30 Apr 2012

Najib Tanggung Risiko Jika Wartawan Asing Gambarkan PDRM Sebagai "Gangster Berlesen"

Keganasan polis: Najib paling tertekan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak nyata paling tertekan dengan keganasan polis kepada peserta Bersih 3.0 dan pihak media terutamanya enam hari menjelang hari kebebasan media sedunia.

Demikian analisa anggota Parlimen Kuala Selangor yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.

"Kali ini rasanya paling parah mereka (petugas media) yang kena. Mereka ditahan, ditumbuk, dibelasah, kamera dimusnahkan semua ini berlaku 6 hari sebelum Hari Kebebasan Media Sedunia..World Press Freedom,"

Bagi beliau, Najib tidak dapat elakkan diri kalau media barat menggambarkan PDRM sebagai 'gangster berlesen'.

Ini kerana, yang terkena termasuk petugas media dari Al-Jazeera, Channel News Asia dan media tempatan termasuk The Malay Mail, The Sun, Malaysiakini, Makkal Osai, Guan Ming Daily dan juga Harakah.

Sebelum ini, Reuters sebuah agensi media antarabangsa meramalkan Najib akan menangguhkan pilihan raya umum ke 13 ekoran trgaedi yang berlaku Sabtu lepas.

Komited kepada pru bersih

Bagi Dr Dzulkefly , rakyat khasnya pihak Bersih 3.0 mesti bersedia untuk kekal komited kepada reformasi pilihanraya sebelum PRU ke 13.

"Rakyat mahu siasatan menyeluruh atas apa jua dakwaan yang menjadi punca dan mulanya kekacauan dalam perhimpunan semalam, tapi rakyat dan Bersih tidak akan dilunturkan asakan mereka untuk mendapat sebuah sistem dan proses pilihanraya yang bersih dan Adil," kata beliau kepada Harakahdaily.

Dr Dzul mengajak semua pihak agak mengimbau kembali sebab mengapa perhimpunan Bersih 3.0 diadakan selepas Bersih 2.0.

"Kita adakan perhimpunan ini setelah kesal dengan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) yang mana kertas mereka diluluskan tanpa bahas.

"Juga tindakan pentadbiran Najib yang kononnya mengwar-warkan transformasi pilihan raya melalui pindaan ke atas akta kesalahan pilihan dan memaksa anggota Parlimen bersidang sehingga jam 3.21 pagi.

"Apa yang dipinda cuma perkataan 'buang undi' kepada 'mengundi'," sindir Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat.

Beliau juga kesal dengan tindakan kerajaan yang memperalatkan Datuk Bandar Kuala Lumpur dengan kerjasama mahkamah untuk menafikan hak rakyat untuk berhimpun di Dataran Merdeka.

"Rakyat tak puas hati menyaksikan pilih kasih dan berat sebelah ni (zalim) sekaligus dah jadi macam barua eksekutif.

"Ingat Pakatan menang 10 dari 11 kerusi di Wilayah Persekutuan, bermakna lebih ramai pengundi atau rakyat menyokong Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur ini," tegas Dr Dzul. -HD

Kesatuan wartawan kutuk tindakan polis

Enam kesatuan wartawan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak menyiasat dakwaan tindakan ganas dalam perhimpunan BERSIH 3.0 secara terperinci dan mendakwa individu terbabit.

Enam kesatuan wartawan itu, termasuk Pusat Kewartawanan Bebas, Piagam Aliran 2000, Kesatuan Wartawan Utara Tanah Melayu, membuat desakan itu dalam satu kenyataan bersama semalam.

Kenyataan itu juga mengutuk tangkapan ke atas dua wartawan dan tindakan ganas pihak polis terhadap petugas media yang membuat liputan ke atas himpunan 'Duduk dan Bantah' itu.

"Perdana menteri mesti mengambil tindakan tegas bagi memastikan semua anggota unit beruniform memahami dan menghormati peranan wartawan dan memberi pampasan ke atas barangan mereka yang dirosakkan dengan sengaja," menurut kenyataan itu.

Laporan media, video dan tulisan di Facebook dan di Twitter wartawan dan rakan setugas mereka menunjukkan sekurang-kurangnya enam kejadian seperti itu.

"Kami melihat insiden ini sebagai serangan bersepadu ke atas kebebasan media memandangkan ia nampaknya disasarkan untuk menghalang kewartawanan profesional dalam mendokumentasi keganasan polis ke atas sebahagian peserta BERSIH," kenyataan itu dipetik.

Sikap polis terhadap pemberita seperti itu mungkin disebabkan oleh rasa malu mereka terhadap gambar dan video berhubung kekejaman polis yang dirakam wartawan sebelum ini, menurut kenyataan bersama itu.

Turut menandatangani kenyataan itu ialah Persatuan Media dan Jurugambar Cina Pulau Pinang, Kelab Media Pulau Pinang dan Penang Press Employees Cooperative Society Limited.
-mk




Ulasan GB

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Dan diberitakan beberapa kamera para wartawan, termasuk wartawan Al-Jazeera telah dirampas oleh pihak polis. Mengapa? Takut aksi terlampau terdedah? Namun tindakan merampas kamera para wartawan itu apa tah lagi wartawan antarabangsa seperti Al-Jazeera menjadikan satu dunia kini memandang jijik terhadap polis Malaysia. Dan apabil ada tanggapan negatif terhadap polis semacam tu, salah siapa?


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

GEMPARRRR!!!

Penyokong2 PR menyamar sebagai polis mengugut, memukul wartawan2 dan merampas dan memecahkan kamera wartawan2.

GEMPARRRR!!!!

Najib menyamar sebagai PM mengambil tempat Rosmah. Rosmah menyamar sebagai isteri PM mengambil tempat Najib.

Lagilah penin. Penin... penin... dibuatnya.

Tanpa Nama berkata...

Sepupunya,Hishammuddin,Menteri Dalam Negeri,diatas Bukit Ibu Pejabat PDRM menggunakan teropong,melihat kebawah akan "aksi-aksi" SBnya yang juga memakai baju Bersih 3 dan juga baju Unit Amal - sama ada mengikut skrip yang dikarang.Khabarnya 2000 anggota SB "memainkan peranan" dan "lakunan" semata-mata untuk memburukkan Bersih 3 sebagaimana yang mereka lakukan pada Bersih 1 dan 2.Ini drama usang,wayang lama yang diulang-ulang PDRM - semua orang dah tahu dan faham.Terima kasih PDRM kerana mempercepatkan kejatuhan UMNO/BN.

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Itulah yang sebenarnya yang hendak diadakan. Pakcu dah cakap siang-siang kalau dah berhimpun ramai-ramai ada saja yang terlanjur. Maka nasib baiklah tadak yang jadi arwah kalau tidak lagi sedap wartawan luar kutuk Malaysia.

Memang trend dunia politik.. antara dua belah pihak ...kerajaan dan pembangkang saling menuduh bila perkara yang tak diingini berlaku semasa demo...jadi siapa yang betul sebenarnya...?

Pihak polis ada yang cedera dan kereta polis ada yang dimusnahkan.
Bila polis bertindak kata polis ganas dan zalim. Siapa yang tahan dengan makian yang begitu rupa dan tindakan yang seliar itu.Jangan salahkan polis jika mereka bertindak.

Yang jadi mangsa ialah kaki demo yang terlibat tu. Kepala demo sebenar tersenyum riang dengan memberi arahan dari jauh ....dan ini bukan perjuangan sejati kerana pemimpin pejuang sebenar mesti berada dibarisan hadapan yang sanggup rebah kiri kanan bersama rakyat.........yang ingin dibelanya..walahualam

Tanpa Nama berkata...

Maap Pak Cu, Cucu tumpang kencing,

Wartawan yg kena pukul ngan polis tuh maki polis ke?

Kamera wartawan kena pecah ngan polis tuh maki polis ke?

Tanpa Nama berkata...

Pakcu ni jenih basuh tahi umno.

Tanpa Nama berkata...

Pakcu, rantau pjg tu dekat dgn pekan Golok jgn terlanjur sudaaa...hihi

Tanpa Nama berkata...

kwn2 semua.. nampak gayanyer... keangkohan najib makin teserlah... dia hanya berani bercakap di kaca tv ajer.. biarkan luncai terjun dgn labunya.. dia akan lemas jugak nanti... Insya Allah.. berdoalah kita agar Allah memberikan kemenangan kepada yg benar

Tanpa Nama berkata...

pakcu ni banyok makey duit tok jib nih,
pakcu dok sano ko maso kjadian?
kalu xtahu jange kecek..
nati keno pakoh,,
kawe ado sano pakcu,
pakcu tahu dok crito sbenar?
hok mula wak rusuhan tu kalu pakcu nk tahu, puak2 polis sb hok nyamar jadi org awam,,
puok 2 ni hok start,,
kawe siap gocoh ngn demo ni..kalu pakcu nk tahu..
laen kali jange kecek kalu xtahu deh
nati ore maroh.