5 Apr 2012

Mohd Sabu: PAS Akan Gerak 100 % Jentera Sertai BERSIH 3.0

PAS akan mengerakan seratus peratus jenteranya untuk turut serta memobalisasi Perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April ini sebagai menyokong usaha menuntut satu perubahan yang sihat dalam sistem pilihanraya di negara ini.

Timbalan Presiden PAS Pusat Mohamed Sabu berkata keputusan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) di Parlimen baru-baru ini jelas menafikan kehendak rakyat yang inginkan perubahan pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

“Kami dari PAS sedang mengerakkan usaha memberi ransangan terhadap ahli-ahli kita untuk turut serta pada hari itu.

“Kami juga akan menggunakan Majlis Penerangan termasuk Harakah untuk memberi liputan dan perkembangan terkini dalam menjayakan perhimpunan tersebut,”jelas Mohamed.

BERSIH 3.0 yang dijadual akan berlangsung 28 April ini di Dataran Merdeka dan beberapa lokasi pusat bandar Kuala Lumpur.

Menurut Mohd Sabu, BERSIH 3.0 akan dijadikan sebagai medan perhimpunan untuk memberi tekanan kepada kerajaan berhubung tuntut lapan perkara BERSIH 2.0 yang belum dipenuhi kerajaan.

Perhimpunan dengan tema ‘Duduk dan Bantah’ ini adalah anjuran bersama 84 NGO lain yang akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia
.

Perhimpunan ini juga adalah lanjutan daripada BERSIH 2.0 yang berjaya dilancarkan pada 9 Julai tahun lalu dengan penglibatan puluhan ribu rakyat bagi menuntut lapan penambahbaikan dalam sistem pilihanraya.

Menyedari kebangkitan rakyat, Kerajaan kemudiannya menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) untuk mencadangkan tututan rakyat itu dilaksanakan sebagai menambahbaik sistem pilihan raya.

Malangnya, menerusi laporan jawatankuasa itu hanya satu sahaja tuntutan yang dilakasanakan.

Mengulas lanjut berhubung perkara ini, Mohamed yang mesra dengan panggilan Mat Sabu berkata perhimpunan ini perlu dilancarkan sebagai amaran keras kepada kerajaan yang anggkuh kepada rakyatnya.

“BERSIH 3.0 ini perlu dilancarkan kerana daripada lapan tuntutan hanya satu sahaja yang diluluskan iaitu dakwat kekal.

“Bagaimana dengan daftar pemilih yang bersih, akses kepada media, ia langsung tidak ditambah baik seperti mana hyang dituntut rakyat,”
katanya..

Mohamed menambah, perkembangan terbaru ini jelas menunjukkan negara masih jauh ketinggalan dalam mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.

Selain memberi perbandingan jelas antara Malaysia dengan Myanmar, Mohamed berkata negara kita ketinggalan jauh dalam usaha menambahbaik sistem pilihanraya berbanding negara itu yang keluar dari kepompong diktator dengan mengamalkan sistem pilihanraya yang bersih dan adil.

“Malangnya, kerajaan terpaksa mengunakan cara ini dengan misi utama mereka untuk kembali menawan Selangor menerusi manipulasi daftar pemilih.

“SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) sepatutnya menjadi pengendali Pilihanraya bertindak menjadi agen kepada pemerintah, ini yang masalah,”
jelas beliau lagi.

Justeru katanya rakyat tidak mempunyai pilihan lain selain mengadakan protes secara terbuka pada 28 April ini. -KD



PAS sedia sertai himpunan Bersih 3.0

KUALA LUMPUR, 4 April: PAS hari ini menyatakan sokongan terhadap hasrat NGO Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang akan mengadakan himpunan Bersih 3.0 bagi menuntut reformasi pilihan raya pada 28 April ini.

Sehubungan itu juga, naib presidennya Salahuddin Ayub berkata, PAS juga tidak teragak-agak untuk menyertai himpunan itu kerana ia selari dengan perjuangan parti itu yang menuntut pembersihan daftar pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Malah katanya, ia juga selari dengan kandungan laporan minoriti yang ditolak oleh Dewan Rakyat semalam untuk dilampirkan bersama dengan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC).

"Kita akan menyertai perhimpunan itu selain terus memperjuangkan kandungan laporan minoriti," katanya.

Beliau berkata, demikian ketika ditanya pendirian parti itu terhadap pengumuman himpunan Bersih 3.0 oleh Pengerusi bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said pagi tadi.

Bagaimanapun pendirian rasmi PAS berhubung perkara itu dijangka akan diumumkan timbalan presidennya Mohamad Sabu yang juga Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS pada satu sidang media khas (baca di atas).

Bersih 2.0 pagi tadi mengumumkan sekali lagi akan mengadakan himpunan besar-besaran Bersih 3.0 pada hari Sabtu 28 April ini.

Ianya akan diadakan jam 2 petang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Menurut mereka, keputusan untuk mengadakan himpunan itu dibuat ekoran pihak PSC dan kerajaan dilihat tidak mengambil serius terhadap tuduhan penipuan khususnya dalam isu pembersihan daftar pemilih.

Himpunan kali ini memilih tema 'Duduk Bantah' dan bakal diadakan serentak di seluruh negara dan dunia
. -HD






6 ulasan:

Asmah berkata...

SYABAS PAS...gerakkan seluruh anggota. Memang sudah lama di tunggukan kejutan begini utk semua ahli dan penyokong PAS. Tidak ada perjuangan jika tidak ada perngorbanan. Tawakkal hanya kpd Allah.

Tanpa Nama berkata...

Takbir!!!hancurkan pemerintah yang zalim dan rakus!!!...kembalikan keadilan....

Tanpa Nama berkata...

Jom aku nak ikut...aku bukan mana-mana ahli parti politik, tapi bila PR akan mansuhkan PTPTN, harga Petrol
turun dan.... jika berjaya dalam PRU13. aku sebagai rakyat yang bijak akan sokong 100% bersih 3.0 ini.

Tanpa Nama berkata...

MAT SABU JANTAN SEJATI, MACAM NI BARU BOLEH JADI PEMIMPIN MACAM ANWAR

matABU berkata...

Kalau Speaker Parlimen dah tak boleh pakai,SPR buat kerja menipu,Jabatan Pendaftaran pun main kong-kalikong dan PM jadi kepala penyangak - rakyat sudah tiada ada pilian lagi,wajar turun kejalan raya.Lama sangat dah UMNO/BN menipu rakyat,kesabaran rakyat sudah sampai ketahap maksima.Kalau kali ini tiada perubahan,perubahan tidak akan datang lagi,negara in akan hancur.

Tanpa Nama berkata...

Ya turun semua BERSIH3 akan diadakan.
saya akan turun kali ini...allahuakbar100x.........sbb nama saya pun di doublekan pd PRU10 dulu..masa tu mdek PM...keling biasa lah..dia tu pun nak lari mana? akan ke bwh jgk tunggu lah ya mdek mjibur.