18 Apr 2012

Passport Salleh Dikembalikan: NFC Masih Beroperasi Dedah Tender Hanya Wayang UMNO

Pasport dipulangkan, NFC masih beroperasi?

KUALA LUMPUR, 17 April: PKR hari ini sekali lagi mempersoal tindakan kerajaan membenarkan National Feedlot Corporation (NFC) meneruskan perniagaan walaupun dimaklumkan projek akan ditender semula serta akaunnya dibekukan.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau merujuk kepada kebenaran kepada Pengerusi NFC Datuk Sri Dr Mohamad Salleh Ismail untuk ke Singapura dan Kazakhstan masing-masing 23 April dan 5 Mei ini.

"Mengapa beliau dibenar ke Singapura dan Kazakhstan bagi tujuan lawatan perniagaan seolah-olah operasi perniagaan berjalan seperti biasa?

"Dan mengapa meneruskan kerjasama dan pembukaan ladang di Kazakhstan sedangkan sasaran projek ini adalah bagi mengurangkan kebergantungan daging import," soal Zuraida.

Mahkamah Tinggi sebelum ini membenarkan Mohammad Salleh untuk menggunakan pasport beliau bagi tujuan perjalanan perniagaan dan mengarahkan ianya dipulangkan semula kepada mahkamah pada 16 Mei 2012.

Laporan akhbar The Star dan News Straits Time pada 14 April lalu melaporkan Mohamad Saleh perlu keluar negara bagi urusan perniagaan NFC.

Beliau akan berada di Singapura dari 23 hingga 26 April bagi memastikan perjalanan perniagaan di negara itu lancar.

Lawatan ke Kazakhstan pula akan diadakan pada 5 hingga 11 Mei bagi tujuan pembukaan ladang baru.

Manakala pada 11 hingga 15 Mei pula Mohammad Salleh didakwa mahu melawat anak perempuannya, Wan Izzana Fatimah Zabedah yang belajar di London.

Pada 27 Mac lalu, Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa projek NFC akan ditender semula dan akaun syarikat dibekukan sementara bagi membolehkan siasatan dijalankan.

"Saya mendesak agar Perdana Menteri dan Menteri Pertanian bertanggungjawab kepada persoalan-persoalan ini.

"Walaupun kes ini masih dalam siasatan pihak mahkamah namun kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan kes penyelewengan dana awam ini diselesaikan dengan adil dan bijaksana, bukan seperti melepaskan batuk ditangga," kata Zuraida. -HD

Kerajaan buka tender ambil alih projek pusat Fidlot Nasional

KUALA LUMPUR -- Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta memastikan projek
itu diteruskan.

"Kita telah melantik juruaudit bebas kerana kita serius (untuk teruskan projek ini). Kita juga dalam proses kedua iaitu membuka tender projek untuk diteruskan oleh mana-mana syarikat yang berminat," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Isu NFC berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging.
-- Bernama


Ulasan GB

Benarlah apa yang GB suarakan dahulu bahawa "betul-betul rakyat pula cuba diperlembukan" dengan pengeluaran tender NFC.

Ia hanya "wayang" UMNO/BN menjelang PRU13.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





2 ulasan:

Amuraria berkata...

SATU MALAYSIA DI'LEMBU'KAN HAHAHA ,UNDI LAGI SEKUTU APCO!

Awanama berkata...

JALANRAYA ADALAH MAHKAMAH RAKYAT.