29 Apr 2012

Media Pro-UMNO Pendusta! Mengapa & Bagaimana Kereta Peronda Polis Diterbalik!

Kuala Lumpur: Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan seorang gadis yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar.

(AJK Bersih, Wong Chin Huat [memegang pembesar suara] meminta orang ramai bertenang dan bersurai selepas sebuah kereta peronda polis diterbalikkan bagi menyelamat seorang gadis yang terperangkap di bawahnya)

Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu.

Untuk menyelamatkan gadis yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai memterbalikkan kereta peronda polis.

(Kereta peronda polis yang remuk teruk di hadapan selepas melanggar tembok Sogo dan tiga peserta perhimpunan. Ia menunjukkan ia dipandu dengan laju sebelum melanggar peserta perhimpunan.)

Menurut seorang aktivis dari Terengganu yang menyertai perhimpunan hari ini, kejadian itu berlaku di depan mata beliau berhampiran pasaraya Sogo.

"Ambe (maksudnya saya) petang (tadi) jadi saksi kejadian polis rempuh pendemo. YA! Memang ade provokasi tapi setelah check-check, rupanya yang start lempar botol air mineral kat kereta polis tu adalah Sahabat Bodoh (SB)...!

"Mana tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO.


"Berita yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis, sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan wanita tu.

(Salah seorang mangsa yang dirempuh kereta peronda polis, Su Kwang Hong, masih di rawat di Hospital Kuala Lumpur)

"Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo.

"Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu.

"Suasana pilu, tangisan kedengaran melihat insiden itu.

"Ya, memang ada yang mulakan provokasi, dah kejar orang tu tapi tak sempat sebab dia naik motor lari," cerita saksi itu dalam facebooknya.

Cerita yang beliau tulis itu amat sepadan sekali dengan video yang disiarkan oleh Malaysiakini di bawah ini.

(Print screen dari video Malaysiakini yang menunjukkan seorang lelaki menundukkan kepala melihat ke bawah kereta sementara rakan-rakannya yang lain menterbalikkan kereta peronda polis itu)

Ia dapat disahkan apabila seorang wanita yang bersuara nyaring dalam video ini berkata, "Astaghfirullah...angkat-angkat" sementara seorang lagi peserta demonstrasi melihat ke bawah kereta peronda polis itu.

TV3 semalam menyiarkan video yang telah diedit bagaimana kereta peronda polis itu diterbalikkan oleh para peserta perhimpunan Bersih 3.0 hari ini.

Ia sangat jelas cuba mengelirukan orang ramai dan menyalahkan para peserta perhimpunan itu khasnya penganjur dan Pakatan Rakyat yang menyokongnya. -HD



Ulasan GB

Yang paling jelas menimbulkan persoalan ialah mengapa anggota polis yang merempuh itu, tatkala keluar dari keretanya, beliau memakai helmet.

Bersiap-sedia untuk dipukul?

Ternyata provokasi tersebut seperti "dirancang".

24 ulasan:

Awanama berkata...

mengapa kereta tu memasuki kawasan yang menjadi laluan para pendemo...? ,adakah ini memang di sengajakan....?,selalunya bila kawasan itu menjadi laluan para pendemo kawasan itu tidak boleh dilalui oleh kenderaan,jalan itu juga mungkin ditutup,...apa sebenarnya tujuan kereta itu melalui jalan itu...???dan seperti kata GB Yang paling jelas menimbulkan persoalan ialah mengapa anggota polis yang merempuh itu, tatkala keluar dari keretanya, beliau memakai helmet.

Bersiap-sedia untuk dipukul?

3,0 berkata...

aku ada disana depan mata aku. polis memang celaka sengaja langgar. betul seperti dlm klip diatas, angkat kerata nak keluarkan rakan yg dirempuh. siapa tak marah. polis teruk kena belasah, pistol dia hilang.

kezaliman polis maaysia mmembelasah sama dgn yahudi.

Awanama berkata...

DARI Anonymous April 29, 2012 9:57 AM.SAUDARA GB rasa saya orang yang memakai helmet tu bukan pemandu kereta tulah,cuba tengok di youtube dengan tajuk PLEASE SHARE OUT, THIS IS MALAYSIA POLICE!!! 28/4/2012 (http://www.youtube.com/watch?v=dEB9TF8SDGg&feature=player_embedded)saya baru saja tengok vedio tu..kalau salah saya minta maaf..

Awanama berkata...

Satu lagi, mcmana dia boleh lari dgn motor begitu cepat? Seseolah ada orang sudah sedia menanti!!! Memang telah dirancang.

Awanama berkata...

20 thn dulu bole le ditemberangnya rakyat. Skrg ni masih ditemberang melalui tv, skabar meloya .

Jgn BODOHkan rakyat hai pemimpin, sepatutnya pemimpin tugasnya utk beri rakyat CERDIK , ni pasal tak ikhlas le tuuuuuu... sbb tu tak mau rakyat cerdik. ape da punya pemimpin

Awanama berkata...

yg berhelmet tu memang ada ambik video sebelum kereta tu hilang kawalan. dia bukan pemandu polis tersebut.

nampak seolah2 pemandu polis telah pengsan sebab tu kereta jadi macamtu.

nampak juga ramai yg baling objek2 pada kereta polis dan kemungkinan ada yg kena kepala pemandu sebelum dia pengsan.

ORANG YG MULA2 BALING BOTOL AIR PADA KERETA POLIS TU KEMUNGKINAN SB - DIA NAIK MOTOR LARI DARI SITU LEPAS BALING2 TU BERMULA.

Awanama berkata...

mana video atau gambar menunjukkan wanita itu di bawah kereta? setakat ni, lepas tengok semua video yg upload, takde pun..

punyalah ramai manusia yang bawa kamera, yang bawa viewcam tp takde sorang pun yg rakam? tup2 pompuan tu ada gambar kat hosp? itu je?

sebab yang aku nampak kereta polis tu terbabas. sebelum terbabas, kereta tu memang dah dalam keadaan yang amat teruk..kemik, windscreen pecah, dibaling dgn pelbagai objek, ada kon polis kat depan..memang tidak mustahil terbabas kalau camtu.

jadi sape yang menipu dan memfitnah sebenarnya ni?

Awanama berkata...

kereta yg digunakan memang kereta yg dah sedia kemek

tetapi dituduh orang baling sampai kemek..

baling botol air mineral boleh kemek macam tu ker?

ini semua perancangan provokasi untuk timbulkan kemarahan orang awam, lepas tuh boleh tuduh peserta BERSIH jahat.

Awanama berkata...

sessi pergambaran filem polis untuk memfitnah BERSIH yg kantoi.

Awanama berkata...

Tengok video ini
http://www.youtube.com/watch?v=flQ-FxeNyCo&feature=player_embedded

Awanama berkata...

Saja nak perburukna peserta bersih, pendek kata, ni semuanya bermula daripada pencacai UMNO laknatullah, moga2 yg dirempur selamat..semoga cepat sembuh

Awanama berkata...

mana mangsa langgar ?...tak de pun.ke manakah polis yang dipeluk keluar oleh dua orang peserta itu di bawa.Hairan bin ajaib..tiba2 muncul kereta polis di tengah2 orang ramai dan dipandu dengan laju. Lojik kah vidoe ini?...lagi satu ,terdengar orang menyebut "ada orang di bawah 5x.tp bila diangkat , tiada sesiapa di bawah dan siap bersorak lagi...adakah ini satu lakonan?

Awanama berkata...

yg pakai helmet tu wartawan dri tv al hijrah yg nk membantu..apala slh dia smpai korg nk wt cmtu..tlg dptkn fakta yg sebenar..bepuluh yg merakam,xkn xda 1pn rakaman yg menunjukn ada mngsa d bwh kete apabila kete d terbalikn..beckp dgn fakta n beserta bukti..please..

Awanama berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=Ara569Nh_U0&feature=player_embedded

ats ni link vid yg len..mne2 pengkomen yg ckp kete d bawa dgn lju,tlg tgk vid ni sbb dgn jelas kete tu begerak cukup perlahan sehingga ada yg mampu berdiri d atas bumbung kete smbil memijak2 bumbung kete sewaktu kete tu sedang bergerak..agak mustahil kita mampu berdiri d atas bumbung kete yg bergerak dengan laju..

Awanama berkata...

Dalam banyak2 ulasan saya tertarik yang ini:

Anonymous said...
Satu lagi, mcmana dia boleh lari dgn motor begitu cepat? Seseolah ada orang sudah sedia menanti!!! Memang telah dirancang.

April 29, 2012 11:07 AM

Awanama berkata...

ORANG YANG MEMAKAI HELMET TU BUKAN TURUN DARI KERETA POLIS TAPI DIA LARI KE KERETA POLIS UNTUK AMBIL VIDEO,SEHINGGA DIA DISERANG OLEH ORANG RAMAI..
WATCH THIS VIDEO AT 0.15 AND U CAN SEE THAT HELMET GUY IS RUSHING TOWARD THE POLICE CAR..http://www.youtube.com/watch?v=dEB9TF8SDGg

Awanama berkata...

tengok sini

http://www.youtube.com/embed/I1Sw_ay8Mi8?feature=player_embedded

Awanama berkata...

lawaklah lakonan polis nak wat filem utk burukkan bersih...huhuhu

Awanama berkata...

polis apa ada kisah, mati ke tidak ker.. siapa yang bunuh altantuya?

Awanama berkata...

Bila dah ramai mcm tu le..

Puncanya, sbb ade keta polis kat situ.Laju ke slow ke, ape hal nya dia kat situ?
Bila ada provokasi, baling asap ke, mmg le kelam kabut.

Konsert jom heboh yg ramai org tu, tak pun kelam kabut sbb polis tak sembor gas. Kete polis pun tak lalu tengah2 masa org sdg syok tengok konsert, gelek gelek, gelek gelek.

Penonton bola piala dunia pun tak huru hara klu tak dimulakan sorang dua yg cempak botol atau yg maki hamun.

Awanama berkata...

untuk membersih kan bersih kumpulkan semua video yang di rakam oleh para peserta bersih untuk di jadi kan sebuah video...untuk membalas balik berita tv3 dan rtm tentang kejahatan polis..

AK47 berkata...

sy yakin polis berada disitu kerana mahu bersiap sedia pada apa2 yg buruk mungkin berlaku. perlu faham jika ada yg mempersoalkan knp perlu ade polis? satu jawapan yg mudah, adalah kerana kehadiran banyk shoplots dan bank bank serta atm disitu. dengan jumlah peserta demo yg sgt ramai, adalah tidak mustahil ia membuka peluang untuk jenayah2 kecil untuk berlaku spt vandalism, curi, culik dan lain2. (note:jom heboh pun ade polis guard kawasan tersbut andai berlaku ape2 jenayah yg tidak dijangka.) selain daripada sbb utama, iaitu standard prosedur. kalau buat demo dkt sawah padi pun polis kene ade. sbb kemungkinan berlaku jenayah kecil atau rusuhan itu ade. Kita xdpat kawal peserta yg begitu ramai. tidak ada siapa yg boleh. dan tiada siapa boleh kawal siapa nk join rally tu. Samseng dan anarkis pun boleh join, disamping mereka2 yg lain yg baik2 tu. sesetengah tu cuma dtg nak tngk je, xjoin pun. tapi siapa yg boleh kawal kalo samseng nak buat hal? tidak semua ahli demo serang, tidak semua juga yg menolong meleraikan keadaan.

Awanama berkata...

Polis berapa ribu je...itu pun budak2 bawah 30an..peserta bersih beribu ribu..lain kali peserta bersih pula kepung polis...tau lah nasib dia orang...geram betul aku..(berjalan/lari berkumpulan..kalau berseorangan jadi lauk polis la)

Awanama berkata...

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

(Al-Anfaal 8:45)