14 Mei 2012

Orang Islam Yang Pegang Ajaran Islam Tak Akan Makan Rasuah - Guan Eng

RM500 Untuk Tahfiz: Satu Lagi Bukti DAP Bukan Parti Anti-Islam, Melayu

SHAH ALAM, 11 MEI: Seorang wartawan bangsa Cina pernah bertanya kepada Lim Guan Eng, mengapa Kerajaan Pulau Pinang memberi RM500 kepada pelajar Maahad Tahfiz yang menghafal Al-Quran 30 Juz?

Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjawab: “Orang Islam yang pegang kepada ajaran Islam mereka tidak akan makan rasuah.”

Malah Kerajaan Pulau Pinang yang diterajui, DAP – parti yang dimomokkan sebagai anti-Melayu dan anti-Islam – memperuntukan lebih dana bagi program pembangunan Islam di negeri itu berbanding dengan pentadbiran Umno-BN yang sebelumnya.

Menurut MP Shah Alam Khalid Samad, Kerajaan Pakatan Pulau Pinang meningkatkan bajet pembangunan dan pentadbiran Islam ke RM 24 juta setahun berbanding RM 12 juta semasa di bawah Umno-BN.

“Ini bukanlah retorik atau percakapan tetapi berdasarkan amalan dan dasar-dasar yang dilaksanakan Lim Guan Eng di Pulau Pinang,” Khalid berkata di dalam wacana bertajuk ‘Melayu, Islam dan DAP’ yang diadakan diBangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam.

Khalid menambah, kehadiran wakil rakyat DAP dalam majlis berbuka puasa, pemberian sumbangan kepada surau dan masjid, kehadiran dalam majlis rasmi yang diadakan di Masjid dan Surau turut membuktikan bahawa DAP bukan sebuah parti yang anti Melayu-Islam seperti yang digembar-gemburkan oleh media pro-Umno-BN.

Ini dikuatkan lagi dengan amalan pemimpin dan perwakilan parti yang menggunakan Bahasa Malaysia ketika memberikan ucapan dalam perhimpunan parti.

“Bermula 2005, 2006 semenjak Lim Guan Eng menjadi Setiausaha Agung mengambil alih barisan kepimpinan DAP, sudah banyak perubahan yang dilakukan,” kata Setiausaha Politik Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari.

“Kita telah memahatkan perlembagaan kita kepada perlembagaan Malaysia termasuklah artikel 153 antaranya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan raja-raja Melayu dan keistimewaan orang-orang bumiputra,” ujar Zairil, seorang panelis di dalam wacana tersebut.

Manakala panelis dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malik pula berkata persepsi yang ditanamkan oleh Umno-BN yang DAP anti-Melayu menyembunyikan hakikat bahawa parti komponen gagasan itu yang sebenarnya mengamalkan dasar perkauman.

Contohnya, MCA sendiri merupakan sebuah parti yang hanya membuka keahliannya ekslusif kepada masyarakat berbangsa Cina, manakala Umno dan MIC turut menghadkan keahlian parti mereka kepada orang Melayu dan India.

Sedangkan DAP merupakan sebuah parti yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Hujah ini disokong oleh Ketua Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan yang berpendapat DAP adalah sebuah parti yang lebih terkehadapan berbanding Umno, MCA dan MIC.

Menurutnya ketiga-tiga parti komponen utama BN itu masih lagi terperangkap dengan kepompong etnik berbanding memperjuangkan idealogi sosial demokrat yang dibawa oleh DAP.

6 ulasan:

Amuraria berkata...

GENG MAMAK MENGAKU MELAYU PERTAHAN PEMIMPIN RASUAH,YANG BETUL & JUJUR DIPELECEHKAN OLEH GEROMBOLAN UMNO PANDI KUTTY !

Tanpa Nama berkata...

“Orang Islam yang pegang kepada ajaran Islam mereka tidak akan makan rasuah.”
Kata-kata hikmah yang terbaik daripada LGE, apa kata orang UMNO jangan nak berbohong dengan diri sendiri lagi ? Allah maha mengetahui, tunggulah azab akan tiba samada di dunia ataupun di dalam kubur kelak.

Tanpa Nama berkata...

setuju! hidup kerajaan Pakatan Rakyat PAS-DAP-PKR - pembela rakyat sebenar.

Insiden baru baru ini, Perkasa-UMNO membuat kerja samseng 'kuburkan LGE" di hadapan rumahya begitu biadap dan tidak ber prinsip demokrasi. Yg sedihnya pihak berkuasa polis tidak mengambil sebarang tindakan keras.

Semoga menang dengan majority di PRU13 nanti.

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah memberikan hidayahnya kepada penyokong agamaNya termasuklah Lim Guan Eng. Inilah doa yg kita boleh beri padanya.

Tanpa Nama berkata...

jangan buhong kata UMNO terperangkap kepompong. Kat tempat aku ada org besar UMNO.. bekas Che'egu sekolah.. semua Che'egu Melayu respect dan kipas kat dia. Tapi aku ngan geng aku musykil sama ada dia Mamak atau org India.. sebab adik beradik dia semua India, bukan Mamak dan Melayu..

Tanpa Nama berkata...

Bukan setakat tak makan rasuah malah tak minum arak...

bayangkan jika Keturunan Tun Mahathir menjadi MB Kedah,...berkoyan arak dalam tin akan dibawa masuk dari Filipina...
sekarang sasaran depa di Lengkawi...