14 Mei 2012

Najib Cabut Ke UK, Masih Takut Bubar Parlimen Bukti Himpunan UMNO Gagal

Najib ke UK, spekulasi Parlimen bubar meleset

SEPANG - Desas-desus tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) terus menjadi teka teki apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke United Kingdom (UK) pada jam 11.15 malam tadi.

Gambar: Najib Tun Razak bersalam sebelum berlepas ke UK dari KLIA malam tadi. Foto Sinar Harian

Sangkaan banyak pihak yang mengatakan Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok nampaknya tersilap kerana beliau hanya akan pulang semula ke tanah air pada 25 Mei ini.

Selepas itu, Najib dijadualkan berlepas semula ke UAE pada 28 Mei dan meneruskan lawatan ke Uzbekistan selepas itu.

Najib mengadakan lawatan kerja ke UK atas jemputan Putera Charles untuk menghadiri majlis resepsi bersempena dengan penganugerahan Piagam Diraja Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) oleh Ratu Elizabeth II.

Perkembangan terbaru ini kali kedua spekulasi bahawa Najib akan membubarkan Parlimen meleset.

Spekulasi bahawa Najib akan membubarkan Parlimen pada 11 November lalu juga tidak menepati ramalan.

Selepas spekulasi ini meleset, penganalisis meramalkan Parlimen masih boleh dibubarkan selepas sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong awal bulan depan.

Ini kerana ramai meramalkan PRU13 akan diadakan sebelum bulan Ramadan.

Mandat Kerajaan Pusat hanya akan berakhir penghujung April 2013.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, Najib akan menghadiri majlis resepsi diberikan oleh pewaris takhta Britain, Putera Charles
dari Wales, bersempena penganugerahan Piagam Diraja kepada OCIS, semasa lawatan rasmi beliau ke UK esok dan lusa.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong berkata, undangan kepada perdana menteri itu adalah berikutan komitmen Malaysia dalam memberi sumbangn kepada penubuhan pusat itu.

Beliau berkata, ini merupakan acara utama lawatan perdana menteri ke UK.

Charles, yang begitu aktif mempromosi dasar pelbagai agama, adalah penaung OCIS, sementara Najib adalah anggota Majlis Tertinggi OCIS dan pernah memberikan syarahan bertajuk "Coalition of Moderates and Inter-civilizational understanding" (Gabungan Sederhana dan Persefahaman Antara Tamadun).

Majlis itu berlangsung di Istana St James pada petang Selasa.

"Malaysia amat dihargai kerana penglibatannya dalam pelbagai aktiviti di OCIS. Ahli-ahli akademik kita juga terlibat di pusat itu," kata Zakaria kepada
media Malaysia di London, hari ini.

OCIS memfokus usaha terhadap pengajian Islam dan masyarakat Muslim dan mempunyai hubungan kerja yang rapat dengan Malaysia. Malaysia banyak terlibat dalam pembinaan pusat baru OCIS dan telah menyumbangkan ukiran kayu kepada pusat itu.

Lawatan Najib ke UK berlaku hanya sebulan selepas lawatan Perdana Menteri Britain David Cameron ke Malaysia dan ini mencerminkan hubungan rapat antara kedua-dua negara, dan yang punya ikatan sejarah yang erat.

Beliau menyebut lawatan Cameron ke Malaysia yang berlaku sejurus selepas Najib melwat United Kingdom pada Julai tahun lepas.

Beliau juga mengulas perayaan Jubli Intan Ratu Elizabeth tahun ini, di mana Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah diundang oleh Ratu ke perayaan itu.

"Ini jelas membuktikan hubungan erat antara kedua negara," kata Zakaria.

Semasa lawatan itu, perdana menteri yang diiringi oleh isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, akan juga melancarkan Rakan Barisan Nasional UK (FBNUK) pada Isnin.

Zakaria berkata, kelab itu ditubuhkan oleh rakyat Malaysia di UK dan di Malaysia.

"Ia adalah satu usaha untuk menghubungi rakyat Malaysia lain dan menyampaikan kepada mereka pelbagai program yang telah dilancarkan Perdana
Menteri," kata beliau.

Wakil itu juga berkata, kelab itu merupakan pusat sehenti di mana rakyat Malaysia boleh mendapatkan maklumat berhubung perdagangan, rangkakain kerja dan juga pelancongan.

Kelab itu akan membantu perbadanan lain Malaysia seperti Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade) dan Malaysian Investment Development Authority (MIDA).

Rakyat Malaysia di London akan juga berpeluang bergaul dengan perdana menteri di majlis "Evening with the Prime Minister" dijadualkan pada lewat petang esok.

Zakaria menjangkakan kehadiran ramai orang di The 02 arena di Greenwich di East London, yang boleh menampung kira-kira 2,000 orang.

Perdana menteri akan juga menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Felda Global Ventures dan rakan-rakan strategiknya.

Najib dan isteri dijangka berlepas ke Amerika Syarikat pada malam Selasa. -SH


Pas: Kalau berani bubar Parlimen sekarang

Alor Setar - “Najib dan seluruh kepimpinan Umno, kalau berani bubar Parlimen sekarang!” demikian laung Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub di hadapan lebih 10,000 penyokong dan jentera Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Pas Kedah semalam.

Gambar: Bersatu dan bersiap sedia. Jentera PRU Pas Negeri Kedah bersemangat melaungkan takbir untuk berjuang dalam PRU13.

Laungan itu disambut seluruh jentera yang hadir dengan gema “Bubar! Kami sudah bersedia!” yang menunjukkan Pas Kedah sudah bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi PRU13, yang dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bila-bila masa.

Hari ini, Sinar Harian dan Sinar Harian Online ada membawa laporan memetik sumber berkata Najib akan membubarkan Parlimen esok.

Himpunan Jentera PRU Pas Kedah yang diadakan di Stadium Mini Guar Chempedak dekat sini bermula seawal jam 5 petang dan berlarutan hingga jam 12 tengah malam, dihadiri lebih 10,000 penyokong dan jentera PRU Pas Kedah untuk mendengar amanat dan pesanan daripada kepimpinan tertinggi ngeri dan Pas Pusat.

Amanat PRU13 disampaikan oleh Ketua Pemuda Pas Negeri Kedah, Ahmad Yahya; diikuti Ketua Muslimat Pas Negeri Kedah, Datuk Siti Ashah Ghazali; Ketua Dewan Ulama Pas Kedah, Syeikh Mohamad Abdullah; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Sementara itu, Azizan dalam amanatnya kepada jentera PRU Pas Negeri Kedah menyeru supaya ahli dan jentera PRU Pas berjuang berhabis-habisan bagi mempertahankan kemenangan Pas di Kedah.

“Kita kena mempertahankan kemenangan, jika Pakatan Rakyat (PR) kalah, (jentera PRU Pas) tak buat kerja sungguh-sungguh, bila depa (Barisan Nasional) perintah depa ghonyeh (rosakkan) balik (pentadbiran Negeri Kedah)," katanya.

Walaupun waktu sudah 11.30 malam, namun semangat penyokong dan jentera PRU Pas Negeri Kedah tidak luntur malah semakin berkobar-kobar tatkala Salahuddin membacakan amanat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
-SH


Ulasan GB

Bukti perhimpunan sambutan ke 66 UMNO di Bukit Jalil gagal.

Jika berjaya, Najib pasti teruja dan dan telah menghadap Agong untu mohon perkenan pembubaran parlimen.

Belum lagi.... takut sebab beliau lihat yang datang budak-budak yang belum boleh mengundi...





10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukan cabut... lah
nak pergi clear nama kes kapal selam daa..
bawa masuk duit sama daa...
nak dapat surport dari media international daa...
nak suruh dapat pujian daaaa.

Tanpa Nama berkata...

demokrasi kita masih ketingalan dari negara lain.sebab itu kita dlm kelompok negara dunia ke3,thailand,indonesia,brunei dan singapora meninggalkan kita jauh,di thailand,setahun sebelum piliharaya,dah diumum tarikh pilihan raya..platform debat sana-sini,media bebas,PM tak berani salah guna kuasa sebab mahkamah terlalu bebas mendakwa,tetera berkecuali,,tiada pengaruh politik dan yang paling penting ekonomi dithailand berkembang mengatasi mesia,pelabur yakin.di malaysia,kelihatan demokrasi kita tempang dan tak matang.dominasi umno memerintah yang terlampau lama-lama,mengatasi regim gadafi-sadam-hosni,, menyebbakan banyak salahguna kuasa,hak awam,media berat sebelah dan yang paling penting,kebanyakan menteri bukan dari mereka yang layak dilantik menteri...sebab?sebabnya ada menteri yg sanggup mengeluarkan kata2 sebodoh ini 'debat bukan budaya kita',,,,dlm demokarsi, debat adalah ranting dari cabang politik,,mahukah kita diperlakukan seperti bola oleh pemimpin yang flip-flop dlm keputusannya..jemu menanti tarikh pilihanraya!jemu dan bosan dgn pm seperti ni!

Unknown berkata...

hehe! pilihanra ya tahun depan kot!
http://wasukalu.blogspot.com/2012/05/pru13-tak-mungkin-tahun-ini.html

Tanpa Nama berkata...

KITA SEDANG MELIHAT ADAKAH PEMIMPIN U/BN @ PM ni sedang mempermainkan sentimen rakyat TENTANG TARIKH PRU13....

Tanpa Nama berkata...

Heran betula..kajian survey dan TV semua kata BN akan menang balik..so apa yg takut sgt nak bubar..UMNO kan gerenti menang kan..so apa pulak nak takut ni!!Dulu tak macam ni pun!!

Tanpa Nama berkata...

dulu lain .. sekarang lain..
dulu kalau kalah OK no problem ... sekarang kalau kalah masuk jail

Tanpa Nama berkata...

mau tak takut dulu kalau kalah biasa je... sekarang kalah masok jail beb.. mampus lor
tu lah nak makan lagi hasil rasuah ... menipu sepanjang tahun

Tanpa Nama berkata...

Tu waran tangkap dah keluar ke belum...

Tanpa Nama berkata...

himpunan upahan UMNO????

Tanpa Nama berkata...

Mungkin ramai yang terlupa..NAJIB JD PM KAN ATAS KEMENANGAN PAK LAH..MANDAT RAKYAT PADA PAK LAH YANG DISERAHKAN PADA DIA..SILAP-SILAP HARIBULAN MALAYSIA PRU13 DI AKHIR GARISANNYA **APRIL 2013*** masa tu dh tak leh nak mengelak..iya tak??