12 Mac 2012

Suami Shahrizat Tengking Wartawan Ambil Gambarnya

Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di atas dua tuduhan pecah amanah dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat berhubung pinjaman kerajaan berjumlah RM49 juta kepada Pusat Fidlot Nasional ((NFCorp).

Tuduhan itu dibaca kepada pengerusi eksekutif NFCorp dan beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu termasuk dua tuduhan lain di bawah Akta Syarikat.

Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan anaknya Izmir diiringi ahli keluarga terdekat dan penyokongnya turut berada di mahkamah.

Kes itu akan dibicarakan paada 13 April ini bagi membolehkan pihak pendakwaraya kemukakan dokumen bukti tambahan bagi perbicaraan berkenaan.

Mohamed Salleh dibebaskan dengan ikat jamin RM500 ribu untuk kedua-dua pertuduhan berkenaan sementara menunggu perbicaraan.

Suasana di luar mahkamah menjadi tegang sedikit sebaik sahaja pertuduhan kes itu selesai apabila Mohamed Salleh menengking wartawan dan juruugambar yang meramkan gambar beliau.

"Mengapa ambil gambar?! Belum didapati bersalah lagi!" tengking beliau kepada sekumpulan jurugambar di luar pintu bilik mahkamah.


Shahrizat, semalam, mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh senatornya berakhir 8 April ini.

NFC yang dimiliki oleh suami beliau terpalit dengan tuduhan menyalah guna pinaman RM250 juta kerajaan untuk membeli kondominium di Malaysia dan Singapura selain membiayai perniagaan yang diluar terma pinjaman itu.

Shahrizat akan terus kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan Pengerusi Wanita Barisan Nasional namun sudah hampir pasti beliau tidak akan dipilih menjadi calon untuk pilhanraya umum ke 13. -antarapos

Kredit foto: pelbagai sumber. Terima kasih kepada semua pemiliknya







Kronologi




Laporan sebelum ini
klik untuk baca




12 ulasan:

Awanama berkata...

Mana Brahim Ali, Perkasa? Tak bagi sokongan moral ke kpd keluarga NFC.

Awanama berkata...

Dah salahguna wang rakyat,garang pulak.

Awanama berkata...

Alhamdulillah..
tahiniah rakyat.. tahniah PKR ..
tahniah Rafizi
teruskan perjuangan

abuamir berkata...

Tak kan seorg aje yg kena dakwa pengarah2 yg lain kira bersihlah? Atau kes ini akan tangguh hingga akhirnya bukti tidak kukuh.

Walau apa pun rakyat mesti menghukum pemimpin umno dlm pru13.

ANAK JAWA berkata...

Jangan jadi mcm kes rahim tamby perogol masuk mahkamah utk bersihkan nama harap-harap hakim tak takut kat hjh rosmah

Mat Indera Sipejuang berkata...

Dasar tak faham tugas...
sebab itu duit lembu beli kondo...
kena cakap dengan dia... tangkap gambar bukan pasal lu ke betul... tapi pasal lu kena tuduh menyeleweng dan lu laki pada menteri... kah kah kah !!!.

ericia gadam berkata...

hangpa toksah seronok sangat, lepaih pilihan raya nanti lepaih la hahaha

takdak kes, tak cukup bukti hahaha

dak pun kena la penjara setengah
hari kot hahaha

hairan berkata...

kalo kita kasi menang bn pru nnti harus lepas mangkuk2 nih semua... harus takde kes atau fail hilang atau lembu lari tak ada saksi... :)

Selagi bn berkuasa selagi itu ikan jerung semua terlepas, yang kena semua ikan bilis dan orang2 miskin yang tak ada kuasa/duit utk membeli keadilan... kena pastikan bn hancur baru keadilan dapat ditegakan.

hairan berkata...

by the way... ibrahim ali perkasa kecut telo sbb najib dah bagi arahan tangkap laki sharizat utk drama pilihanraya... atau dia tau lepas pilihanraya nnti kalo bn menang mangkuk tuh wajib terlepas!

hmmmm... something kan

tanda soal berkata...

nikmat tuhan bagi sekejap je! bila-bila masa kena tarik.. so sekarang terasa marah la ye.. 'cow' tak kira betapa marahnya rakyat jelata... tu pun belum kira marah Allah lagi [sesungguhnya Allah tu maha penyayang lagi bijaksana!]..

Awanama berkata...

bengong punye penyokong,cam ni pun nk dtg sokong ke?

ila manzui berkata...

Sabag Kak Jat. Jangan patah semangat, teruskan perjuangan untuk Wanita !