9 Apr 2012

Susu Kangkang - Apakah Harga Susu Terlalu Mahal Sehingga Ada Yang Terpaksa Mencuri?

Sorok tin susu celah kangkang

KANGAR: Kumpulan wanita berjubah yang aktif mencuri susu di pasar raya di beberapa lokasi seluruh negara muncul di bandar ini dengan taktik lebih agresif sebelum dicekup polis selepas perbuatan mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam kejadian di sebuah pasar raya di Jalan Kaki Bukit, di sini, Khamis lalu, lima wanita terbabit dikesan mencuri puluhan susu tepung berjenama yang bernilai kira-kira RM10,000 dengan cara menyorokkan barangan itu di celah kangkang mereka.

Melalui rakaman CCTV, mereka yang bertudung labuh, berbaju kurung dan berjubah dilihat keluar masuk premis pasar raya itu sebanyak empat kali dan dengan selamba menyorokkan tin serta kotak susu yang dicuri di dalam pakaian masing-masing.

Pihak pengurusan pasar raya yang menyedari perbuatan itu selepas melihat rakaman CCTV terus membuat laporan polis.

Siasatan polis kemudian mendapati lima wanita terbabit turut dibantu enam lelaki dan polis menahan enam daripada mereka termasuk dua wanita di Klang, Selangor dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu. -hm

BONGKAR...rakaman CCTV menunjukkan aksi dua suspek.


Ulasan GB

GB ingin melihat isu ini dari perspektif yang berbeza sedikit.

Mengapa kini kerap berlaku adegan mencuri susu di beberapa tempat?

Sebelum ini ada dilaporkan Hamil Bukan Sebarang Hamil, Wanita 'Hamil' Tin Susu dan kisah Seorang Ibu Muda Terpaksa Curi Susu Demi Anak

Dan ada kisah seorang Bapa Samun RM20 Beli Susu Anak Dipenjara 3 Tahun seperti dilampirkan di bawah.

Apakah faktor sebenar yang mendorong kejadian tersebut berlaku?

Apakah kerana harga susu yang begitu tinggi menyebabkan rakyat tersepit dan terpaksa "mencuri" tanpa takut dengan risiko yang bakal dihadapi?

Jika apa yang GB katakan itu benar, maka akan ada lagi kes curi susu selepas ini.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



7 ulasan:

Awanama berkata...

Ye harga susu terutama untuk bayi mmg mahal.... Kesian pada mereka yg berpendapatan rendah silap2 susu pekat manis dibancuh untuk mengisi susu anak.. Ibuayah akan buat apa sahaja untuk anak mgkin anak tu kelaparan duit da x ada... Pemimpin taktahu masalah2 ini wpun nampak kecil.

Awanama berkata...

apa yg gb katakan itu ada kebenarannya.
jika mencuri susu secara solo mungkin pencuri tersebut samada ayah atau ibu kesempitan wang utk membeli susu formula yg melambung tinggi.
tetapi jika berkumpulan atau ada sendikit, sy kira ia seolah2 menangguk diair keruh. maksudnya mereka menjual susu curi kerana pulangannya sgt lumayan.
sekadar pandangan.

Awanama berkata...

memang harga susu sekarang mahal, kesian kat orang2 yang tak berapa mampu, dengan pelbagai tanggungan lagi nak2 anak2 yang dah bersekolah. Memang selalunya rakyat marhaen la jadi mangsa, orang2 atas kebanyakknya mana tau semua tu, dah dari kecik mewah jer semua ditanggung rakyat. Yna duk gembar-gembut pemimpin berjiwa rakyat tang mana pun tak tau la

Awanama berkata...

hassan ali jalur tiga kena ambik perhatian. sebab susu, akidah tergelincir. hassan kena perjuangkan harga susu. hehehe

Awanama berkata...

Tu laa.. Lain kali kalo nak jadi pencuri.. Belajar pandai kelentong skit lepas jadi ahli politik.. Untung2 jadi menteri.. Boleh ler menyamun tanpa batas.. Ni curi susu kena 3 tahun.. Depa curi berbilion.. Tak caya tanya mamak kutil tu.. Berapa banyak dia dan anak dia sapu.. Lagi disanjungi.. Bahkan terus megah berkata2.. Akulah bapa permodenan malaysia.. Haha3..

Awanama berkata...

1.Susu ada jenama,ada kualiti harga mahal
2.Susu 1Malaysia,takda kualiti harga murah maybe beracun
3.oh BE END,rakyat juga yang sengsara....

Awanama berkata...

Memang pun, bukan harga susu jer melambung tapi lampin dan segala untuk bayi mahal, termasuk kos beranak di hospital swasta..doktor gaji sampai rm100k sebulan...Mewah dengan perderitaan org lain...