18 Apr 2012

Syed Sobri Telah Muflis Sejak Tahun 2010 Lagi

Muflis: Syed Sobri akur keputusan Speaker

ALOR SETAR - Datuk Syed Sobri Syed Hashim akur dengan keputusan Speaker Dun Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail yang mengarahkan beliau tidak hadir Sidang Dunberiktuan status hilang kelayakan sebagai Adun Kuala Nerang.

Katanya, beliau menghormati keputusan Abd Isa yang hanya menjalankan tugasnya sebagai Speaker Dun Kedah.

“Saya akur keputusan beliau, itu tugas beliau. Berhubung isu kerusi Kuala Nerang, saya serahkan pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk putuskan,” katanya.

Syed Sobri berkata, buat masa ini beliau sedang berusaha untuk membebaskan dirinya daripada status muflis menerusi proses perundangan.

“Saya sudah memfailkan injunksi untuk ketepikan perintah muflis sebelum ini pada Jumaat lalu. Saya masih menunggu tarikh pendengaran kes itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dijangka dibuat sehari dua lagi,” katanya.

Menurutnya, beliau dan peguam sedang berbincang supaya mahkamah dapat memberi tempoh kepadanya selama enam bulan bagi melangsaikan lebihan hutang tertunggak.

“Saya harap kes ini dapat diselesaikan dalam minggu ini juga.

“Saya benar-benar berharap keputusan berpihak pada saya supaya keputusan kes ini kelak dapat ketepikan keputusan terdahulu. Saya anggap keputusan belum muktamad kerana saya sedang berusaha bebaskan diri daripada status muflis,” katanya.

Syed Sobri berkata, beliau kini sedang berusaha untuk melunaskan separuh daripada hutang RM8 juta manakala baki RM4 juta lagi akan diuruskan kemudian.

Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap itu berikrar akan terus berikhtiar membayar hutang walau dengan apa cara sekalipun.

Hutang itu adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang dibuat pada 1998 bagi membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn. Bhd. disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada ketika itu.

“Saya akan usahakan untuk membayar balik hutang demi untuk bebaskan diri daripada status muflis. Selepas itu bolehlah saya teruskan khidmat sebagai wakil rakyat sehingga keputusan rasmi daripada SPR,” katanya. -SH

Muflis: Speaker sah Syed Sobri hilang kerusi Adun

ALOR SETAR - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail mengesahkan Adun Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran laporan Jabatan Insolvensi membuktikan beliau sudah muflis sejak 7 April 2010.

Katanya, berdasarkan laporan rasmi itu, secara automatik Syed Sobri tidak boleh hadir Sidang Dun Kedah, bermula hari ini.

“Saya sudah maklumkan pada beliau melalui surat rasmi yang dihantar Ahad lalu bahawa beliau tidak boleh hadir sidang Dun sebab sudah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Insolvensi minggu lalu dan daripada laparon itu, Syed Sobri sudah pun diisytiharkan muflis sejak 2010.

Mengulas mengenai kekosongan kerusi Dun Kuala Nerang sejurus pengesahan itu, Dr Abd Isa berkata, ia perlu diisytiharkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Sama ada kerusi Kuala Nerang perlu dikosongkan atau sebaliknya, bukan bawah bidang kuasa saya. Itu hak SPR untuk umumkan. Saya bercadang menghantar salinan dokumen berkaitan kepada SPR hari ini (semalam),” katanya.
-SH 16/4/2012



Ulasan GB

Memang dasar penipu. Sepatutnya SPR sudahlama mengisytiharkan kekosongan kerusi Kuala Nerang apabila mahkamah memutuskan ADUN berkenaan muflis sejak 7 April 2010.

Tetapi kemudian digembar gemburkan BERITA PALSU kononnya ADUN Kuala Nerang itu tidak muflis dengan bantuan dari agensi berita BERNAMA sehingga rakyat Kedah akhirnya ditipu UMNO/SPR lebih 2 tahun.

Dakwaan Adun Kuala Nerang Muflis Tidak Benar

ALOR SETAR: Dakwaan bahawa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim diisytihar muflis seperti dilaporkan oleh portal berita, Malaysian Insider baru-baru ini adalah tidak benar.

Pegawai Khas Adun itu Sobri Sudin berkata isu itu sengaja direka oleh parti pembangkang dan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan Syed Sobri dan sekaligus mahu mengambil alih kerusi Adun itu melalui pilihan raya kecil.

Katanya Syed Sobri juga tidak menghadiri prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 15 Okt lalu seperti yang disiarkan oleh Malaysia Insider dan laporan bahawa mahkamah itu mengisytiharkan muflis ke atas Adun itu juga tidak benar.

“Soal pembayaran hutang syarikatnya masih dilakukan oleh Syed Sobri bermula 2002 hingga sekarang.

“Saya kira ada pihak yang sengaja hendak menjatuhkan beliau dan mahu mengambil kerusi Adun daripada beliau, ” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, Jumaat.

Rabu lalu, laporan Malaysian Insider menyatakan Syed Sobri diisytihar muflis minggu lalu ekoran syarikatnya gagal membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sekaligus membuka ruang kepada pilihan raya kecil.

Sobri berkata isu itu sengaja dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi menjatuhkan Syed Sobri pada Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung.

“Ada laporan yang menyatakan Syed Sobri dihalang masuk bagi menyertai perhimpunan Agung Umno yang berlangsung semalam ekoran status beliau yang muflis juga tidak benar.

“Ini kerana beliau turut serta dalam perhimpunan itu dan mendengar ucapan perasmian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Beliau berharap tiada lagi pihak-pihak yang membuat kenyataan yang tidak berasas sehingga boleh menjatuhkan imej Adun Kuala Nerang itu.
- BERNAMA 22/10/2010


Sepatutnya kerusi itu telah disytiharkan kosong dan pilihanraya kecil telah lama dipanggil oleh SPR untuk DUN Kuala Nerang. TETAPI lantaran sikap SPR yang senget sebelah dan sikap media Luncai yang mengampu UMNO/BN, pilihanraya kecil Kuala Nerang tidak menjadi kenyataan sehinggalah PRU13 sudah pun di ambang mata.

Namun Hukum Kebenaran dan Keadilan tidak boleh ditutup. Allah tidak boleh ditipu. Akhirnya kebenaran terdedah juga. ADUN itu tetap muflis sekalipun SPR / UMNO /BN telah menipu rakyat Kedah khususnya dan Malaysia amnya.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul kata GB spr ni betul2 macai umbn..

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya minta beliau serah balik gaji dan elaun ADUN yang diterima bermula tarikh diisytihar muflis April 2010.

Tanpa Nama berkata...

x taw nak kata pa..
yg pasti tipah tertipu bang oiii..

anak konerang.

Tanpa Nama berkata...

Dah tau muflis tapi spr dan UMNOBN buat macam tak tahu aje ..... cuba kalau ianya berlaku kpd pihak pembangkang , sampai ke lubang cacing dicanangkannya dan cepat2 spr isytiharkan PRK Kuala Nerang. Macamana rasanya makan gaji + elaun yang terang2 sememangnya tidak layak diterima??????????

Tanpa Nama berkata...

Kalu mcm tu dia makan duit gaji haram, tanggung makan anak bini lagi...siapa yang tanggung dosa SPR ke dia?....memang haram jadah..

Tanpa Nama berkata...

SPR! Demi duit dan habuan dunia, ko tanggung la dosa. Duit yang kau dan anakbini kau cekik tu, kamu dan keturunan kamu akan dilaknat oleh Allah

Tanpa Nama berkata...

xpe..hang kat donia ni lps laa... kat sana esok2, hang tau laa... tobat tak tobat, duit hang dpt gaji tu duit rakyat..lg hang x minta rakyat halaikan, hang jgn hrp bole lps.. setiap daging yg tumbuh dr rezeki haram akan kena bakaq dgn api neraka.. hang njoy dulu Sobri oii.. hang ingat hang tak mati? brapa umuq hang la ni? x brapa hari sj lg.. tunggu la insyaAllah kena bbq dulu dlm kubuq..

Tanpa Nama berkata...

Kes Bekas MB Kedah yg juga bekas Gabenor Negeri Melaka MERAMPAS tanah orang kampung Padang Sanai berpuluh relung langsung depa tak sebut

....kasi kat Perbadanan buat ladang tebu..lepaih tu depa jual kat syarikat ladang terbesar...
klu tak rampas pasai apa kaki/copy gran tanah ada pada orang kampung..nak pi buak kosa tak boleh ..kerana tanah tu dah dijual...

ada orang kampung saman (tempat lain) ..orang kampung menang .. orang kampung kata " Undang-undang yang betul tak kira siapa ..termasuk PEMBESAQ-PEMBESAQ..Tahniah orang kampung..mak cik je...

di Kelantan depa guna ORANG ASAL ...luar pula ...kata Kerajaan PAS Kelantan merampas tanah orang asal...

http://adukataruna.blogspot.com/2012/04/pekerja-indonesia-berlakon-orang-asal.html

kes ADUN Kuala Nerang ni..sebagai langkah nak Tutup depa punya...kes Tuntutan Tuan Tanah pasai depa kena bayaq...pasai tu depa diamkan lama..

lagipun SET POL PM (org Kuala Nerang) dah atoq dah listing calun BN /UMNO boleh menang seluruh Malaysia..depa tak tologlah ADUN Kuala Nerang nih....