12 Mac 2012

[Video] Kontroversi Video Bogel Pelakon, Bukan Superimpose Kata Blogger

Sumpah, bukan saya’

KUALA LUMPUR: “Saya sanggup bersumpah yang semua gambar dan video itu bukan saya. Apa yang dibuat RotiKaya.com adalah fitnah yang meninggalkan kesan negatif kepada nama saya,” kata Melia Aimelia mengulas mengenai isu video lucah miliknya yang dimuat naik oleh blog hiburan itu.

Pelakon muda itu ketika dihubungi semalam menegaskan dirinya dianiaya hingga membuatkannya tertekan. Klip video lucah berdurasi 10 saat itu dikatakan miliknya dan diserahkan kepada RotiKaya.com oleh seorang pelakon.

Menurut Melia, tindakan pihak RotiKaya.com menyiarkan gambar tersebut dan terus menuduh dirinya adalah tidak profesional.

“Mengapa terus menjatuh hukum sedangkan mereka kawan saya yang boleh menghubungi saya terlebih dulu. Saya sangat kecewa dan berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera,” katanya.

Melia sudahpun membuat laporan di Balai Polis Sentul kerana menyifatkan dirinya difitnah.

Melia yang berada di Terengganu hanya optimis ketika mengulas dan menganggap perkara ini sebagai asam garam menjadi anak seni. -hm

‘Kami ada bukti’

KUALA LUMPUR: “Kami tidak pernah melakukan ‘superimpose’ atau berniat mengaibkan dia. Apa yang kami paparkan pada blog itu benar dan kami ada bukti sahih,” kata Nor Hamzie Hambali, 27, juga pemilik blog hiburan popular, RotiKaya.com menjawab dakwaan pelakon, Melia Aimelia mengenai penyebaran gambar bogelnya baru-baru ini.

Pelakon yang sebelum ini pernah membintangi filem Karipap-Karipap Cinta itu semalam menafikan di sebuah akhbar kononnya gambar bogel yang disiarkan blog hiburan itu tidak benar dan satu fitnah yang bertujuan mengaibkan.

Melia membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendakwa dirinya difitnah blog hiburan berkenaan.

Hamzie yang ditemui semalam menyifatkan tindakan Melia sebagai mengikut rasa marah semata-mata tanpa memikirkan kesannya kemudian hari.

“Kami ada video gambar bogel milik Melia yang diberikan seorang aktor terkenal sebelum ini. Lantas sebagai penyelia sebuah laman sesawang gosip artis hiburan, kami melaporkannya.






Gambar yang dikatakan menimbulkan kontroversi itu


5 ulasan:

reydyer berkata...

kalau tak betul kau cari lawyer kau sue je dia dlm court, mana kau berani pasal gambar gambar tu sah gambar kau. Mana nak mengaku berak tengah jalan biasa la

reydyer berkata...

Melia sah kau yang dalam gambar tu. Skarang nak wayang kata bukan kau. Kau kan gila publisiti dgn apa cara jua. The end justifies the means. Bila kena kutok tahu pulak kau malu.

Awanama berkata...

apa motif sebarkan video maksiat tu? kalu benar yang dituduh melakukannya, biar dia sorang ajer yang berhadapan dengan Allah di akhirat kelak... bila disebarkan, tak pasal-pasal orang lain turut berdosa... kita nak mencegah kemaksiatan kepada Allah Taala bukan nak menggalakkan maksiat... btw maksiat bukan aje berzina malah melakukan perkara yang dilarang oleh Allah adalah maksiat spt tidak sembahyang, tidak menunaikan puasa di bulan ramadan, menyebarkan video lucah...

Awanama berkata...

masalah la ni.. pasaipa hgpa tengok gambaq blue.... betul tak betul lain kira... yg pi tengok gambaq blue tu APAPASAI

Awanama berkata...

lawak...bile wartawan suke tengok video blue, nih la jadinya..hahaha