10 Mei 2012

Dalang Penculik Nayati Sudah Terbang Ke Eropah

Dalang disebalik insiden penculikan kanak-kanak berusia 12 tahun Nayati Shamelin Moodliar dipercayai telah melarikan diri ke luar negara sebaik sahaja kanak-kanak itu dibebaskan minggu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin berkata polis sedang meminta bantuan Interpol bagi mengesan lelaki terbabit.

Beliau hari ini mengesahkan lima suspek — empat lelaki, seorang wanita — setakat ini telah ditahan bagi menyiasat kes berkenaan.

Kesemua suspek ditahan dalam operasi berasingan di Perak dan Selangor antara Ahad hingga awal hari ini.

Turut difahamkan pihak polis turut berjaya menemui lebih dari RM100,000, dipercayai sebahagian daripada wang tebusan yang dibayar keluarga Nayati kepada penculik terbabit.

Jumlah sebenar wang tebusan bagaimanapun masih tidak didedahkan.

Pasukan khas dari Bukit Aman turut merampas satu laptop dan telefon bimbit yang digunakan penjenayah untuk berhubung dengan keluarga Nayati bagi berunding berkenaan tebusan kanak-kanak Belanda ini.

Nayati diculik ketika sedang berjalan seorang diri berhampiran sekolahnya di Mont Kiara International School.

Dia dibebaskan Khamis lalu di Hentian Rehat dan Rawat Sungai Buloh selepas keluarganya membayar wang tebusan.

Kes ini telah mendapat perhatian umum dengan poster kanak-kanak terbabit diedarkan di sepanjang jalan.

Nayati dikatakan telah ditarik dua lelaki ke dalam sebuah kereta bewarna hitam tidak jauh dari sekolahnya.

Penculik berkenaan juga dipercayai berhubung dengan keluarga nayati untuk membincangkan berkenaan wang tebusan menggunakan laman sosial Facebook.

3 ulasan:

zairil berkata...

Banyak lagi dalang-dalang yang akan terbang ke Eropah....!

Tanpa Nama berkata...

SIBUK MENCARI PESALAH BERSIH 3.0...
TIDAK MEMUDARATKAN NEGARA...

Tanpa Nama berkata...

bukti polis malaysia memang sangattttttt bagus! Hanya pandai pukul dan cari peserta besih aje! tapi bab tangkap penjenayah hancussssss... tah2 samseng tuh tgh sedap menoron kat oversea kan! Itulah lain kali jgn sibuk pukul orang2 tua, budak2 dan perempuan yang TAK ADA SENJATA aje! Gaji dah naik tapi masih nak keja mudah aje! Apa punya manusia laaaa

cacian tuh dituju hanya kepada polis yang tak beriman atau kurang beriman saje. polis yang lebih takut kepada Allah daripada takut kepada ketua polis / hishamudin aku tetap TABEK !