermuzakarah umpama menyokong menayang bontot penari Kpop korea anjuran AMNO yang sesat..baling telur dan batu..AMNO parti HARAM JADAH,,asal dapat fulus terus berambus..

BaDiN berkata...

Apa peranan mufti yang SEBENARNYA TUGASAN mereka.Isteri pemimpin negara WAIMA Isteri Sultan tidak berani utk ditegur dalam soal menutup aurat.
MALAH pembaziran yg dilakukan oleh kerajaan cap dacing tidak ada keberanian utk menghalang @ menegur secara tegas.
??? apakah peranan hakiki kamu wahai MUFTI-MUFTI.
Malaysialah yg mempunyai Mufti paling ramai dalam dunia berbanding di Negara2 lain.

Unknown berkata...

Mufti berat66 tuuueeeee....

RAZAN HOMESTAY berkata...

mufti taik kucing....pencacai

Tanpa Nama berkata...

mufti cap ayam ni suka kutip berita tepi jalan, ini makhluk yg menjadi punca masalah. dia tuduh tgna kata 'undi pas masuk syurga' & bila tgna tanya siap hantar surat kepadanya dimana dia kutip berita seperti itu & tolong bagi bukti sahih dia senyap xbleh nak jawap. sepatutnya dia pergi jumpa tgna dahulu face to face tanya apakah benar tgna kata 'undi pas masuk syurga', tapi xberlaku seperti itu dia lebih percaya kpd berita tepi jalan.
nak bermuzakaroh erk, syarat pertama pulangkan duit royalti kerjaan negeri kelantan dahulu, sbb kita nak siapkan lebuhraya rakyat(tanpa tol) kb-k.krai.
kenapa mufti cap ayam ni xtegur pm supaya pulangkan duit royalti drp duk sibuk hendak bermuzakaroh, memang betul-betul cap ayam !

1 Malaysia berkata...

Ini mufti mazhab baru iaitu MAZHAB MELAYU.
Jangan jadi ketam, wahai Mufti Perak @ Harusana & Harusini. Jangan diri kau dimaki orang. Malu dengan jawatan yang kau sandang. Malu dengan tanggung jawab yang kau pegang. Malu dengan Allah swt yang kau percayai.
Kalau hang tu Najib, tak pa. Ini MUFTI. Ibarat PM dalam pentadbiran Islam tapi bila bercakap, .....
Jangan malukan Allah swt. Letak jawatan sebagai mufti, barulah kita bercakap pasal muzakarah. Faham maksud AKU.

Tanpa Nama berkata...

tengah tunggu fatwa dari orang tua mufti paling alim kat malaysia al-mufti 1malaysia al ustaz 1st class harussani nih tentang k-pop dan bercampur lelaki perempuan kat orgi belia 1 malaysia hari tuh!!!

kecut telo ke tuan mufti nak keluar fatwa?????

maaf kalo kasar bahasa... ulama akhri zaman...

Tanpa Nama berkata...

Tok peti ni .. sebenarnya BARUA umngok.. di lantik mufti, atas dasar dapat menipu org melayu Islam,mengikut acuan umngok.Dia hanya layak jadi Tok sidang kg je...seorang yang munafik. Dia ada lah jelmaan zaman millenium abdullah bin ubai.

Tanpa Nama berkata...

Harus sini harus sana,konsert K POP pun harus juga?