24 Dis 2011

Bapa Samun RM20 Beli Susu Anak Dipenjara 3 Tahun, Khir Toyo Cuma 1 Tahun

Saya terdesak samun untuk beli susu anak

KUALA TERENGGANU- “Saya langsung tidak ada niat hendak menyamun mangsa tetapi saya benar-benar dalam situasi terdesak memerlukan wang untuk membeli susu kepada anak kembar yang baru berusia setahun,” demikian jelas tertuduh, Mohd Hishanudin Abdullah, 32, ketika menjawab pertanyaan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin yang ingin mengetahui sebab mendorong dia melakukan jenayah tersebut.

Bapa kepada tiga anak itu turut mengakui semasa kejadian, dia yang berada dalam dunianya sendiri berikutan penangan najis dadah yang diambilnya sebelum itu juga mendorong dia bertindak sedemikian rupa dan sanggup memeras ugut mangsa hanya kerana inginkan RM20.

Dalam masa sama, tertuduh yang sebelum ini bekerja sebagai pelayan kapal peranginan di sebuah pulau di negeri ini menjelaskan walaupun pendapatan bulanannya mencecah RM3,000, namun sentiasa tidak mencukupi dek kerana ketagihan dadah melampau.

Terdahulu, Mohd Hishanudin, dari Rumah Pangsa, Kampung Kolam, Kuala Terengganu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, kelmarin atas dakwaan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan mengaku salah melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap mangsa, Muhamad Ismail Al-Rashid Ramli, 18.

Tertuduh mengaku melakukan jenayah itu menggunakan sebilah pisau lipat dengan niat mangsa dapat menyerahkan RM20 di hadapan sebuah kedai kunci Jalan Masjid Sultan Zainal Abidin, di sini, kira-kira jam 3.15 petang, 13 Disember lalu.

Berikutan pengakuan salah tersebut dan mendengar rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam bela, Zainal Abidin menjatuhkan hukuman 36 bulan penjara bermula tarikh tertuduh ditangkap.

Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh yang pada awalnya kelihatan tenang menjawab soalan dikemukakan Zainal Abidin tidak dapat menahan sebak dan menangis teresak-esak di kandang tertuduh ketika Zainal Abidin meminta dia membayangkan masa depan anaknya sekiranya dia berterusan melakukan jenayah. -SH

Ulasan GB

Demikian "keadilan" di dalam sistem perundangan yang dilaksanakan di Malaysia.

Seorang bapa yang hanya menyamun RM20 kerana terdesak untuk membeli susu anak dipenjara 3 tahun, tetapi di dalam kes Khir Toyo semalam, berjuta telah disamun dalam bentuk rasuah, tetapi hanya didenda 1 tahun.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

satu tahun tetapi msh boleh buat rayuan. dan keputusan rayuan dapat didengar setelah anak toyol ni puas nikmati hidup dunia.

Amuraria berkata...

DEMI KRONI 'KOW TIM' JA ! RAKYAT MARHAEN MESTI BERAT-BERAT PUNYA ! KEADILAN DAJJAL PEROSAK DI MALAYSIA ! ALLAHU AKHBAR

Jiwa Islam berkata...

Kesalahan jenis ini dikecualikan daripada hudud disebabkan keadaannya serta nilai barang yang dicuri...tapi bagaimana agaknya dengan kes yang lagi satu??

Tanpa Nama berkata...

mahkamah dunia boleh la nk kaw tim,mahkamah akhirat di padang masyar esk sok x da la kow tim2 ni..10sen pon kene hukum,juta2 RM pon kene hukum..pikir2kn lah

Tanpa Nama berkata...

INILAH UNDANG2 LEMBU.HUKUMAN bagi mrk
hanyalah sebagai SANDIWARA@MENGABUI MATA pihak lain.kenyataan terkini LAKI SHARIZXAT LEMBU tidak kenal lelaki yg ditahan SPRM(DATO)dn tidak ada kena mngena NFC.tepatlah slogan 1
malaysia..rakyat dPERBODOHKAN/dPERLEMBUkAn
PENCAPAIAN KRONI N SEKUTUNYA dutamakan
lihatlah kes altantuya 2 ekor polis
MASIH BOLEH MERAYU..apa lagi yg benar2 terlibat MASIH BEBAS.FIKIRKN
WAHAI RAKYAT TANAHAIRKU

Tanpa Nama berkata...

mana g nya duit zakat? sepatut nya org yg gini asnaf faqir miskin mesti di tolong bukan bg pada menteri2...xtakut ker di soal di sana nanti? dzalim mmg dzalim sungguh2.......zakat yg berat sebelah..yg kaya di tolong yg benar2 perlu di lantakkan.....

Tanpa Nama berkata...

haramjadah punya kerajaan...kita rakyat kalau bersatu mmg blh lenyapkan kerajaan skrg...

Tanpa Nama berkata...

mmg tak adil...