6 Mei 2012

Akibat Keganasan Polis Semasa BERSIH 3.0, Rating Najib Jatuh Balik

Bersih 3.0: PRU13 mungkin dianjak lagi

SEMUA dugaan mengira PRU13 akan berlangsung dalam masa sebulan setengah ini - antara Mei dan Jun jika dilihat tandanya begitu banyak.

Report antarabangsa menyebut rating Najib untuk memenanginya begitu tinggi dibandingkan dengan masa sebelumnya, lalu bendera Dacing mula dipasang di sana sini.

Tetapi agensi berita antarabangsa mendapati rating Najib jatuh balik berikut dengan reaksi kerajaan dan polis terhadap unjuk rasa Bersih 3.0 Duduk Bantah yang mendapat sokongan rakyat luar biasa pada petang 28 April lalu.

Orang yang membanjiri Kuala Lumpur dari seluruh Semenanjung menggerhanakan kehadirian jelajah Najib ke seluruh negara menjelang Bersih 3.0 itu.

Bagi meningkat rangsangan rakyat terhadap PRU13 Najib berkunjungan ke semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak dan diikuti dengan lawatan di banyak daerah. Semuanya mendapat sambutan besar. Rating Najib dirasakan naik mendadak.

Tetapi lautan manusia datang sendiri ke Bersih 3.0 Duduk Bantah itu mengatasi jumlah semua sambutan yang terhadap Najib di seluruh negara beberapa bulan itu.

Sekalian yang hadir menyambut Najib itu selain dari diangkut percuma, masing-masing mendapat habuan. Mereka tidak pulang dengan tangan kosong. Tetapi yang ke Bersih 3.0 datang dengan duit dan kenderaan sendiri.

Perdana Menteri Najib diketahui seorang yang penakut. Melihat sambutan Bersih 3.0 yang luar biasa itu mengecutkan perutnya, menyebabkan dia rasa gerun dan kalah sebelum pilihan raya diadakan.

Komennya terhadap kempen himpunan Duduk Bantah itu, kerajaan tidak menghalang demonstrasi itu, tetapi Dataran Merdeka pasang pagar berduri, semua jalan Dataran Merdeka ditutup. Reaksi DBKL dan polis tidak sama dengan komen lidah Najib tak bertulang.

Dan apabila bantahan aman itu terganggu dengan aksi memancutkan segala senjata cecairnya kepada penunjuk perasaan dan berlaku kejadian kejar dan pukul memukul oleh polis serta ada pula tindak balas sukarelawan demonstran, menyebabkan darah tumpah. Ada polis dan penunjuk rasa yang dihospitalkan.

Sekali gus kebijaksanaan kerajaan dan polis dibicarakan oleh rakyat. Najib menyalah kemalangan itu kepada penganjur tetapi antara yang terpukul itu adalah wartawan. Dia dirawat di hospital kerana paluan polis. Najib dan menteri mengunjungi wadnya bagi menyatakan, ‘Sorry!’

Najib tidak akan berjaya menyalahkan pembangkang atas semua insiden. Tetapi rakyat bebas membicarakan Najib, UMNO dan BN di jalan-jalan dan warung-warung. Semua tempat itu menjadi mahkamah rakyat. Hakimnya adalah sekalian pengundi.

Bantahan itu ada tuntutannya. Lapan tuntutan Bersih 2.0 tidak dipenuhi sekali Najib menubuhkan jawatankuasa parlimen tentang pilihanraya. Satu apa hasil pun tidak ada. Jawatankuasa itu jadi sia-sia. Bersih 3.0 menuntut tuntutan Bersih 2.0 dilaksanakan. Jika tidak dipenuhi sudah ada rentang menunggu Bersih 4.0.

Semua perkembangan itu menyebabkan Najib menanggung risiko pilihan raya sebulan lagi. Sekencang manapun TV memburukkan pembangkang tetapi buruk untuk Najib dan BN menunggu.

Tambah berat lagi DUN Selangor tidak dibubarkan Mei dan Jun ini sebab daftar pengundi tidak dibersihkan. Pilihan raya Parlimen saja ada di Selangor. Selagi tuntutan kerajaan Selangor tidak dipenuhi DUN hanya menunggu bubar sendiri.

Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang menunggu sama ada membubarkan DUN masing-masing dengan daftar undi yang kotor itu. Menyertai piliharaya yang begitu kotor bererti menyerahkan batang leher untuk disembelih.

Apa pun polis sudah menyusahkan Najib dan DBKL membantu memburukkan Najib dengan tindakannya. DBKL tidak menanggung apa-apa dengan memagar Dataran Merdeka, tetapi Najib terpaksa membayarnya. Polis tidak masuk pilihan raya. Yang masuk UMNO dan Najib.

Kesan 28 April yang ada perbalahan antara demonstaran dan polis menyebabkan belum tentu Parlimen bubar antara Mei dan Jun. Jika ditunda, masa baru ialah September. Bacaan dunia tentang hati Najib ialah pilihan raya ditunda lagi. Ia hanya ada Mei dan Jun ini kerana Najib mahu tunjukkan andaian dunia semua tidak betul. -Subky Latif /HD

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Buat Persediaan.... PRU ke 13 - 3/6/2012 disahkan...

Tanpa Nama berkata...

Actually Najib boleh melonjakkan namanya dengan unjukrasa dudukbantah Bersih 3...sekiranya dia benarkan duduk bantah tu di adakan di DM.Najib kurang cerdik.Dia tak tahu nak maintain popularitinya. Dia tak rugi kalau dia benarkan perhimpunan diadakan di DM. Lepas tu media2 pencacai letronik dan cetak boleh pukul cacang ke seluruh pelusuk Mesia ..... "PM telus...PM prihatin kehendak rakyat....PM adil.....PM bertimbangrasa.....PM disenangi rakyat"..PM....PM.....PM......PM bla..bla...blahhhhhh. Sungguh tak cerdik PM Mesia nie

Tanpa Nama berkata...

siapa kata ranking najib naik.
selama2nya sentiasa turun.
kini jatuh menjunam, merudum.
revolusi perancis sudah berlalu.
revolusi malaysia sudah bermula.
najib & lembu2nya sudah gelabah.
"i say man, what can i do,"
kata aman belon.

Tanpa Nama berkata...

TERIMA KASIH kepada PDRM yang membuat provokasi, bertindak ganas terhadap peserta himpunan BERSIH 3 yang lalu, kerana dengan tindakkan mereka itu semakin bertambah orang kampung saya bencikan umno, Kemarahan yang paling memuncak kerana umno daftar pendatang asing jadi warganegara segera di malaysia. TERIMA KASIH PDRM sekali lagi.