24 Mac 2012

Kulim Dihentam Ribut, 3 Peserta Sukan Balapan Cedera

Tiga peserta Sukan Balapan Peringkat Daerah Kulim/Bandar Baharu cedera dalam kejadian ribut kencang yang mengakibatkan 15 khemah roboh dan terbalik di Sekolah Menengah Datuk Panglima Besar di sini petang semalam.

Pegawai Pelajaran Daerah Kulim/Bandar Baharu Abu Bakar Md Ali berkata ribut dan hujan lebat pada kira-kira 4.30 petang itu menyebabkan sebahagian besar peserta sukan itu dan anggota keluarga mereka berlindung dalam 15 khemah di tepi padang sekolah, selain berlari ke bangunan sekolah.

"Ada juga beberapa pelajar yang tidak sempat lari menyelamatkan diri dalam bangunan Sekolah Menengah Datuk Panglima Besar itu mengalami luka ringan dan dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan pesakit luar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau juga berpuas hati dengan tindakan segera oleh guru dan petugas yang mengendalikan sukan itu.

Abu Bakar turut menafikan khabar angin bahawa seorang peserta patah kaki ketika tergesa-gesa menyelamatkan diri.

Beliau berkata kaki pelajar itu telah patah sebelum sukan tersebut bermula Rabu lepas, dan kehadirannya adalah secara kebetulan kerana ingin menyertai rakan lain.

Katanya, pelajar itu terpaksa dipapah petugas untuk diselamatkan dalam kejadian ribut tersebut. -

Tiada ulasan: