5 Apr 2012

20 Pelajar Keracunan Selepas Minum Susu 1Malaysia

Temerloh - Lebih 20 murid sebuah sekolah rendah di daerah ini mengalami cirit-birit dan muntah dipercayai akibat alahan selepas meminum susu 1Malaysia, semalam.

Sinar Harian dimaklumkan kejadian berlaku tengah hari kelmarin selepas sekumpulan murid mengadu sakit perut dan muntah tidak lama selepas minum susu berkenaan.

Beberapa ibu bapa murid juga mendakwa kejadian cirit-birit dan muntah itu berlanjutan hingga semalam sehingga ada antara mereka dihantar ke klinik kesihatan kerajaan serta swasta untuk mendapatkan rawatan.

Perkara itu bagaimanapun gagal disahkan pengurusan sekolah t yang enggan mengulas lanjut mengenai kejadian kepada wakil media yang cuba mendapatkan maklum balas.

Tinjauan media ke Pejabat Pelajaran Daerah juga gagal mendapat maklumat lanjut mengenai perkara itu.

Bagaimanapun Sinar Harian difahamkan tidak semua murid yang minum susu itu mendapat cirit-birit.

Ada sumber memaklumkan sesetengah murid yang alahan sahaja mengalami cirit-birit dan muntah.

Bagi mendapat kepastian, media membuat tinjauan ke sekolah terbabit tengah hari semalam dan ada murid mengaku mengalami cirit-birit dan muntah selepas minum susu itu.

Namun tindakan media itu bagaimanapun dihalang pihak tertentu di pekarangan sekolah. Sinar Harian juga dimaklumkan beberapa minggu lalu terdapat sebuah sekolah rendah luar bandar mengalami kesan sama selepas minum susu terbabit. -SH

Agihan susu di tiga sekolah dihentikan susulan keracunan makanan

KUCHING: Tiga sekolah di Sarawak telah diarahkan memberhentikan buat sementara agihan susu kepada murid susulan kejadian keracunan makanan yang berlaku baru-baru ini.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah berkata, arahan yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan negeri itu membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Sacred Heart, SK Temenggong dan Sk Koran.

Kejadian keracunan makanan itu yang dipercayai berpunca daripada susu yang dibekalkan melibatkan keseluruhan 212 murid, katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat keganasan ke atas wanita dan kanak-kanak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini hari ini.

Katanya kejadian pertama berlaku di SK Sacred Heart pada 28 Mac melibatkan 44 murid, manakala dua lagi berlaku pada 30 Mac membabitkan 55 murid di SK Temenggong dan 113 murid SK Koran.

Langkah pemberhentian sementara itu adalah bagi menunggu hasil siasatan, katanya.

Beliau turut meminta guru yang bertanggungjawab mengedarkan susu terbabit agar memastikan murid menghabiskan susu berkenaan di sekolah serta tidak disimpan lama bagi mengelakkan kejadian berulang. - Bernama


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

satu malaysia diperbodohkan oleh najib keparat kepala munafik imalaysia.