31 Mei 2012

Kerajaan Malaysia "Jual" Rahsia ATM, Kata Peguam Perancis

Bangkok: Kerajaan Malaysia didakwa "menjual" dokumen rahsia Tentera Laut Malaysia kepada sebuah syarikat pertahanan Perancis bersabit pembelian dua buah kapal selam Scorpene.

Peguam Perancis Joseph Breham yang bertindak bagi pihak pertubuhan bukan kerajaan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendedahkan bahawa syarikat Perancis itu telah membayar sejumlah 36 juta Euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk urusan "kejuruteraan komersial", demikian lapor malaysiakini.

"Ia adalah dokumen rahsia oleh Tentera Laut Malaysia - satu penilaian bersabit pembelian kapal selam yang merupakan laporan sulit," kata Joseph kepada wartawan di Thailand.

Menurut Breham berdasarkan pengalaman di Perancis, tindakan "menjual" dokumen rahsia kepada negara asing dianggap sebagai pelanggaran rahsia pertahanan dan perbuatan khianat.

"Ia adalah pengkhianatan di mana anda menjual maklumat kepada pesaing atau negara asing tentang pandangan anda berkenaan senjata khusus serta pelan untuk menggunakan senjata tertentu.

"Di Perancis, jika anda melepaskan mereka (dokumen-dokumen rahsia), anda boleh dihukum penjara 10 tahun,"
kata beliau apabila ditanya tentang kesalahan undang-undang menjual laporan tersebut.

Semalam Pengarah Suaram Cynthia Gabriel mendedahkan Mohd Ibrahim Mohd Noor sebagai individu yang mempunyai kaitan rapat dengan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai RM7.3 bilion tahun 2002.

Malah menurutnya polis Perancis telah merampas dokumen termasuk nota yang disampaikan kepada Menteri Pertahanan Perancis bertarikh 2 Julai, 1999 yang antaranya menyebut Mohd Ibrahim dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda sebagai rujukan rangkaian politik Malaysia.

Kerajaan Malaysia pada tahun lalu telah menahan dan menghantar pulang seorang peguam Perancis, William Bourdon yang ditugaskan mengikuti kes berkenaan ke negara Perancis.

Alasan yang diberikan Menteri Dalam Negeri bahawa Bourdon telah melanggar syarat pas lawatan sosial.

Breham yang dijadualkan melawat Malaysia minggu ini masih menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa berhubung visa kerja yang dimohon beliau.

Justeru beliau mengambil keputusan untuk menemui pihak Suaram di Bangkok.

MP fail usul tergempar isu jualan rahsia negara

Anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akan memfailkan usul tergempar pada sesi Parlimen akan datang berhubung dakwaan penjualan dokumen sulit kerajaan kepada sebuah syarikat pertahanan Perancis.

Naib presiden PKR itu juga berkata, rakyat berhak menuntut penjelasan perdana menteri kerana jika benar, wujud kemungkinan bahaya besar kepada negara ini.

Menurut Nurul Izzah lagi, ia juga memungkinkan maklumat rahsia pertahanan negara yang lain turut dijual kepada ejen asing.

"Jika tidak ada respons segera, rakyat harus bersedia menerima akibat dari keselamatan dan kedaulatan negara yang tergugat," kata Nuruk Izzah.

Dokumen yang sangat sulit - penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam kelas Scorpene yang akan dibeli oleh kerajaan - didakwa telah "dibeli" oleh sebuah syarikat pertahanan Perancis.

Peguam Perancis Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi manusia Suaram mendakwa, syarikat berkenaan didakwa membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".

Breham berkata hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes yang difailkan terhadap syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS, atas dakwaan rasuah, mahu tahu tujuan bayaran itu dan meminta laporan transaksi kewangan daripadanya.
-mk


5 ulasan:

Putra IJ80 berkata...

Warga FELDA yg mendapat durian runtuh tidak faham ini smue , mereka yg.meniaga di pasar malam pun tidak tahu menahu perkara ini malah sebahagian besar rakyat yg.sibuk mencari rezeki samada yg.bekerja di Jabatan Kerajaan,Swasta,apa lagi yg.bekerja sendiri juga tidak tahu.,dan mereka x sempat ambil tahu bagai mana hal yg.berlaku itu sangat memberi kesan kepada keselamatan Negara.

Kerana itu mereka masih sayangkan BN sanggup menayang Bontot bagi pihak BN sangup membaling telor bagi mempertahankan BN.

Tanpa Nama berkata...

Tak guna punya Najib. Pengkhianat negara.

JAKA berkata...

formula dia senang :

apa yg umno tuduh PR, merekalah yg buat.

apa yg umno dakwa dia buat baik, PR yg sebenarnya buat.

semakin jelas munafiknya gerombolan lucah ini.

menjual negara...bukankah itu derhaka kepada YDP Agung?

sepatutnya ditembak mcm Al Maunah.

Warga Pasar Malam berkata...

PUTRA IJ80, BUKAN SEMUA MEREKA-MEREKA YG DI DAKWA OLEH TUAN ITU TIDAK FAHAM APA YG BERLAKU.. SAYA JUGA ADA PENIAGA PASAR MALAM..

" Warga FELDA yg mendapat durian runtuh tidak faham ini smue , mereka yg.meniaga di pasar malam pun tidak tahu menahu perkara ini malah sebahagian besar rakyat yg.sibuk mencari rezeki samada yg.bekerja di Jabatan Kerajaan,Swasta,apa lagi yg.bekerja sendiri juga tidak tahu..."

Tanpa Nama berkata...

Yang pasti penyokong tegar UMNO yang tak tahu bahawa pemimipin mereka sendiri yang menipu mereka. Membaham wang mereka sesuka hati dan makan rasuah sekenyang-kenyangnya.