31 Mei 2012

Giliran Penganjur INDRAF 2.0 Pula Dipukul Malam Tadi

Petaling Jaya: Penganjur Perhimpunan Indraf 2.0, V Ganabatirao dan saudaranya Raidu diserang oleh tiga lelaki malam tadi dan mengalami kecederaan serius.

Serangan yang berlaku di Klang itu dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan Indraf 2.0 pada Ahad ini yang menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Perhimpunan yang akan diadakan di Brickfields itu dijangka akan disertai kira-kira 3,000 peserta. Lengan Raidu telah patah dengan beberapa kecederaan lain manakala hidung Ganabatirao juga telah patah.

Mengimbas kembali kejadian itu, Ganabatirao berkata serangan itu berlaku pada jam 10 malam.

"Kami berada di Meru untuk menghadiri satu upacara pengkebumian apabila tiga samseng itu menghampiri kami. Salah seorang daripada mereka menggunakan kunci stereng kereta dan menyerang kami," kata Ganabatirao yang dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta di Klang.

Beliau juga mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat di atas serangan tersebut.

"Seorang inspektor polis telah merekodkan kenyataan saya pada pukul 3 pagi tadi. Bagaimanapun polis belum lagi mengambil percakapan Raidu," katanya, sambil menambah bahawa Raidu telah menjalani pembedahan.

Ditanya mengenai punca serangan tersebut, Ganabatirao berkata bahawa samseng tempatan itu mungkin takut dengan pengaruhnya yang berjaya menarik lebih ramai sokongan orang ramai di Meru. -FMT

Pemimpin DAP S'gor cedera diserang di Klang

Dua pemimpin DAP Selangor V Ganapathi Rao dan saudaranya V Papparaidu (gambar), yang mengetuai kumpulan serpihan Hindraf Malaysian Indian Voice (MIV) mengalami keretakan tulang selepas didakwa dikasari tiga penyokong BN di Klang malam tadi.

Ganapathi Rao memberitahu Malaysiakini, penyerang yang bersenjatakan pengunci kereta dan objek besi menyerang mereka berdua di simpang dekat Taman Mutiara.

Akibat serangan kira-kira 10 minit, Ganapathi Rao mendakwa menderita patah tulang hidung, bengkak rahang dan lebam manakala tangan kanan Papparaidu patah dan terkehel di bahu.

Kedua-duanya dimasukkan ke hospital di Klang. Ganapathi Rao dibenarkan pulang hari ini.

Ganapathi Rao mendakwa penyerangnya tidak gembira dengan mereka kerana perhimpunan anjuran MIV Ahad lalu berjaya mengumpulkan lebih 1,000 bagi menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.
-mk


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau pihak polis tak tahu nak jalankan undang-undang, kita semua tak usah ikut undang-undang. pukul lawan pukul, tikam lawan tikam, bunuh lawan bunuh. alang-alang luka biar terus bermandikan darah.

ada pemimpin tak bertanggung jawab dan zalikm, ada polis macam anjing buruan, ada spr jadi barua. tak lama lagi umno/bn akan hancur.

Tanpa Nama berkata...

Terang jelas dn nyata apabila hukum islam di perlekeh hina ulama' cerca nabi maka bala Allah telah tiba.. rasuah berleluasa keruntuhan akhlak fitnah maksiat pembunuhan samseng semakin menjadi2 dan tnggula saat2 kehancuran k'jaan B**i Negara memerintah..

XUMNO berkata...

Nampaknya puak2 UMNO-BN ni dah terasa bahang penolakan rakyat terhadap mereka.Bagi penyokong2 dan pengampu2 parti2 rasuah ni jatuhnya kerajaan UMNO-BN akan menyebabkan hidup mereka merempat kerana selama ni mereka hidup seperti anjing2 yang mengarapkan sisa2 bangkai yang dilemparkan oleh taukeh2 kaya dalam UMNO-BN. Sedih sungguh....

hairan berkata...

dalam kes nih mesti polis tak jumpa sapa yg pukul dia orang, biasalah polis anggap orang yg menyokong pembangkang tuh sebagai bukan orang malaysia...

tapi cuba kalo pembangkang tuh terbuat salah walaupun sekecil zarah... laju aje polis tangkap, soal siasat sampai mati lagi!

aku mmg dari dulu niat haramkan duit cukai aku digunakan oleh perkara yang diharamkan oleh ISLAM!! jawab la ko orang nanti...