15 Mei 2012

Inilah Sebabnya Mengapa Parlimen Tidak Dibubarkan Sekarang!

56 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Pilihan Raya Di Selangor

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk wan Ahmad Wan Omar berkata, penubuhan pasukan berkenaan bagi memastikan parti politik yang bertanding mematuhi peraturan pilihan raya.

Bagaimanapun katanya jumlah pasukan bagi setiap negeri seluruh negara kecuali di Sarawak bergantung kepada keperluan dan situasi politik.

"Tidak semua kawasan di seluruh negara kita tubuh PPKPR ikut DUN, ada negeri yang tak perlu ikut DUN sebaliknya hanya ikut kawasan Parlimen.

"Selangor ada negeri kedua yang kita tubuhkan pasukan ini selepas Pahang. Di Pahang kita tubuh mengikut kawasan Parlimen dengan pertambahan lapan pasukan.

"SPR akan lihat secara terpeinci daripada pelbagai sudut dan kepentingan, negeri mana yang akan kita lantik PPKPR ikut jumlah DUN," katanya pada sidang media selepas taklimat penubuhan PPKPR Selangor di sini, Isnin.

Mengulas lanjut Wan Ahmad berkata, keperluan pasukan PPKPR ditubuh bagi setiap DUN di Selangor berdasarkan ramalan ketegangan yang bakal berlaku di negeri itu.

"Ia terpulang kepada maklum balas Pegawai Pengurus pilihan raya. Tahap ketegangan itu ada, sebagai contoh di Selangor, parti kerajaan negeri sekarang ini nak pertahankan negeri ini daripada jatuh ke tangan BN (Barisan Nasional).

"BN pula sebagai parti Kerajaan Pusat akan melakukan sedaya mungkin untuk ambil alih Selangor, jadi bayangkan bagaimana permainan politik dan usaha parti-parti untuk menarik perhatian pengundi.

"Inilah betapa pentingnya peranan pasukan penguat kuasa kempen untuk pastikan mereka yang berkempen patuhi undang-undang," katanya.

Tambah beliau setiap pasukan tersebut akan diketuai oleh seorang pegawai SPR bersama seorang pegawai polis berpangkat inspektor dan ke atas, pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) serta wakil setiap calon yang bertanding.

Wan Ahmad berkata beliau menjangkakan urusan penubuhan PPKPR dijangka siap di seluruh negara pertengahan Jun ini.

Mengulas sama ada SPR bersedia mengadakan pilihan raya sekiranya Parlimen di bubarkan pada bulan ini, Wan Ahmad berkata: "Kita sempat nak buat persediaan. SPR rancang dah lama dengan pelbagai program taklimat...semua tengah buat.

"SPR buat perancangan ikut jadual. Tapi kalau Parlimen dibubarkan secara tak diduga, SPR tak boleh kata kami tak siap.

"Namun mengikut undang-undang SPR diberi kuasa 60 hari untuk tetapkan tarikh mengundi," katanya.

Ulasan GB

Pertama: Ramainya pasukan penguatkuasa pantau pilihanraya di negeri Selangor. Apakah sebenarnya tujuan diwujudkan pasukan ini? Mengapa begitu banyak untuk negeri Selangor?

Apakah ia sebenarnya untuk memberi escort khas kepada warga asing supaya tidak diganggu dan dikesani oleh rakyat nanti sewaktu mengundi sepertimana kes sebelum ini gerombolan bas membawa PATI untuk mendapatkan mykad tetapi dikatanya untuk menghadiri kursus keusahawanan?

Sepastinya kesemua ini sudah dirancang oleh Task Force yang didedahkan sebelum ini.

Kedua: Sekarang GB sudah tahu mengapa Najib tidak menghadap Yang Dipertuan Agong bagi membubarkan parlimen sepertimana yang ramai meramalkannya.

Ini adalah kerana Najib mahu Selangor mengadakan pilihanraya serentak dan tidak berasingan. Kenyataan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini menyatakan Selangor tidak akan membubarkan Dun sebelum Jun 2012 kerana hanya selepas bulan tersebut Bajet Selangor 2012 akan mulai dirasai rakyat negeri.

Khalid beberapa kenyataan seolah-olah beliau bersedia mengadakan pilihan raya serentak sekiranya Parlimen dibubarkan pada Jun 2012 dan seterusnya.

Dan ini memberikan ruang kepada Najib untuk menstrategikan pembubaran parlimen mengikut kehendak Tan Sri Khalid iaitu pada atau selepas Jun 2012, supaya pilihanraya Selangor dapat diserentakkan dengan dengan negeri-negeri lain bagi mempastikan agendanya untuk merampas Selangor boleh menjadi kenyataan!

Dengar sini, GB ingin mengingatkan pihak-pihak yang terlibat, bahawa Allah sudah berfirman:


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



7 ulasan:

Unknown berkata...

Selagi malaun ni ada kat SPR selagi itu peraturan demi peraturan yang menguntungkan BN akan tercipta.

Humbankan malaun ni dulu sebelum PRU13!

Amuraria berkata...

BARUA PARTI SEKUTU APCO SUDAH MULA DENGAN KELICIKKAN MEMUTAR & MENYELEWENG FAKTA KEADAAN SEBENAR !

Osama berkata...

Apa kata kita berdemo pulak depan Pejabat SPR@ Suruhanjaya Penipu Rakyat. Minta & desak Pengerusi & Timbalanya meletak jawatan!
Hamlau & Malaun 2 ekoq memang ahli UMNO maka jelaslah mereka ni memang spesis Umat Melayu Naif Otak nya!
Dah le buta kayu, pekak badak pulak tu!
PPKPR ni tak perlu pulak bawak ke Parlimen eak?

Apa pun jom kita hadiri himpunan raksasa PAS di Alor Setar pd 1 Jun 2012 nanti!
Kita beramai2 solat hajat berjamaah, bermunajat & mengaminkan doa2 utk membalik2kan hati & menjulingkan mata mereka2 pengampu Umat Melayu Naif Otak &
Be End, perosak agama, pembelot bangsa & penipu, yg mana ketika mengundi nanti agar mereka terpandang2 & terpaut lantas memangkah parti PAS, Keadilan juga DAP & memenangkan PR!
Ada bran.... turun ramai2?

Kita lihat nanti pertembungan jentera DS Najib bersama2 Umat Melayu Naif Otak VS tentera Allah semasa PRU 13 nanti.

Tanpa Nama berkata...

pasukan pantau ke.... atau pasukan pant*t...??

inilah pasukan yg akan mengiringi semua warga asing utk mengundi....

ni kerja kotor dlm pilihanraya... dah lama ada tapi banyak org tak sedar...

apapun... kita berdoa siang dan malam agar kerja jahat yg cuba dirancang oleh setan2 yg membantu BN tak kesampaian...

Tanpa Nama berkata...

Ratusan ribu rakyat marhaen sudahpun luwahkan protes terhadap kecurangan 2 ekor balaci umNO yang mengemudi SPR ini dalam himpunan BERSIH3.0, 28/4. Parti PAS dan PR umumnya sudah menuntut keldai 2 ekor ini meletakkan jawatan dalam tempoh 30 hari! Sekirenye sehingge tanggal 27 Mei nanti tiyade sekelumit respon daripada deduwe pengkhiyanat bangse dan negare ini, itulah masenye pimpinan PR menetapkan tarikh seterusnye melancarkan himpunan BERSIH 4.0!!

Tanpa Nama berkata...

Kena doa banyak2 kita semua nih
minta Allah kalahkan pemfitnah dan penjahat daripada menjadi pemimpin kita. HANYA kuasa Allah saja yang boleh mengalahkan tipu daya manusia.

Kenapa la negara majoriti islam semuanya memerentah mengalahkan kaum kafir? Tengok aje kat negara arab macam mesir dengan mubarak, tunesia degan ben ali, syria dengan assad, libya dgn gadafi, malaysia dengan najib, dlll... rasuah, tentera, polis mengalahkan gestapo... macam tak ada iman SEDANGKAN DALAM ISLAM SABAR ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN!

Tengok polis yang pukul orang2 tua, muda, budak2, perempuan tuh majoritinya islam. Kalo dah pukul orang macam anjing, mana letak kesabaran mereka? mana iman mereka? kat kepala lutut? atau kat bont**??

Tiap2 hari pulak mereka memfitnah sesama islam, sampaikan TGNA pun boleh dituduh bapa kafir! Agaknya ulama umno tuh dah jadikan najib sebagai khalifah islam kot? Ulama umno yang menghalalkan bini tak tutup aurat? atau memang aurat islam umno tuh tak termasuk rambut? tuh pasal majoriti bini pemimpian dan pemimpin perempaun tak pakai tudung? mana ulama muda umno? Kecut telo?

Adakah itu dinamakan Islam ala umno?

Tanpa Nama berkata...

Tak perlu pasukan pemantau kerana akan menambahkan perbelanjaan lagi. (Duit rakyat lagi). SPR telus dan bersih habis cerita.