24 Mac 2012

[PANAS] Hasan Ali Serah 83 Syarikat Kroni Kepada JKR Buat Jalan Semasa Jadi Exco

Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor semalam digegarkan dengan satu pendedahan mengejutkan dimana bekas Exco Agama, Infratruktur Dan Kemudahan Awam, Datuk Hassan Ali telah didapati menyalahgunakan kuasa dan membelakangkan arahan kerajaan negeri dengan mengeluarkan senarai persendiriannya sebanyak 83 buah syarikat dan diberikan secara terus kepada pihak JKR.

Pendedahan tersebut telah dilakukan oleh ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Mohd Ali semasa perbahasan titah diraja.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, juga membidas Hasan kerana didakwa membelakangkan dasar tender terbuka negeri ketika menganugerahkan sub-kontrak penyelenggaraan jalan.

"Kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan agar semua kontraktor berdaftar dengan UPEN mulai tahun 2009 dengan kementerian kewangan dan PKK dan tender terbuka,"

"Walaupun sudah ada arahan dari kerajaan negeri secara bertulis kepada semua pihak, exco infrastruktur dan kemudahan awam (Hassan Ali) menggunakan kuasa dan membelakangkan arahan kerajaan negeri dan mengeluarkan senarai persendirian sebanyak 83 buah syarikat dan diberikan secara terus kepada pihak JKR membelakangkan prosidur, membelakangkan perundangan, membelakangkan arahan sedangkan ada arahan perbendaharaan yang hanya memberikan kuasa kepada Pegawai Kewangan Negeri yang disebut sebagai kelulusan khas dari segi perolehan dimana hanya Pegawai kewangan Negeri yang berkuasa untuk memberikan kelulusan termasuk rundingan terus. Itu memang ada dalam arahan Perbendaharaan

"Tetapi apa yang berlaku yang memberi arahan ini bukan pegawai kewangan negeri tetapi exco infrastuktur dan kemudahan awam dengan mendapat kerjasama beberapa individu tertentu di dalam pejabat perbendaharan negeri memberikan kelulusan dan memberikan senarai kepada JKR negeri sebanyak 83 syarikat," dedah Azmin.

Beliau menyatakan nilai kontrak ini setiap tahun berjumlah RM35juta.

"Maka persoalan saya dimana Islam, dimana Melayu dimana prinsip raja-raja Melayu yang diangkat hari ini sedangkan ketika kamu berkuasa ini yang kamu lakukan?" tanya Azmin

"Saya bukan nak bawak fitnah, saya bawa dokumen untuk membuktikan dimana bila audit jalankan siasatan dalaman, apa dapatan audit negeri?

"Pihak audit telah membuat semakan berkaitan carta aliran kerja JKR, didapati senarai kontraktor telah diterima dari exco berkenaan melalui satu surat bertarikh 6 Jan 2010," tambahnya lagi.

Menjawab soalan ADUN BN Permatang, Tuan Sulaiman bin Abdul Razak yang ingin tahu mengapa tidak dilakukan pendedahan lebih awal dan apakah ia boleh dianggap bersubahat, Azmin menjawab pendedahannya itu sepatutnya dilakukan lebih awal jika beliau sudah mempunyai bukti lengkap sebelum exco berkenaan, Dato Hassan Ali tidak lagi menjadi exco.

Azmin dengan sinis menyatakan beliau gembira kerana UMNO mempunyai sahabat baru dan kerana itu sahabat barunya itu perlu dipertahankan UMNO sebagai membuktikan semangat kesetiakawanan.

"Tetapi kalau nak pertahankan biarlah yang benar dan hak," katanya.

"Saya bersetuju kalau saya ada maklumat ini lebih awal, saya boleh dedahkan, tak ada masalah, tetapi proses (mengumpul bukti) mengambil masa," jelas Azmin.




Laporan sebelum ini
klik untuk baca



8 ulasan:

Awanama berkata...

so who's the parasite now?
dulu tuding jari sana sini, dia terlupa tiga jari dari tangan yang sama tuding ke arah dia....

Awanama berkata...

Pakar motivasi akan mati kutu nanti...segala peluru untuk serang PR dah dikeluarkan awal2 lgiii...Sekarang yang tinggal peluru kapur saja...Nah sekarang rasakan peluru2 dari PR pula...Jangan anggap orang lain semua tak elok dan rasa diri sendiri sahaja yang betul...

Awanama berkata...

GB,
Saya adalah diantara yang memangkah ADUN Gombak Setia dalam PRU ke 12 lalu, merasa cukup tersinggung dan malu apabila di DUN kali ini kerap disentuh GOMBAK SETIA. Sebenarnya Hassan Ali ini bukannya mewakili Gombak Setia kerana yang memilihnya dalam PRU lepas memilihnya diatas sifatnya yang mewakili PAS. BELIAU HARUS MELETAKKAN JAWATAN SEAGAI ADUN GOMBAK SETIA

Awanama berkata...

padan muka orang pas... dulu pakat ngan celaka ni jatuhkan husam... hahahahah.... patut la kena tipu ngan celaka laknat nih...

1 Malaysia berkata...

Macam yang AKU selalu katakan, bersyukur kita kepada Allah swt kerana mendedahkan sifat hiprokrit atau kemunafikan si Asan Ali ni.
Cubalah bayangkan kalau si Asan Ali ni jadi MB Selangor, sudah tentu lebih banyak projek yang diselewengkan dan pada ketika itulah, rakyat Malaysia, terutama geng UMNO, akan buat tuduhan bahawa PAS pun serupa dengan UMNO. Kaki rasuah juga. Ini yang olang cina cakap, "lang bo ti lang, kui bo ti kui". Tanya Arwah P. Ramlee, dia juga ada sebut dalam cerita Ali Baba dan 40 penyamun.

Awanama berkata...

Kita berharap agar ADUN/Kerajaan Negeri PR Selangor akan terus membongkar salah laku parasit hasan ali sial ni..jgn bagi can langsung..titik dia betul2...

BRAVO PR SELANGOR!!!

Waris berkata...

Perkara ni dah lama orang tau. Cuma presiden pas dan kebanyakan pemimpin pas tak berapa nak bijak guna akal. Terkejut beruk dengan kemenangan.

Akibat kekurangan ilmu untuk mentadbir maka ego pemimpin makin tinggi. Daripada memimpin masjid tiba tiba jadi pemimpin negeri tanpa ilmu pentadbiran. Pandangan orang lain tak nak terima.

Maka apa yang umno buat salah sebelumnya jadi halal bila hasan ali yang buat. Presiden pulak dengan mudah diperbodohkan oleh hasan ali akibat dari kecetekan ilmu beliau tentang pentadbiran. Presiden hanya tau halal & haram saja. Benda haram yang hasan ali buat tak berapa nak nampak.

Inilah sindrom masyarakat melayu. Asal pakai serban saja dianggap superb dqlam segala bidang. Bila kritik dikatakan berdosa sebab kutuk ulama.

Apa beza pas dgn umno? Masa kempen guna Islam. Bila dah menang guna melayu. Selagi perangai buruk melayu umno masih ada dalam pemimpin pas maka pas dan umno tak nampak beza.

Awanama berkata...

kami rakyat selangor nak beliau didakwa dan ditangkap dengan segera!!!